CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3076|Reply: 24

[Tempatan] Aksi ganas dalam filem Tamil perlu ditapis, elak belia terjebak jenayah

[Copy link]
Post time 4-1-2016 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Aksi ganas dalam filem Tamil perlu ditapis, elak belia terjebak jenayahBernama |                                                 Januari 04, 2016 07:42 MYT                    
                                                                                                                                                




                                 Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk RS Mohan Shan berkata ini kerana belia mudah terpengaruh dengan aksi keganasan yang dilakukan oleh hero kegemaran mereka. - Facebook Mohan Shan

KUALA LUMPUR: Adegan keganasan dalam filem Tamil perlu ditapis bagi mengelakkan belia India di negara ini daripada terjebak dalam kegiatan jenayah, terutama yang ganas.

Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk RS Mohan Shan berkata ini kerana belia mudah terpengaruh dengan aksi keganasan yang dilakukan oleh hero kegemaran mereka sehingga 'meniru' aksi sedemikian di dunia nyata.

"Aksi keganasan yang ditayangkan dalam filem adalah untuk tujuan hiburan dan sukar untuk diguna pakai dalam dunia nyata.

"Tetapi, belia India kita mudah terpengaruh dengan filem berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Beliau menarik perhatian kes bunuh Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais selain kes bunuh dan bakar empat individu di sekitar Tapah, Perak, tahun lepas.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya.

"Ia merupakan contoh kes pembunuhan yang kejam dan perlu dipandang serius. Terdapat filem Tamil yang membawa aksi pembunuhan kejam sehingga mendorong belia terbabit dalam kegiatan bercanggah dengan undang-undang di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, Mohan menggesa lembaga penapisan mengambil kira semua perkara itu dan mengawal filem seumpama itu memandangkan masalah sosial yang berlaku di seluruh negara.


Dipandang serius

Pandangan Mohan turut dikongsi Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya.

Dr Saharuddin berkata pengaruh filem bercorak keganasan perlu dipandang serius kerana ia boleh menyumbang kepada budaya tidak sihat.
Beliau berkata, sesuatu filem yang diterbitkan perlu mempunyai mesej yang berkualiti.
   
Sementara itu, seorang bekas polis yang pernah terlibat dengan siasatan jenayah di ibu kota, R.Karniappan berkata tidak dinafikan filem Tamil yang ganas turut menyumbang kepada masalah sosial di negara ini.
Bagaimanapun, peratusannya kecil, katanya kepada Bernama.

"Sebenarnya tidak banyak, kerana masih ramai belia India yang tidak terpengaruh dengan aksi ganas dalam filem walaupun kerap menyaksikan filem-filem seumpama itu," katanya yang telah berkhidmat dalam pasukan keselamatan selama 36 tahun.

Karniappan berkata kesemuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada dia mahu mengambil nilai baik atau buruk. -Awani                                               


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2016 10:06 AM | Show all posts
la...tiada aksi ngesek dlm pilem pun ramai yg tau ngesek waktu umur 13-14 thun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 10:08 AM | Show all posts
ganas pilem tamil ni lawak laa.. xde laa kejam mane pun....

skali tumbuk 10 org mati kot...dussyuuumm...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemarin lyn 2 citer tamil
Satu singaram 2 & satu kt tv2... Tgk tu tingat rasuah & birokrasi kat Malaysia skrg hahaaa
Tp Malaysia skrg lom ada hero bleh cuci perasuah tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 10:23 AM | Show all posts
suka tengok cerita tamil ni dari hindustan dan buat aku terpikir
kalau negara tu ramai sangat orang pandai cakap apa pun tak jadi
walaupun ada tamadun berusia ribuan tahun
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala ada je tak kena. Wwe Wwf tu sekat lah habis-habisan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2016 12:23 PM | Show all posts
citer tamil malam tadi ape tajuknye..& ending camne..tetibe black out plak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat filem tamil pun, jahat lagi citer cina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2016 01:20 PM | Show all posts
filem2 india  x sesuai utk rakyat india di malaysia.
banyak ganas2, aksi lucah dan lain....
saya rasa elok orang2 india malaysia membuat filem mengikut budaya malaysia yg kaya dgn budi bahasa

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 01:20 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-1-2016 12:27 PM
Jahat filem tamil pun, jahat lagi citer cina.

betu setuju...cina banyak kungfu dan aksi lucah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 01:38 PM | Show all posts
cerita Romeo Juliet tu aman2 jah

@pitjie ni lu punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Movie rempit2 pun meracuni bbnu berkerak utk jadi superman guna kapcai
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
romeo and joliet ujung ujung bunuh diri.
tak sihat untuk bbnu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
romeo joliet - bukan cinta agung
pashah jejai - ini baru cinta agung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 02:18 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-1-2016 06:07 AM
romeo and joliet ujung ujung bunuh diri.
tak sihat untuk bbnu.

ini yang kat 202 haritu bukan romeo juliet versi kokesen


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem Cina lagi ganas. #peminatfilemtamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2016 02:30 PM | Show all posts
filem tamil sepatutnya masuk kategori maharaja Lawak Mega..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 02:37 PM | Show all posts
padiyappa best,x ganas sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 02:51 PM | Show all posts
Cerita tamil dan hindi yang berpakaian menjolok mata dan memaparkan aksi-aksi yang mengghairahkan pun patut ditapis dan disekat tayangannya.

Juga kerajaan wajar menyekat mana-mana cerita atau filem yang memaparkan Islam sebagai pengganas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 12:06 AM | Show all posts
Mmg gns....tp gns yg xlogik dek akl...pas2 lwk plk 2....tp syok lyn crita tamil....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.064132 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list