CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2741|Reply: 0

Sup Ayam Dari Kasih Hati Ke Sajian!

[Copy link]
Post time 31-12-2015 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Nak tahu wanita pandai masak atau tidak, cuba suruh mereka buat sup ayam. Jika ada rasa rempah dan sedap, kira boleh masaklah. Eh, tak semestinya. Penulis gurau-gurau saja.




Sebenarnya nak kongsi dengan anda sup ayam. Sup ayam ini antara sajian paling ringkas dan malas. Boleh dipraktikkan ketika minggu harian. Rata-rata wanita dan suri rumah kini bekerjaya kan? Oleh itu, main campak-campak sahaja, sajian sup ayam akan jadi jua.

Jangan tak tahu, sup ayam juga adalah sajian yang sangat diperlukan semasa demam. Ia boleh menaikkan aura panas di dalam badan.

Jom, campak-campak bahan Sup Ayam Dari Kasih Hati Ke Sajian. Sebenarnya, banyak resepi atau cara-cara yang boleh kita buat. Tak semestinya seperti penulis kongsikan. Ada sesetengah orang, rempah sup akan ditumis dahulu untuk mendapatkan bau aroma sup.



Gunakan sahaja, sup bunjut Adabi, bawang putih dan merah, ubi kentang dan air panas. Jangan dilupa ayam. Masukkan kesemua bahan setelah air mendidih kecuali ubi kentang. Ubi kentang masuk akhir sekali setelah ayam empuk dan lembut. Nak pedas, tambahlah lada atau cili. Kemudian, Sup Ayam Dari Kasih Hati Ke Sajian dah pun siap untuk dihidang. Taburkan juga daun sup jika ada.

Cop! Cara seperti itu untuk orang bujang bolehlah tau! Sebab, nampak malas sikit kan? - CARI Infonet

Kredit Foto : Google
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list