CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5513|Reply: 20

Hentikan Spekulasi Remaja 14 Tahun Hilang, Ini Penjelasan Polis

[Copy link]
Post time 31-12-2015 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara tidak boleh dibuat main-main ketika ini. Sebab apa? 'Kunci' viral yang sentiasa menjadi perkara utama kepada pengguna media sosial untuk menghebohkan sesuatu kejadian. Hakikatnya, tidak semuanya sahih dan akhirnya boleh jatuh fitnah kepada individu yang terbabit jika perkara yang dihebohkan tidak benar.

Begitu juga kisah seorang remaja perempuan, Nor Amira Atirah binti Abdul Majid  berusia 14 tahun yang hilang baru-baru ini namun pelbagai kenyataan dan tuduhan telah dibuat oleh keyboard warrior sehinggakan pihak polis terpaksa mengeluarkan penjelasan dan maklumat yang tepat walaupun mangsa belum ditemui sehingga hari ini.


Foto : Siakap keli


PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu(pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.


7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp. Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.
CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 11:29 AM | Show all posts
dah ada la bhaii
mmg hawau ko kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:33 AM | Show all posts
halo cik wartawan .. benda2 ni semua dah ada dah dlm thread pasal kes culik ni la. kenapa la nak bukak thread baru pasal benda yang dah tak baru lagi ni?

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:36 AM | Show all posts
uii bahasa korang... 'bahasa lambang peribadi' ok.

WARTAWAN CARI sila berhati-hati buka thread ya!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:43 AM | Show all posts
aku kutip tacang saje.. tumpang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:31 PM | Show all posts
hhaaaaa nak sgt oppa gangnam style
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2015 01:27 PM | Show all posts
momod tak nak katup ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 02:35 PM | Show all posts
Kepada Forumer Sekalian,

Setiap artikel yang dinaikkan adalah untuk PORTAL.

Harap Maklum.

Terima Kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 02:50 PM | Show all posts
ooooooooooooookkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tred mintak hencap
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
harap bdk tu selamat balik kt family dia..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 03:27 PM | Show all posts
CARI-IIN replied at 31-12-2015 02:35 PM
Kepada Forumer Sekalian,

Setiap artikel yang dinaikkan adalah untuk PORTAL.

sama sama  
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrmm jd pengajaran jgklah. Kalau dh gatei bijik umur baru 14 tahun dah nk berboifren . Keluar rumah ikut suka hati balik lambat tanpa ditemani mak pak. Maka akan timbullah pelbagai musibah. Apa peranan ibu bapa sanggup biarkan anak keluar rumah diwaktu malam hari semata2 nk jmpa boifren.
Jadi x terkejutlah bila ada penjenayah ambik kesempatan di atas kecuaian diri sendiri dan keluarga.
Lainlah kalau waktu pergi @ balik sekolah diculik @ diculik dirumah sendiri psti akan timbul rasa simpati
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 02:09 AM | Show all posts
Bugis ka? Mata sepet
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh jumpa blumm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2016 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nazsh replied at 1-1-2016 09:19 AM
Dh jumpa blumm

As Salam Ydh Datuk Seri/Dtuk/Dto/Tuan/Puan

UPDATE;
Bandar Sultan Suleiman Rpt:  budak perempuan Melayu l4 th d katakn d culik n d viralkan...
SEK .363KK

Butiran pengadu:

Nama: Asmah Binti Mamai
Kpt: 820810
Alamat:
Pekerjaan: Penyelia

Butiran Mangsa

Nama: Nur Amirah Atirah Binti Abdul Majid
Kpt: 010610
Umur: 14 tahun
Keturunan: Banjar
Alamat:
Ringkasan kes:

Pada 27/12/2015 jam lebih kurang 1430hrs, semasa pengadu sampai di rumah, pengadu telah mendapati anak perempuan pengadu bernama Nur Amirah Atirah @ ira , Kpt: 010610 telah tiada dirumah. Pengadu kemudianya telah menghubungi anak pengadu dan bertanyakan di mana anak pengadu berada dan anak pengadu telah beritahu bahawa dia mahu berjumpa dengan rakannya. Setelah itu, anak pengadu gagal di hubungi dan oleh kerana bimbang akan keselamatan anaknya, pengadu datang ke balai polis untuk membuat laporan.

TINDAKAN
Hasil drpd siasatan teknikal n kajian talian mangsa telah menimbul identiti saspek dan talian tel yg digunakan
Pada 31/12/15 @ 2200Hrs Sepadulan Polis JSJ D8 diketuai olh PT D8 ASP Nazeri dibantu llh peg serbuan Insp Anuar Ibrahim  n btn JSJ D8 Bkit Aman tlh thn sebuah m/KAR WJS 6128 di dapati 1L C .1PM n 1 Kanak perepuan melayu umur 6 thn di depan petrol pam petronas Kanchong Darat Banting.
Hasil pemeriksan dapati

1.  Perrmpuan melayu nama NUR AMIRAH ATIRAH
(Mangsa)

2. NURQISTINA umur 6 thn

3. GAN CHIN TECK
961127

HASIL SOALSIASATAN AWAL
1. Mangsa mengaku tidak culik sengaja mengadakn diri di culik.

2. Buat panggilan kepada ibu  bahwa menyatakan diculik.

3. Lelaki Cina tersebut adalah teman lelaki yg dikenali 1 minggu.

4. Semasa keluar rumah tinggal bersama bapa angkat nama NIZAM di Sg Emas.

5. Tujuan mangsa buat bergini hendak bebas.

6. Mangsa tidak bersekolah brkerja di ASAM PEDAS  Bdr Baru Sultan Sulaiman.

7. Mangsa mengaku tiada hubungan sek bersama teman lelaki....d ragui..

Utk maklumam YDH Datuk Seri/Datuk/Dto/Tuan/Puan...
Perkembangan soalsiat akan dkmaklumkn.

Tkaseh
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 02:33 PM | Show all posts
apehal la tak gi skolah. muda lagi dik oi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sekolah tgh cuti masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:48 AM | Show all posts
chinta89 replied at 31-12-2015 11:43 AM
aku kutip tacang saje.. tumpang lalu

Sama la kita
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.505326 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list