Oleh Izzah Abbasy
Terdapat satu spesies katak di Alaska yang boleh hidup musim sejuk yang tinggi di kawasan ini, tetapi bukan "katak pokok Alaska". Menurut Alaska Department of Fish and Game, Alaska merupakan habitat kepada dua spesis katak : The Columbia spotted frog (Rana luteiventris) dan katak kayu (Rana sylvatica). Tiada haiwan yang dikenali sebagai katak pokok Alaska.
Kredit Foto : www.snopes.com
Bagaimanapun, amfibia yang hidup di Alaska dan mempunyai toleransi yang luar biasa tinggi untuk keadaan beku. Pada bulan Ogos 2013, satu laporan yang telah diterbitkan dalam Journal of Experimental Biology menjelaskan bagaimana katak kayu mampu untuk terus hidup musim sejuk yang panjang di Alaska.
Katak ini akan berhenti bernafas sepenuhnya untuk beberapa hari malahan berminggu pada satu masa. Katak ini dapat mengelakkan mati membeku adalah disebabkan oleh apa yang dikenali sebagai cryoprotectants - bahan larut yang merendahkan suhu pembekuan tisu haiwan. Paras cryoprotectants yg tinggi membantu sel-sel katak terus hidup. - CARI Infonet |