View: 2608|Reply: 6
|
#SelamatkanZulkifli Jadi Trending, Dianggap Hero Sebenar Masyarakat
[Copy link]
|
|
Oleh AdibZA
Siapa sangka, kisah seorang lelaki bernama Zulkifli, 50 yang didakwa membunuh seorang perompak di rumahnya, di Kerteh Terengganu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dalam sekelip mata.
Ia menjadi viral di laman sosial dan masyarakat bertalu-talu menunjukkan sokongan, dan rasa simpati kepada Zulkifli yang dianggap sebagai mangsa keadaan.
Bayangkan seseorang yang didapati mempertahankan diri daripada perompak di kediamannya kemudian ditahan dan didakwa menyebabkan kematian perompak itu.
Justeru, sebuah laman di Facebook diwujudkan bagi mendedikasikan sokongan orang ramai kepada Zulkifli. Laman yang dipanggil Selamatkan Zulkifli itu antara lain memberikan informasi terkini dan perkembangan semasa Zulkifli.
Dalam masa beberapa hari sahaja, laman itu telah mencatatkan jumlah pengikut yang memberangsangkan, lebih 50,000 orang setakat petang ini.
Melalui medium di laman sosial itu, orang ramai tidak melepaskan peluang memberikan komen mereka seperti di bawah:
Apa pun, keberanian Zulkifli mempertahankan diri dan keluarganya sangat memberi inspirasi kepada masyarakat. Meskipun dalam beberapa laporan berita sebelum ini menyatakan keluarga Zulkifli terpukul dengan tohmahan dan hinaan sebagai pembunuh, namun kini lebih ramai yang memandang sebaliknya.
Mereka kini menggambarkan Zulkifli sebagai hero sebenar di hati masyarakat. Semoga perjalanan kes ini dipermudahkan dan keadilan buat insan ini dapat ditemui. Amin - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni dah terbalik... penjenayah dilepaskan.. kita yang nak selamatkan nyawa pula terkorban |
|
|
|
|
|
|
|
Lorra2411:   <a href="http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=939651" target="_blank">http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=939651</a>
Kepada Forumer Sekalian,
Setiap artikel yang dinaikkan adalah untuk PORTAL CARI Infonet (www.cari.com.my) bagi ruangan FOKUS.
Harap Maklum.
Terima Kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm ... memang kesian pada pakcik nie
dah jatuh hukum ke? rasenye die baru di dakwa bawah seksyen 302 kan?
harap2 die menang la kes nie ... insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg perompak merogol isteri dihadapan mata kepala suaminya sendiri
yg isteri meraung xtertolong sebab suami diikat
undang2 mahu rakyat Malaysia diseksa oleh warga aisng ke yg rata2 meormpak merogol ni ramainya oleh warga asing. |
|
|
|
|
|
|
|
This is not about Pakcik Zul, this is about an outdated provision in the Penal Code (s. 99) that runs counter to the common sense i.e. that a man is entitled to protect himself and his family against any intruder into his dwelling, at whatever costs to the intruder. The intruder has no business breaking in into anybody's home in the first place. An intruder breaking in into a house will not come empty handed and unprepared. And yet our version of the "castle law/doctrine" requires us to exercise restraint (i.e. to retreat/run away from the intruder if exercise of self defense will result in death to the intruder). I think it is about time that we amend the law. Take the harsher end of the castle doctrine that allows, what William Blackstone in his Commentaries on the Laws of England proclaims as "the natural right of killing the aggressor (the burglar)" (in some part of the US this is known as "stand your ground" doctrine that removes the duty to retreat first before lethal force can be used against the intruder). Assuming pakcik Zul is within his rights to self defense, but found culpable for murder for transgressing those rights, how many cases like Pakcik zul's do we need before we realize that an intruder to a man's home deserves no courtesy nor mercy? For justice sake, the time has came for the law to be amended, if not it could as well be a Magna Carta for rapists, burglars and murderers to break into our home. Let us make Malaysia safe again. |
|
|
|
|
|
|
| |
|