CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2219|Reply: 0

Fakta Luar Biasa Tentang Anak Bongsu!

[Copy link]
Post time 30-12-2015 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Anak bongsu sering dikatakan manja, tak pandai berdikari dan mengada-ngada. Itu jika dilihat dari sisi negatif.


Namun, sebenarnya banyak kelebihan dan juga kualiti tersendiri yang terdapat pada diri anak bongsu.


1. Ramai ingat anak bongsa perlukan banyak bimbingan dan arahan. Padahal, dengan satu arahan yang tepat mereka dapat melakukan sesuatu itu dengan cemerlang!






2. Anak-anak yang lain agak sukar tinggal sendirian dan sering berasa sunyi. Namun tidak dengan anak bongsu. Apa buktinya, anda telah biasa hidup sendirian sejak kecil kerana abang dan kakak telah 'keluar' dari rumah.

3. Anak bongsu tidak mendapat tekanan terlalu tinggi daripada orang tua berbanding anak sulung. Ini membuatkan anda berjiwa dan peribadi yang carefree, selalu berjiwa muda meskipun sudah dewasa!


4. Tanpa sedar, dalam pergaulan anda lebih suka berkawan dengan mereka yang lebih tua, lebih berpengalaman. Anda juga mudah disayangi oleh teman-teman kerana bersifat lebih keanak-anakan yang manja.







5. Selalunya memakai baju yang sederhana, tidak terlalu bergaya. Ini kerana sudah biasa mendapat baju 'second hand' daripada kakak atau abang.


6. Anda sering dianggap sebagai seorang rakan yang lucu kerana terbiasa menjadi si kecil di rumah yang bersikap comel dan lucu. Anda memang pandai menghiburkan teman-teman.


7. Kamu sangat mencintai 'title' sebagai anak bongsu. Tak dapat dibayangkan jika tiba-tiba lahir sebagai anak sulung, kan? - CARI Infonet




(sumber foto: Carian google)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.372397 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list