CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3594|Reply: 30

[Tempatan] Ahmad Maslan mahu popularkan #tambahpendapatan

[Copy link]
Post time 5-1-2016 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Ahmad Maslan mahu popularkan #tambahpendapatan

                                 AHMAD: #tambahpendapatan adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mahu mempopularkan hastag baharu yang dikenali dengan #tambahpendapatan.

Katanya #tambahpendapatan adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

"Apa yang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tumpukan tahun ini, saya sendiri ingin membantu untuk menambah pendapatan rakyat dan tagline dalam twitter saya sekarang ialah tambah pendapatan.

"Bererti apakah idea-idea yang boleh dibuat oleh agensi-agensi (MITI) bagi membantu menambah pendapatan rakyat.

"Ini penting apabila kita menceritakan mengenai kos sara hidup kaedah yang terbaik ialah menambah pendapatan rakyat," katanya semasa ditemui media selepas menghadiri  Majlis Apresiasi Tokoh-tokoh Sarjana Penerima Anugerah Buku Negara 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pontian itu melihat #tambahpendapatan lebih menjurus ke arah perkara yang positif.

"Jadi program-program yang menghala ke arah itu (tingkat pendapatan) di bawah  MITI kita akan perhebatkan termasuk Industri Kecil dan Sederhana di kampung-kampung Satu Daerah Satu Industri, Satu Kampung Satu Produk, misalnya, Satu Keluarga Satu Usahawan supaya pendapatan rakyat boleh bertambah.

"Ia agak berbeda dengan #2kerja, hashtag yang ingin kita popularkan ini ialah #tambahpendapatan bererti ia lebih menuju ke arah yang positif daripada #2kerja," tambah beliau.

Ahmad juga kesal kerana menjadi target kumpulan media sosial yang memutarbelitkan kenyataannya di Twitter.

"Bukan saya suka. Saya tidak gemar perkara begitu kerana kalau boleh kita mahu ia dilihat sebagai positif. Cuba spin satu perkara itu ke arah positif.

"Posting saya di Twitter itu dilihat keseluruhannya bukan ambil satu dan keluarkan yang satu itu, keluar daripada konteks cadangan saya iaitu kerja sedia ada, campur bisnes online mengikut peraturan pada waktu malam atau hujung minggu. Itu sepatutnya jadi rumusan. Namun mereka membuat rumusan salah termasuk Lim Kit Siang," jelas Ahmad.

Bagaimanapun tegasnya, beliau akan terus berani menghadapi cabaran media sosial pada tahun ini.

"Saya sebagai pemimpin, kalau kita tidak boleh beri cadangan, lebih elok kita jadi pengikut. Ingin menjadi pemimpin kenalah bagi cadangan. Namun, cadangan itu perlu dilihat secara tepat dan jangan keluar dari konteks," kata beliau.

Jelasnya, beliau sudah memaafkan sesetengah pihak yang dikatakan cuba memutarbelitkan kenyataannya.

"Kebanyakannya saya sudah maafkan. Saya seorang yang ingin tidur lena waktu malam dan tidak terbawa-bawa dengan kritikan yang macam-macam itu," tambahnya.

s



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 09:14 AM | Show all posts
good job dato' ahmad maslan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
#kemaslanan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:26 AM | Show all posts
even anak aku yg ump 14 tahun tu clik2 phone kt insta je dia bole buat online income masa cuti nk abis 2 minggu tu dia dpt kt 300 profit..aku tukang buat  online transaction per transaction aku caj 1.50 hehehe..dia argue pesal mahal sgt..aku ckp bank pon cas mak .50 sen each trans.1.00 cas servis dan professional.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dmm   am lpynn  vgfzzd5sbelwcf7pootdpkkkkonjm
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:31 AM | Show all posts
tapi bagi sesetengah org ..apa je idea ada je diorg twist mgikut acuan life dia..dan kemahuan dia nk keja based on their interest..tapi bagi aku masih ada ruang yg bole aku gunakan to make it a useful idea.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2016 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat kata2 tp hasilnya x de buat apa...tambang dan kos  segala barang....tol..lrt....ktm...korang naikkan jugak....minyak ni pun bulan ni ja syukur turun....bulan depan x tau lagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:41 AM | Show all posts
rospinki replied at 5-1-2016 09:26 AM
even anak aku yg ump 14 tahun tu clik2 phone kt insta je dia bole buat online income masa cuti nk ab ...

anak kau jual barang ke apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 09:42 AM | Show all posts
entah laa.....layan je
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:45 AM | Show all posts
akik replied at 5-1-2016 09:41 AM
anak kau jual barang ke apa?

jual barang ..biasala teenager punya merchandise ..bag.. baju.. kasut etc.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:46 AM | Show all posts
sblm ni musim ismail penyu...
skg musim maslan pontian lak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:06 AM | Show all posts
rospinki replied at 5-1-2016 09:26 AM
even anak aku yg ump 14 tahun tu clik2 phone kt insta je dia bole buat online income masa cuti nk ab ...

anak sis wat ape??
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:10 AM | Show all posts
terbaik encik ahmad maslan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:11 AM | Show all posts

online bisnes la..sis igt wat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:13 AM | Show all posts
semalam aku tengok dokumantari TV pasal Habal Habal di Mindano, Filipin...

Habal habal ini mcm baca lah gitu...motosikal yg diubah suai supaya boleh angkat ramai penumpang dan barang...

ada yg membawa habal habal ini sebenarnya juga tentera yg menjaga keamanan kampung... masa freenya dia membawa habal habal mcm taxi lah...katanya utk menambah pendapatan...dia bersyukur dan anak tunggalnya senang dapat makan 3 kali sehari dan melanjutkan pelajaran ke kolej....

renung renung kan lah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:15 AM | Show all posts
rospinki replied at 5-1-2016 10:11 AM
online bisnes la..sis igt wat apa?

menarik. umor 14 juai ape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 10:16 AM | Show all posts
rospinki replied at 5-1-2016 10:11 AM
online bisnes la..sis igt wat apa?

hahahhahaha

sorry tak tahan nak gelak

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:17 AM | Show all posts
ahmad maslan...ahmad maslan
hahahaha




Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:19 AM | Show all posts
qronaldo7 replied at 5-1-2016 10:15 AM
menarik. umor 14 juai ape

menarikla sgt..sis igt 14 thun tau mengelitis kt wechat kt insta je ka..pastu shake2 ada org nk kenal
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:19 AM | Show all posts
#maslanhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.070357 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list