CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1858|Reply: 13

[Tempatan] Kaedah rebat GST kad prabayar difahami sepenuhnya tiga minggu lagi - Jailani

[Copy link]
Post time 5-1-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi digesa memberi penerangan berterusan kepada pengguna supaya kaedah rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi kad prabayar dapat difahami sepenuhnya.

Gesaan itu dibuat Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan  pelaksanaan kaedah rebat GST bagi kad prabayar yang dilaksanakan 1 Jan lepas difahami sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga minggu pelaksanaannya.

Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata kementerian meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk dikongsi bersama pembekal perkhidmatan telekomunikasi, penjual kad prabayar dan pengguna.

"Masih ada yang tidak pasti mengenai kaedah rebat ini kerana baharu dilaksanakan dan saya percaya setelah berlangsung selama dua hingga tiga minggu, masyarakat akan jelas mengenai perkara ini, namun penerangan secara berterusan perlu dilakukan" katanya.

Jailani berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun keempat stesen radio NasionalFM di Wisma Radio Angkasapuri, di sini hari ini.

Mulai 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini pelanggan prabayar di negara ini menerima rebat bersamaan dengan jumlah GST yang akan dikredit secara terus ke akaun prabayar mereka.

Mengulas mengenai kelemahan Sistem Panggilan Malaysian Emergency Response System (MERS 999) yang diketengahkan media tempatan bulan lepas, Jailani mahu kesemua pihak menyelesaikan masalah itu bagi memastikan ia boleh beroperasi  bagi memberikan perkhidmatan kecemasan.

Laporan akhbar sebelum ini mendedahkan bahawa kelemahan MERS 999 menyebabkan penyedia perkhidmatan ambulans menghadapi masalah mencari lokasi yang dinyatakan pesakit.
Ia melaporkan bahawa kelemahan data sistem Pengesan Lokasi Automatik (ALI) yang menunjukkan maklumat tidak tepat dari pemanggil disebabkan kegagalan operator MERS 999 atau maklumat tidak tepat disampaikan pangkalan stesen penerima syarikat telekomunikasi.

MERS 999 merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama TM Berhad sebagai platform bagi kesemua perkhidmatan kecemasan menggunakan panggilan 999.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 10:30 AM | Show all posts
cas gst > pulangkan balik

serupa xpayah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:33 AM | Show all posts
wateverrr..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 01:04 PM | Show all posts
Puncanya kjaan la.
Dah bpuluh taun rakyat hidup topap 10 dapat 10.
Tau2 je GST topap 1060 baru dpt 10.
Punca.
Bala nieee bala..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 01:16 PM | Show all posts
ermmmmm.....nak jadi heropenyelamat rakyat nampaknya....kalau dah GST..takkan dapat topup rm10 dapat rm10 cam dulu wei....spin ngan tak spin....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang bin bahlol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2016 02:38 PM | Show all posts
mmmmmmmmmmm

bangang
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 05:21 PM | Show all posts
why go extra mile to issue rebate bagai. kalau omit gst kan senang citer. sume org happy. phone company pun tak pening kepala nak adjust accounting system billing system sume.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
saya beli topup tadi byr rm10 je
biasanya rm10.60
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:59 PM | Show all posts
Memg gst da xkena da mulai january 2016 tapi yg i pelik 2hri lepas beli 10 di SevenE tengok2 8.00 je.. apa penipu ke SevenE ne ke ape,  eeeee tension betul skrg ne  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Back to basic jela. Beli topup rm10 dapat rm10. Senang cerita. :

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo sgt gmen ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
iols baru beli topup semalam..umobile rm30. byr rm30 dpt kredit rm28.20. seminit lps tu terus umobile kreditkan dlm akaun iols rm1.80 yg balance tu. so skrng ni beli rm30 mmg dpt rm30 lah.cuma itu pusing pusing cerita kalah itu bangla punya cerita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.227650 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list