Oleh Izzah Abbasy
Anak perempuan yang masih kecil pasti akan ditatang bak puteri.
Dibeli baju cantik-cantik, hiasan mahkota, alat solek kanak-kanak dan mainan persis seorang puteri.
Selalunya, anak perempuan tidak akan bermain seorang diri, dia pasti ingin ditemani oleh ayah ataupun ibu atau adik beradik yang lain. Tetapi, selalu yang jadi mangsa adalah si ayah.
Lazimnya, boleh dikatakan 90 peratus keakraban anak perempuan adalah dengan si ayah. Manakala anak lelaki pula, dengan si ibu.
Jom, lihat bagaimana si ayah 'redha' melayan anak perempuannya dengan bermain, bersolek dan digayakan seperti si puterinya. Kebahagiaan pasti terpancar di raut wajah ibu bapa mempunyai anak-anak yang semakin mengenal dunia. - CARI Infonet
Kredit Foto : DevRange - Psychology & Human Development
|