CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 3-3-2016 11:55 AM | Show all posts
dammerung replied at 3-3-2016 08:57 AM
Kisah 10: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Taiwan, 1990

Richard merupakan pengerusi persatuan pe ...

Hurm, nice story. By logic sepatutnya pasangan tu berterima kasih kat dia sebab tolong. Ni mcm nak mengusik dia plak.. Hurm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2016 05:34 PM | Show all posts
Kisah 11: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Banting, 1995

Aku mengenali Amir semasa melepak rumah member aku kat Setapak sekitar tahun 2006. Amir ni pengkid dan floor manager McDonalds. Tak seperti pengkid yang aku pernah tengok, Amir, singkatan dari Ameerah ni actually cantik juga lah orangnya. Aku masih ingat muka chinese-look dengan kulit putih bersihnya. Ditambah pula body slim with natural enhancement at the right places. Tapi itulah sayangnya pengkid pulak. Anyway enough walk down the memory lane...

Amir tinggal dengan di kampung sebaik tamat SPM. Di kala orang lain sibuk isi borang UPU, borang UPU pun si Amir ni tak beli. Dia dah malas nak belajar dan tinggal dengan Nenek pun sebab tak tahan dengan leteran mak pasal tak nak sambung belajar dan tak nak kerja.

Kat kampung memang heaven lah. Atuk dah meninggal masa Amir kecil lagi dan dalam ramai-ramai cucu, Amir sorang je yang suka duduk kampung, so macam king dia kena layan dengan Nenek. Apa nak semua Nenek bagi. Nak makan best-best, Nenek sediakan, nak TV dalam bilik siap dengan video player, nak walkman, Nenek bagi duit suruh beli sampai motor kapcai pun Nenek usahakan.

Kampung Amir terletak dalam daerah Banting dan Neneknya dikenali penduduk sebagai bidan/tukang urut/pengamal perubatan tradisional. Business hour Nenek Amir ialah malam Khamis dan Jumaat sahaje. Setiap minggu kedua-dua malam ni memang meriahlah rumah Nenek dengan orang datang berubat. Biasanya Amir ambil kesempatan kesibukan malam itu untuk ronda-ronda dengan girlfriend dia masa tu budak Form 3 naik kapcai Honda 70cc.

Rumah kampung Amir ni jenis rumah kampung tiang tinggi. Bahagian bawah rumah di bina dinding untuk dijadikan stor simpanan menyimpan barangan arwah Atuk yang bisnes sewa peralatan kenduri macam khemah, meja makan, kerusi dan lain-lain lagi. Stor tak pernah dibuka sejak Atuk meninggal. Rumah kampung tu besar, ada 4 bilik asal dengan lagi 2 di tambah masa renovate buat dapur. Bilik Amir kat area dapur dan bilik Nenek kat bahagian atas. Disebabkan rumah tu besar, Amir jarang melepak kat atas dan kalau melepak dengan Nenek pun kat area dapur je. Kalau dah bahagian atas rumah pun dia jarang naik, bilik Nenek apa lagi lah.

Kata Amir, malam-malam setakat dengar bunyi-bunyian kat dinding dapur (dinding sempadan dengan ruang stor bawah rumah) tu perkara biasa. Dia anggap adalah tikus main-main kat dalam tu, tak pun bunyi kayu ke ape sebab rumah lama. Paling tak best time mandi sebab Amir sering rase macam di skodeng. Walaupun bilik air diperbuat dari batu, still dia rasa macam ade orang mengendap dari lubang ventilation kat atas tu. Kadang-kadang dia sampai boleh dengar ada bunyi nafas tapi bila dia tengok takde orang pulak. Since dia rasa pelik-pelik time mandi tu, Amir cuma mandi petang sebelum pukul 6. Kalau time membuang pun same, especially lepas Maghrib. So untuk memudahkan urusan perkumbahan waktu malam, dia pasang walkman time melabur.

Misteri rumah Nenek bukan setakat tu je. Kat bahagian tengah rumah (area yang menghubungkan bahagian depan rumah dan dapur) ada sebatang tiang seri betul-betul sebelah pintu bilik Nenek. Kat tiang tu ada ikat tali sabut macam tangkal dan di atasnya ada ikat kain kuning dan merah berselirat. Tiang tu off-limit dan Nenek memang mengamuk kalau ada bebudak main-main kat situ. Pernah masa Amir kecil, dia dan sepupu-sepupu main polis sentri dalam rumah dan tiang seri tu jadi 'jail'. Salah seorang dari sepupunya tiba-tiba pengsan dan bila sedar bagitahu ada 'pakcik telanjang badan berbulu' senyum kat dia bila dongak atas.

Antara kejadian lain yang Amir takleh lupakan, malam sebelum akad nikah Mak Su, anak perempuan Nenek paling bongsu, semua orang di arahkan keluar rumah. Amir masa tu dalam umur 6 tahun dan dengan sepupu lelaki sorang lagi pakat menyorok kat dalam almari kayu bilik sebelah. Dari dalam almari tu kat dinding belakang ada lubang kecil boleh tengok bilik sebelah. Malam tu Amir dengan sepupu nampak Mak Su bersendirian dalam bilik yang hanya diterangi pelita ayam. Mak Su berkemban kemudian di atas katil Nenek ada tangan berbulu lebat, macam tangan chimpanzee panggil-panggil Mak Su. Tiba-tiba Mak Su lurutkan kain kemban dan dalam keadaan bogel naik atas katil Nenek. Masa tu Amir tak faham lagi soal-soal seks ni so dia ingatkan Mak Su ni demam sebab si Amir ni pun kalau demam suka tido bogel. Just dia pelik siapa pula kat katil Nenek tu sebab setahu Amir mana ada saudara tangan berbulu macam tu. Sepupu dia pula dah nak nangis sebab dia kata itu "pakcik bogel bergayut kat tiang seri".

Kisah arwah Atuknya meninggal pun boleh tahan misterinya. Sebulan sebelum arwah meninggal, dia bedridden kat tilam tengah rumah. Dari mula sakit arwah Atuk tak bercakap, makan bersuap, itupun bubur je, kencing, berak semua orang uruskan. Satu pagi, semua orang terkejut tengok arwah sapu daun kering kat laman rumah. Orang kampung semua datang melawat dan Atuk borak macam biasa dengan semua orang. Antara peel pelik arwah Atuk masa tu, tiba-tiba nak makan macam-macam. Gulai daging, rendang ayam, pulut kuning, lemang, sambal petai, asam pedas, macam-macam lah dan Atuk makan non-stop. Air favorite Atuk, teh susu Nenek buat dalam periuk kawah besar tu, licin semua. Settle makan, malam tu dekat nak pukul 12, arwah Atuk bersilat sensorang kat area tengah rumah. Dan of course semua tak boleh ada dalam rumah time tu. Boleh dengar dari luar arwah Atuk cakap "haipppp" "yeahrghh!!" "mati kau!" "hepp!" "aku lompat!!" dengan lantai rumah kayu macam nak runtuh sebab Atuk main lompat-lompat. Besok paginya arwah Atuk meninggal.

Dengan kejadian-kejadian mistik yang berlaku kat rumah tu, memang open-secret di kalangan ahli keluarga yang arwah Atuk dan Nenek ni membela. Arwah Atuk dan Nenek ada 7 anak perempuan (termasuk mak Amir) dan 3 anak lelaki. Sejak arwah Atuk meninggal, semua anak perempuan Nenek, termasuk mak Amir tak pernah bermalaman di rumah. Kalau raya cuma pakcik-pakcik aja yang tidur kat rumah, itu pun bini dengan anak tak ikut sama. Dan semenjak dari itulah hubungan Amir dengan sepupu-sepupunya makin renggang.  Last-last kalau raya, cuma beberapa orang je yang balik, ada masa cuma berdua je pagi raya.

Mak Amir memang tak suka Amir tinggal dengan Nenek. Mak dia tak pernah cakap kenapa dan Amir pun tak pernah tanya kenapa since Amir ni jenis malas nak ambil tau soal orang-orang tua.

Satu hari dekat-dekat nak Maghrib Amir nak keluar melepak dengan geng-geng pengkid dia kat pekan Klang dan cari-cari dia punya kunci rumah tak jumpa. Jadi dia ingat nak pinjam kunci Nenek sebab balik confirm tengah malam punya. Panggil-panggil Nenek tak menyahut dan naiklah atas rumah ke bilik Nenek. Amir ketuk pintu, Nenek kata "Kejap, kejap...nanti Nenek keluar, dah nak habis ni"

Amir pun pelik, apa benda yang nak habis? curious punya pasal, dia pun tengoklah dari lubang kunci dan nampak Nenek atas lantai dengan sebelah kaki dalam lubang lantai yang dibuka papannya. Paling terkejut bila Nenek keluarkan kaki ada benda merah berkilat, macam lidah tenggiling lilit-lilit ibu jari kaki Nenek. Amir nampak ibu jari Nenek bengkak hitam dan kemudian sarung stokin. Patutlah selama ni Nenek pakai stokin 24jam. Alasannya sejuk tapi lantai kayu mana ada sejuk.

Masa Nenek buka pintu, Amir tanya kenapa lantai bilik Nenek berlubang?

"Nenek buang sampah kat situ, malas nak turun bawah buang..jauh" jawab Nenek selamba.

Amir juga masih ingat waktu kecil, Nenek sering cakap nanti bila dia dah mati, semua harta pusaka dia turun ke Amir. Biasanya orang-orang tua sayang cucu ni cakap bergurau benda-benda macam tu, ye lah dengan budak kecik kan. Tapi walaupun Nenek cakap dengan nada bergurau, masa tanya nanti Amir nak ke tak pemberian Nenek nanti, di paksa-paksanya Amir yang baru umur 4-5 tahun masa tu cakap iyee Nenek. Kadang-kadang time-time sekarang masa sarapan ke makan malam ke, Nenek bring up lagi soal harta pusaka tu dan setiap kali Amir cakap ye lahhh, Nenek akan cakap kuat-kuat "Haaa ko dengar tu?"

Bila tanya Nenek cakap dengan siapa, Nenek cakap "Dengan arwah Atuk kau"

Beberapa hari sebelum Amir pindah semula ke rumah mak bapak dia kat Keramat, mak dengan Nenek bertengkar. Amir tak tangkap butirnya tapi dapat dengar yang mak dia cakap "Mak jangan nak turunkan antu tu kat anak Suli!"

Then mak dia cakap kat Amir, packing sekarang dan ikut balik Keramat. Amir ni malas lah nak balik dan macam-macam alasan dia bagi. Boleh pulak mak dia pancing, "Apa kau nak aku belikan" dan Amir masa tu tengah kemaruk nak motor kapcai Suzuki RGV, buat deal dengan mak, kalau di belikan dia pindah balik KL. Mak mengalah, Amir menjerit yahoo, packing barang dan masuk kereta abah.

Sebelum Amir keluar dari bilik, Nenek berdiri kat tangga dapur melihatnya sambil berkata;

"Ingat janji kau sama Nenek"

Amir tak ambil pusing pasal janji apa benda tah Nenek ni cakap sebab dalam kepala otak dia cuma terbayang Suzuki RGV je.

Sejak dari hari Amir pindah balek ke rumah mak ayahnya, dia dipaksa kerja dan bermulalah karier di McDonalds. Mula-mula paksa diri sebab mak suruh, lama-lama seronok pulak kerja kat situ. Awek-awek trainee dengan part-timer pun cun-cun so bermula dengan jadi tukang goreng fries, Amir mula naik pangkat sikit-sikit.

Dekat setahun jugak Amir tak balik kampong jenguk Nenek bila dia dapat berita Nenek sakit kuat. Boleh dikatakan semua balik kampung masa tu. Keadaan Nenek sama betul dengan arwah Atuk masa dekat-dekat nak meninggal, terbaring je dan nak cakap pun macam seksa. Mak Amir dan adik beradik lain upah bibik Indon jaga Nenek.

Mak larang Amir pergi jenguk Nenek. Tengok dari jauh je, kalau Nenek panggil-panggil pun jangan pergi dekat. Amir tak tanye kenape tapi masa tu dia ingat mungkin sebab nak Nenek rehat, sebab kalau Amir ada nanti sibuk nak berborak pulak orang tua tu. Satu malam, agaknya kasihan sangat tengok Nenek beria-ria panggil Amir, tengok line clear, Amir pun pergi dekat Nenek.

"Ayun ingat janji sama Nenek tak?" kata Nenek lemah sambil urut-urut tangan Amir. Ayun tu nama manja Nenek ke dia.

Janji ape pulak ni? puas Amir cuba ingat apebende yang dia dah janji sama Nenek. Pasal janji harta pusaka tu memanglah terlintas kat otak tapi Amir tak terpikir pulak yang Nenek serious pasal tu, ingatkan main-main je.

"Janji ape Nek?"

"Harta pusaka aku semua aku nak kasi kat ko"

Pulak dah. Tak sangka pulak Nenek memang betul-betul nak wariskan dia rumah dan tanah pusaka. Apa dia nak buat dengan rumah dan tanah kampung tu? nak jual pun siapa nak beli. Lagipun bukan sepatutnya Mak dan adik-beradik ke yang patut dapat, apasal pula ke dia?

Macam-macam persoalan singgah di minda. Teragak-agak Amir nak menjawab.

Tiba-tiba Mak menyergah.

"KO ADA CAKAP IYE NENEK KE APE TAK?" bentak Mak keras sambil pegang erat pergelangan tangan Amir.

"Tttak..takde cakap ape"

"Bangang betul la ko ni ha! aku cakap jangan dekat dengan Nenek" marah Mak sambil melibas-libas tangan ke kepala Amir.

Dari hari ke minggu, minggu ke bulan, bulan ke berbulan-bulan, Nenek makin parah, boleh kata tinggal kulit dengan tulang je sampai Amir sendiri minta percepatkanlah ajal Nenek ni sebab kesian sangat tengok terseksa macam tu.

Satu malam, kampung gempar apabila Nenek tiba-tiba masak telur mata kerbau. Satu papan telur ayam habis Nenek goreng. Lepas tu minta beli cili 2 kilo, beras, santan, pendek kata macam nak buat kenduri.

Takda sorang pun cakap apa-apa dan menurut aja apa yang Nenek minta. Cuma Mak Su menangis tak henti-henti dari malam tu sampai ke pagi.

Nenek siapkan makanan dengan lauk penuh 3 dulang dan suruh semua orang makan. Semua 10 anak Nenek dan pasangan serta cucu-cucunya makan tanpa banyak soal.

Masa makan Nenek cakap yang rumah dan tanah pusaka semua turun kat Mak Su. Adik-beradik yang lain tak boleh ambil satu sen pun. Kata Amir, masa tu semua diam dan angguk. Amir tak berani tengok Nenek. Suap nasik pun mengigil tangan. Mana taknya, Nenek dengan rambut mengerbang, kurus keding dengan mata terbuntang jalan perlahan belakang semua orang masa makan tu.

Dalam ramai-ramai tu sorang je takde. Mak Su. Dia kat dalam bilik Nenek masa tu dan keluar dengan mata bengkak jalan terjengket-jengket.

Keesokan harinya Nenek meninggal. Menurut kata Amir, semua menantu-menantu Nenek dan cucu-cucunya tak dibenarkan lihat jenazah. Semua balik rumah, termasuk Amir yang balik Keramat malam tu juga sama abah.

Mak hanya pulang 1 minggu lepas pengebumian dan semenjak dari tu dia tak berjumpa langsung dengan saudara sebelah Mak. Kalau raya pun balik kampung sebelah ayah.

Dan tak tau kenapa juga, Amir tak pernah ada desire nak balik kampong samada ziarah kubur atau jenguk rumah kampong tu. Dia macam lupa terus pasal kampung tu. Mak pula lepas Nenek meninggal tak pernah mentioned langsung pasal adik-beradik dia kat keluarga.

Beberapa tahun lepas tu, Amir ada jumpa kawan lama masa kat kampong, terserempak kat Midvalley. Kawan tu bagitahu rumah kampong Nenek takde dah. Kena roboh dan tanah tu sekarang orang buat projek tanaman. Mak Su pula orang cakap dah cerai dengan laki dia then pindah Sarawak. Paling pelik, kawan bagitau Amir yang semua orang tak tahu arwah Nenek kebumi kat mana sebab dia yakin bukan kat tanah perkuburan kampung, sebab takda satu pun orang kampung yang datang pengkebumian Nenek.

Amir sampai sekarang (time recording tahun 2006) masih tak faham kenapa dia takde langsung perasaan sedih masa arwah Nenek meninggal. Dari kecik tinggal dengan Nenek, lepas tu habis sekolah tinggal dengan Nenek lagi tapi bila Nenek meninggal sezarah perasaan sedih pun dia rasa, macam orang lain yang tak kenal pula yang meninggal. Nak kata tak sayang, memang dia sayang dengan Nenek tapi itulah, setiap kali memori Nenek datang, dia tak rasa apa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 11:38 AM | Show all posts
cerita out of the ordinary..and good storyline..

kesian maksu..how selfish of nenek nak suruh terima jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 01:31 PM | Show all posts
dammerung replied at 10-3-2016 05:34 PM
Kisah 11: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Banting, 1995

Aku mengenali Amir semasa melepak rumah  ...

aku heran ape maksu dia buat dgn hantu tu malam sblm kawen..

ewww tolonglah.
xkan la xtau beza baik buruk.






Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 03:52 PM | Show all posts
dammerung replied at 10-3-2016 05:34 PM
Kisah 11: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Banting, 1995

Aku mengenali Amir semasa melepak rumah  ...

Yeyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!
Ada citer baru
Mekasih dammerung
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 02:23 PM | Show all posts
kenapa pulak maksu kena tido dgn benda tu sebelum kawen? tak cuba berubat cara Islam ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2016 05:03 PM | Show all posts
Kisah 12: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Pengalaman Abang Noor (Lewat 70an - 80an)

Berikut adalah mini koleksi kisah pengalaman mistik Abang Noor (pencerita kisah Mat Sentol)

Yom Janda

Selepas ayahnya meninggal pada tahun 1975, Bang Noor menumpang di rumah atuk saudara kat sebuah kampong dalam daerah Rembau. Masa ni Bang Noor apply jadi pelatih HA (Hospital Assistant/Pembantu Perubatan) di Seremban. Sementara tunggu result keluar, dia tolong atuk saudaranya yang ambil upah buat kerja-kerja kampong.

Di kampung tersebut ada seorang janda yang famousnya sampai ke kampong-kampong sebelah. Orang panggil janda tu, Yom Janda. Bang Noor cakap bila tengok muka Yom Janda, rasa berdebar je lepas tu perasaan malu-malu meluap-luap, macam jatuh cinta dengan awek masa sekolah menengah. Wajah Yom Janda ni kata Bang Noor klasik macam Maria Menado. Apa yang Bang Noor ingat sangat pasal Yom Janda ni ialah janda anak 4 ni kuat melaram. Nak pergi kedai runcit kampong pun berkebaya berpayung bagai, ditambah lagi dengan gaya percakapan manjenya tu. Itu baru nak pergi kedai kat kampong, belum pergi ke pekan lagi.

Biasalah orang macam Yom Janda ni pasti ramai orang tak suka, especially bini-bini orang lah. Tapi takde siapa pun berani sound sebab pernah ade kes sorang bini orang acu parang kat Yom Janda sebab lakinya kemaruk nak buat Yom jadi bini nombor dua. Tiga hari lepas tu acik yang sound tu kena histeria, lari bogel satu kampong cakap ada pontianak kejar dia. Last-last satu famili pindah keluar kampong. Sejak dari tu reputasi Yom Janda as a bitch not to be messed with tersebar. Dia pun tak mainlah setakat jantan-jantan kampong. Bang Noor cakap, setiap hari akan ade kereta mewah keluar masuk kampong tu dan berhenti kat rumah Yom Janda. Bila dia masuk keluar kereta, siap ada orang tolong bukakan pintu bagai. Kata orang Yom Janda ni high class escort di Seremban. Dia ada 4 orang anak yang dibela oleh maknye dan anak-anaknya ini digelar 4 Malaon sebab kerjanya mencuri kambing, kerbau, ternakan orang, pecah masuk dan sebagainya. Tapi siapa berani usik anak Yom Janda? kena santau nanti tau lah.

Semasa melepak di bengkel motor milik temannya di kampong tu jugak, terkeluar lah cerita pasal Yom Janda ni ade bela hantu. Cerita punya cerita, Bang Noor dapat tahu yang hantu ni konon-kononnya dah cover wajah sebenar Yom Janda dan pakai pukau buat jantan terliur tengok dia. Entah macam mana boleh pula ada plan nak tengok rupa sebenar Yom Janda dan ade sorang tu tau ilmu buka hijab. So lepas tutup bengkel, sambung melepak kat kedai runcit kampong/warung kopi sebab boleh kate semua lelaki kat kampong tu tau schedule Yom Janda yang akan ke situ sebelum Maghrib untuk beli air botol Long Chan.

Dipendekkan cerita, selepas 'membuka hijab'nya (Bang Noor tak bagitau camana sebab khurafat, katanyalah) nampak seorang wanita berbadan kurus tak dikenali berjalan ke arah mereka (kedai runcit). Raut wajahnya cengkung, gigi jongang dan ada tompok hitam kat muka dengan rambut nipis di kepala yang semakin membotak. Di belakangnya ada nenek tua badan bongkok seribu jalan terkedek-kedek sambil pegang jari kelingking wanita tersebut.

Bila wanita itu menjeling flirting ke arah mereka, semua berpaling tengok arah lain, tak sanggup nak main mate dengan awek huduhhh.

Tiba-tiba pakcik toke kedai tu cakap 'Baju merah je tetiap hari Yom, takde baju lain ke?' dalam nada bergurau.

Nak tersembur kopi Bang Noor apabila mengetahui wanita huduh di depannya ialah Yom Janda.

Apa yang membuatkan meremang bulu tengkuk Bang Noor adalah sewaktu Yom Janda beredar dari kedai, dia ternampak apa kelihatan seperti ekor terjuntai dari bawah kain batik yang di pakai nenek tua bongkok tersebut.

Sejak dari itu, Bang Noor dan rakan-rakan yang menyaksikan kejadian di warung kopi dah tak pandang Yom Janda. Tak lama lepas tu Bang Noor pindah ke Seremban sebab enrolled ke kolej pembantu perubatan. Lebih kurang 2 tahun, Bang Noor dropout sebab dapat offer join LLN (TNB) yang memang dia dah aim lame sebab nak duduk kat KL.

Masa kat KL, Bang Noor dapat cerita Yom Janda jadi bini nombor dua kontraktor kaye dan menetap di Seremban. Anak-anak Yom Janda, sorang mati kena renjatan elektrik time curi kabel dan lagi tiga tak tahu apa cerita.

Abang dan Adik

Kehidupan Abang Noor di KL bermula dengan memasuki pusat latihan LLN di Bangi (sekarang jadi UNITEN) dan menumpang rumah kenalan keluarga di area Pandan Indah/Cheras. Masa tu MRR2 belum wujud lagi dan Bang Noor ulang-alik ke Bangi pakai motor C70 antik milik keluarga tumpangnya. Setiap hari Bang Noor ikut shortcut lalu sebelah jirat Cina di ampang. Pada suatu malam ketika pulang melewati jirat CIna, lampu motor Bang Noor menyuluh dua kanak-kanak sedang bermain-main di sebelah longkang besar betul-betul dekat entrance jirat tersebut. Bang Noor buat tak tahu sahaje tapi tiba-tiba salah seorang melintas depan Bang Noor. Nasib baik sempat balance kalau tak dah tergolek atas jalan sebab dia bawa motor tu laju juga. Bang Noor bengang lalu sound;
"Hei bebudak ni! ape main memalam bute ni! pegi balek!"

Kanak-kanak yang terdiri dari budak lelaki dan mungkin adik perempuannya hanya berdiri bertentangan Bang Noor tak cakap apa-apa. Paling pelik, dua-duanya pakai topeng kertas yang beli kat kedai runcit harga 20-30 sen tu. Si abang pegang layang-layang handmade dari surat khabar dan si adik pegang lilitan tali tangsi.

Kemudian dua kanak-kanak tersebut berlari masuk kawasan jirat cuba menerbangkan layang-layang yang meliang-liuk di sebalik cahaya bulan. Bang Noor tengok je bebudak dua orang tu yang semakin dalam masuk ke area perkuburan.

Tanpa disedari, bulu romanya meremang sampai mengigil tangan. Dengan tidak membuang masa, Bang Noor memecut pulang ke rumah dan semenjak dari hari tu dia tak ikut jalan sebelah jirat tu lagi dah.

Teman di Tiang

Selepas tamat training, Bang Noor memulakan kerjaya sebagai penolong technician LLN. Masa tu kabel letrik semua pakai tiang lagi (sekarang mostly underground) dan kadang-kadang dia yang panjat tiang untuk repair/ganti apa yang patut. Ada satu tahun ni time Raya kedua kalau tak silap Bang Noor, ribut taufan melanda pantai barat Malaysia sampai banyak rumah rosak sebab pokok tumbang dan sebagainya. Bang Noor on-call Raya tahun tu dan menerima panggilan untuk membaiki salah satu tiang elektrik di Cheras. Pokok tumbang menyebabkan salah satu kabel terputus dan Bang Noor setakat boleh pergi preliminary check-up je kerana orang yang bawak trak kren cuti Raya.

Kalau takde kren tu Bang Noor cuma tengok dari bawah je, just kalau kerosakan tu memerlukan close inspection baru dia panjat tiang tu pakai harness yang lilit kat badan then ensot-ensot tali ke tiang sampai atas. Well, malam tu kena close inspection so terpaksa la panjat. Sampai di puncak, Bang Noor periksa dan catat apa yang patut. Bunyi-bunyian kedengaran dari pokok berhampiran. Bunyi daun-daun bergegar kerana ada sesuatu menganggu dahannya. Bang Noor mula-mula ingatkan kucing tapi dari cara bunyi, seolah-olah ada benda berat bertenggek kat dahan pokok tersebut, macam ada orang main-main panjat pokok...

Bang Noor perhatikan je dahan pokok tu. Tiba-tiba dengan sepantas kilat, lembaga berjubah putih lusuh dan rambut panjang mengerbang 'melompat' keluar dari rimbunan pokok dan bertenggek di tiang letrik yang jaraknya lebih kurang 10 meter dari Bang Noor. Bila makhluk tu berpaling ke arah Bang Noor, benda pertama yang melintas di kepalanya ialah "Ooo gini hantu rupenye". Kata Bang Noor, hantu tu takde hidung, takde kening, kulit kering merekah macam orang sakit kulit dan mata macam mata kucing. Dan mitos mengatakan pontianak/langsuir bertaring bagai tu, menurut Bang Noor tak betullah sebab takde taring pun hehe (Bang Noor gelak masa cerita ni, bukan aku yang reka-reka). Aku tanya, 'tak takut ke Bang?", Bang Noor cakap kat telinga just dengar degupan jantung dan nafas sendiri je. Peluh tu takyah cakap la, overall tebal Bang Noor pakai pun kuyup dek peluh. Tapi dia maintain sebab apa-apa pun dia still bertenggek kat tiang lektrik tu dengan hanya bantuan tali. Kalau terjatuh, paling koman patah jugak kaki. So Bang Noor tengok kejap je then pandang ke depan dan perlahan-lahan menggelongsor turun ke bawah.

Sampai kat bawah, dia tengok balik tiang tu tapi dah lari langsuir (agaknya langsuir kot) tu. Malam tu Bang Noor tak balik terus ke rumah sebab takut hantu tu ikut so dia melepak kat tempat yang dia tau bukak sampai ke pagi, 'tempat latihan' snuker/kedai game arked. Bang Noor lepak main game 20sen Dig Dug sampai ke pagi.

Tingkat Misteri

Bang Noor berpindah ke rumah flat di sebuah daerah berposkod KL selepas bernikah dengan isterinya circa lewat 80an. Rumah flat ni takde lif dan rumah sewa Bang Noor tingkat paling atas corner lot.

Satu hari Bang Noor pulang lewat, dalam pukul 11 malam macam tu. Seharian terlibat dalam aktiviti re-cabling membuatkan Bang Noor penat gile sampai tak larat nak balik naik motor, dia minta kawan drop kan. Sampai di kaki tangga, Bang Noor mengeluh panjang melihat rangkaian tangga yang terpaksa di daki.

Satu-satu anak tangga Bang Noor labuhkan tapak kakinya Dia tak bother nak tahu tingkat berapa, apa yang dia tau bila habis anak tangga, dah sampai rumah lah tu.

Bang Noor melangkah ke anak tangga terakhir dan berjalan menuju ke pintu rumah yang cuma beberapa langkah dari tangga. Bila dimasukkan anak kunci ke lubang, di putar-putar tak bergerak kuncinya. Bang Noor kebelakang sikit baru perasan rumahnya gelap gelita dan terkejut lihat sepanjang koridor takde pasu bunga, takde rak kasut, takde selipar kat depan pintu, takde langsir..pendek kata bersih licin macam takde siapa tinggal kat floor tu.

Perasaan seram menyelubungi diri dan bergegas Bang Noor menuruni tangga. Bila sampai kat satu tingkat bawah floor misteri, nak terjatuh Bang Noor bila pintu rumah yang amat dikenalinya betul-betul depan mata. Cepat-cepat Bang Noor masukkan kunci dan seperti pisau tajam menghiris mentega, senang je kunci tu unlocked pintu.

Bang Noor pandang ke tangga dan mendapati tiada tangga menuju ke atas. Di terjah ke dinding balkoni lihat ke atas, cuma nampak rooftop je. Dalam keadaan masih blur-blur Bang Noor masuk ke rumah macam biasa.

Keletihan teramat sangat menjadi alasan Bang Noor setiap kali insiden tingkat misteri terlintas di benak fikiran. Mungkin sebab over-exhaustion menyebabkan dia halusinasi or some sort. Tapi kata Bang Noor kejadian tersebut terlalu real untuk diklasifikasikan sebagai halusinasi.

Anyway, itulah kali pertama dan terakhir tingkat misteri tu muncul. Tahun 1995 Bang Noor berpindah ke sebelah rumah sewa aku dan menetap disitu sampai sekarang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dah bookmark..peminat SR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 12:05 PM | Show all posts

Gigih aku khatamkan benang ni dari semlm.. antara cerita2 yg terbaik dlm MPS.. keep up the good job TT..

btw talking about kisah asrama, aku la tu yg duduk asrama dari Form 1 sampai Form 5.. alhamdulillah tak penah kena kacau heavy2 just nampak benda menyerupai kawan sebelah katil masa Form 1.. tapi histeria memang byk kali terjadi.. and selalunya org yg sama jugak yg akan terkena.. ntah kenapa.. dlm area sekolah siap ada kubur, itu pun budak2 laki buat port pegi fly.. tak reti nak takut diaorg2 nih.. ada gak cerita yg budak2 fly tu kena sakat tapi dengar mulut ke mulut so tak tau la kebenarannya..



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
citer kat asrama mmg mcm mcm. aku dgn sorang mmg suka menyanyi. sering sgt org  dengar kami menyanyi time shower. padahal kitorang xde pun dlm shower. n kitorang xpenah dgr.

bg aku dorang xsuka kami nyanyi sbb tu cakap camtu nk bg kitorang stop.

masa kt univ hostel kami ni 2storey terrace. rumah aku hujung skit. satu malam terdengaq org mrnjerit kuat.. semua terkejut keluar rumah. aku nampak kerusi terbang melayang dari tingkap atas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
rupanya ada budak gadoh dgn boyfren dia. mati mati kami ingat kena histeria ke apa. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Crita tt yg paling aku tggu2 setakat ni.
Terbaik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik TT., lady bagi 5 bintang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 05:10 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 28-3-2016 05:33 PM

Kisah 13: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Lumpur, 1987

Agos merupakan senior aku di office aku. Mamat ni lebih banyak senyum dari bercakap. Dia antara geng rapat aku dan lunch mate yang setia. Agos dapat arahan posting ke California pada tahun 2010 dan beberapa minggu sebelum keberangkatannya, dia menceritakan kepada aku satu kejadian berlaku ketika zaman kanak-kanaknya. Cerita Agos antara yang paling f**ked up dalam koleksi aku.

Ceritanya begini...

Agos berusia 8 tahun ketika itu. Di era sebelum kewujudan internet, there were practically nothing but playing outside bagi budak sepertinya. Tetapi malangnya Agos tidak seperti kanak-kanak lain. Dia tak diberi kebebasan keluar bermain mengikut kemahuan. Segalanya harus mendapat kebenaran parent dulu. Selama ni arahan ibubapanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan je kerana Agos curi-curi keluar bermain time tengahari dan pulang semula ke rumah sebelum mak ayahnya balik kerja. Agos tak naik bas sekolah macam rakan-rakan sejiranan, dia di hantar dan di jemput oleh ayah. Kemudian dia dikunci dari luar sehingga mereka pulang sekitar pukul 5 petang.

Sebaik saje ayahnya kembali ke pejabat, Agos dah buka pintu grill dengan kunci spare yang disimpan dalam salah satu laci. Kegiatan rahsianya terbongkar apabila Acik Senah, jiran sebelah rumah report ke mak bahawa Agos main-main kat playground time tengahari dengan baju sekolah tak tukar. Semenjak dari tu, dua-dua kunci di bawa parentnya ke pejabat dan Agos menjadi tahanan dalam rumah.

Sementara menunggu ibubapanya pulang, Agos cuma mampu melihat dari jauh member-member sejiran bermain di playground dari jeriji pintu gril yang berkunci. Mahu tunggu sehingga parent pulang, petang-petang bebudak dah start main bola. Time petang dimana Agos dibenarkan keluar bermain, hanya jadi penonton bersama budak-budak pra-sekolah dan tadika kerana Agos kaki bangku.

Seperti hari-hari yang lain, Agos bersidai depan rumah melihat memember main 'khemah-khemah' dengan kotak washing machine. Sedang Agos melihat dari sebalik pintu grill, dia didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali. Kata Agos dari suara dan gaya, seperti student sekolah menengah. Cuma rambutnya panjang sampai ke bahu dan pakaian kusam tengik dengan bau rokok.

Tinggal di rumah flat kos rendah, remaja-remaja peleseran tak habis sekolah memang ramai disitu. Walaupun baru berusia 8 tahun, Agos amat pasti yang lelaki depannya adalah remaja-remaja nakal yang sering berlegar di koridor flat untuk mengenal pasti rumah yang boleh dipecah masuk.

Agos tak takut kerana semua orang di area flat tahu ayahnya kerja polis. Insiden ayah membelasah seorang remaja ditangkap curi basikal membuatkan tiada siapa berani menganggunya. Agos melihat remaja depannya yang tersengih-sengih.

"Ko kena kunci eh?" Tanya remaja itu.

Agos mengangguk aja.

"Mak ayah ko mane?"

Agos tak menjawab. Dia diam sambil merenung stranger yang terjungkit-jungkit kaki cuba melihat dalam rumah dari pintu grill.

Remaja itu duduk bersila depan Agos dan mengeluarkan sebungkus plastik berisi askar mainan warna hijau. Dikoyakkan plastik tersebut dan menyusun  askar-askar di lantai simen. Being a typical 8 years old kid, Agos dengan mudah terleka dengan permainan depannya dan mula bermain 'perang-perang' dengan kawan baru.

Bila dah hampir petang, stranger yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Boboy' nak balek dan bagi askar permainan kepada Agos. Dia minta supaya persahabatan mereka dirahsiakan, especially dari parent. Mengenangkan bahana kalau diketahui mempunyai permainan yang tidak dibeli mereka, Agos dengan senang hati bersetuju.

Keesokan harinya, Boboy datang lagi. Kali ini ada permainan baru, action-figure GI Joe. Nak melompat Agos apabila Boboy mengeluarkan the whole set bukan saje patung GI Joe malahan siap dengan kereta, tank dan sebagainya. Mereka bermain-main di bawah terik matahari. Boboy yang berselubung jaket hitam dan baju berlapis-lapis relax je, macam tak terkesan dengan kepanasan walaupun peluh menitik-nitik dari dahi.

Sejak dari itu Boboy jadi playmate tetap Agos. Agos juga dah tak turun main petang kerana sebagai anak tunggal, dia diberi privilege mempunyai bilik sendiri dimana dia pretending buat kerja sekolah tetapi sebenarnya bermain permainan dibagi Boboy yang semakin banyak.

Kata Agos playing session mereka tidak hanya bermain semata-mata. Boboy suka tanya soalan pelik-pelik. Antara soalan pelik Boboy ialah mengenai mak Agos. Boboy sering tanya Agos pernah tengok mak bogel tak? dan sebagainya, semuanya berkaitan tubuh maknya. Kadang-kadang Agos disuruh pergi ke master bedroom dan ambil coli dan spender mak dimana Boboy pinjam seharian dan dipulangkan keesokan harinya.

Bunyi tombol pintu diputar dari rumah Acik Senah membuatkan Boboy tak keruan. Kalau Acik Senah terpacul dari pintu rumahnya, Boboy akan cepat-cepat menyorok di sebalik dinding tangga hujung blok flat.

Tak pasti samada Acik Senah ignorance atau bodoh, dia tak pernah tanya tentang permainan yang berselerakan di lantai koridor rumah jirannya. Orang lain pasti dah mempersoalkan keanehan situasi itu, tapi Acik Senah just tanya Agos buat ape tu. Jawapan 'takda apa-apa' sudah cukup meyakinkan jirannya.

Satu hari ketika bermain plastisin, Boboy buat bentuk kunci dan pura-pura buka pintu grill. Pada mula mereka ketawa aja, kemudian Boboy tanya Agos,

"Agos nak tak Boboy bukak pintu ni nanti?"

"Mestilah nak!" Jawab Agos dengan naif.

"Agos, nanti petang karang bila mak ayah dah balek, Agos kena menjalankan operasi kite" bisik Boboy.

Petang itu, masih dalam mood bermainnya, Agos membayangkan diri seorang spy. Seperti lagak spy dia menyorok-nyorok di perabot-perabot rumah dan berhati-hati di ambil kunci grill, ditekapkan ke plastisin sehingga meninggalkan bekas. Seperti diajar Boboy, Agos dengan cermat menyimpan plastisin bekas kunci ke dalam plastik.

Besoknya Agos menyerahkan 'hasil spying' kepada 'Jeneral Boboy' lalu memberi tabik hormat ala tentera kepada 'chief'nya sebelum sesi bermain mereka tamat.

Dua, tiga hari selepas itu, Boboy datang bawa layang-layang. Agos agak kecewa kerana camana nak main layang-layang kat situ. Boboy mengeluarkan kunci dari poket jaket hitamnya dan membuka pintu grill.

Seperti tak percaya aja Agos melihat pintu grill rumah yang terbuka. Boboy masuk ke rumah dan menyelongkar setiap laci, almari di ruang tamu dan kemudian ke bilik mak ayah. Agos tak dibenarkan ikut dan menunggu di luar pintu bilik yang ditutup.

Beberapa minit kemudian, Boboy keluar dan Agos perasan almari dan laci pakaian mak ayahnya terbuka dengan baju-baju berselerakan.

Kerisauan wajah Agos bertukar girang apabila Boboy mengajak main layang-layang. Agos mengikut Boboy turun ikut tangga tepi. Majoriti penduduk flat yang makan gaji dari awal pagi ke petang membuatkan area flat sunyi sepi tengahari itu. Motor scrambler Ali Setan siap dengan helmet kecil buat Agos membuatkan dia semakin excited dan lupa amaran ibubapanya melarang dia mendekati stranger. Bagi Agos, Boboy bukan stranger, dia adalah rakan rapatnya yang sering bagi hadiah permainan, bukan kedekut macam mak ayahnya, minta beli mainan kat pasar malam pun tak boleh.

Mereka merempit mengelilingi KL dan makan di A&W, bagi kanak-kanak yang tinggal di low-cost housing area seperti Agos, semua ini seperti mimpi. Selesai makan Agos dah ready nak balik kerana ibubapanya akan pulang sebentar lagi. Tapi Boboy pujuk Agos untuk dibawa ke tempat rahsia. Dengan janji 'kejap je, Boboy hantar Agos balik sebelum mak ayah balek', Agos dengan berat hati bersetuju.

Motor scrambler Boboy memasuki kawasan perumahan tinggal yang dipenuhi semak-samun dengan rumah-rumah batu takde daun tingkap dan pintu terkopak. Boboy memberhentikan motor di depan sebuah rumah usang dinamakan 'Markas Rambo'.

Agos dibawa ke salah satu bilik. Dalam bilik ada tilam nipis lusuh dan tin-tin biskut, Milo, Ovaltine berselerakan dengan lilin terpacak di atasnya. Bau hancing dan taik menyengit hidung Agos dan ketakutan mula menyelubungi diri.

Boboy membuka baju dan terpampanglah tatu-tatu wanita bogel dilukis pakai pen marker biru ke seluruh badan. Kemudian Boboy merebahkan badan ke tilam lusuh dan terus tertidur. Agos tegak berdiri tidak bergerak-gerak seperti patung di tengah bilik Boboy.

Airmata Agos dah bertakung di kelopak mata dan berkali-kali merayu Boboy supaya menghantarnya pulang. Agos mendekati Boboy dan memujuk dengan suara terputus-putus untuk menghantarnya pulang. Biarpun digegar kuat, Boboy lena melayan mimpi, sehingga Agos melempar salah satu tong biskut ke dinding out of desperation.

Boboy melompat bangun, terkejut dek bunyi dentuman. Dengan mata merah menyala dan wajah bengis, Boboy mencengkam leher Agos,

"Kau diam gampang! Aku tinju ko nanti!"

Raungan keras Agos bergema ke seluruh rumah. Amaran Boboy untuk diam tak diendahkan, malah semakin agresif Agos meronta-ronta.

Impak kuat di pipi membuatkan Agos terpelanting. Pipinya kebas dan pandangannya kabur. Dia cuba berdiri tetapi kepalanya rasa berputar-putar.

Rasa kelat terasa di bibir membuatkan Agos nak muntah. Di sapu bibirnya dan cairan merah pekat tersalut di jari Agos. Agaknya panik, Agos histeria. Dia meraung, meronta-ronta atas lantai dan menjerit supaya di bawa pulang.

Sepakan bertalu-talu di abdomen membuatkan Agos sukar bernafas. Kesakitan dan keletihan teramat sangat membuatkan Agos beralah. Dia mengerengkot atas lantai kotor, menahan tangisan tersedu-sedu sambil mengusap dadanya yang sakit.

Agos tak ingat bila dia tertidur dan dikejutkan oleh Boboy. Dengan bantuan Boboy, Agos cuba berdiri tetapi rasa pedih seperti menyengat seluruh dadanya. Kegarangan Boboy hilang serta-merta apabila dia menyelak baju Agos. Boboy berjanji akan hantar Agos pulang malam itu juga.

Boboy memapah Agos memasuki van berwarna hijau yang parking sebelah motornya. Agos kemudiannya di baringkan atas tilam belakang van tersebut dan dibawa ke satu tempat dimana apabila pintu van dibuka, bunyi cengkerik nyaring kedengaran. Boboy piggyback Agos di belakangnya. Seorang pakcik tua sedang merokok berjalan di depan melalui denai kecil menuju jauh ke dalam hutan.

Batang-batang buluh dipacak sekeliling sebuah busut tinggi. Hujung setiap buluh dinyalakan api dan menerangi kawasan sekeliling. Boboy berborak dengan pakcik tersebut dalam bahasa tak difahami Agos dan kemudian menyusun kuali, periuk belanga dan pinggan-pinggan seperti nak main masak-masak depan busut itu.

Kata Agos, ada arang diletakkan dalam setiap perkakasan dan cecair warna merah  dalam plastik minuman berikat getah dituang dalam kuali. Pakcik itu duduk bersila depan busut lalu 'berzikir' sambil kedua telapak tangan di tekap ke tanah dan badannya di henjut-henjut pantas.

Arahan dalam bahasa tak difahami oleh pakcik kepada Boboy membuatkan Agos di dukung mendekati busut. Agos dipaksa kencing dalam sebuah bekas.

Air kencing Agos di tuang sedikit ke atas busut disusuli oleh satu ikatan kain melingkari busut tersebut.  Seekor binatang seperti monyet jalan merangkak menuju ke arah busut lalu memanjatnya. Semasa monyet itu berdiri di puncak busut, Agos bersumpah yang monyet itu berkepala manusia. Lebih tepat lagi, persis kepala perempuan berambut panjang. Makhluk monyet berkepala manusia hidu area busut yang disiram kencing sebelum turun ke tanah dan menjilat baki air kencing dalam bekas macam kucing minum susu dalam piring.


Tiba-tiba kelopak mata Agos terasa berat dan kemudian...blank.

Sedar-sedar tengok dia dah kat hospital. Dipendekkan cerita, ketika operasi mencari Agos di jalankan, orang terjumpa dia kat construction site, terbaring dalam paip konkrit pukul 2 pagi. Tiga tulang rusuk patah kerana disepak berulang kali oleh Boboy sewaktu di rumah.

Agos menceritakan dari A - Z semua pasal Boboy, pasal Markas Rambo, pakcik dan monyet kepala manusia. Menurut Agos, kejadian culik dia tu dapat small feature je kat newspaper. Mungkin sebab tak hilang lebih 24 jam kot. Paper mana Agos tak ingat tapi ayah dia ada simpan keratan tu.

Boboy hilang tanpa kesan. Bila trace balik, memang takda budak nama 'Boboy' tinggal atau berasal dari housing area situ ataupun kawasan berdekatan dan semua mat rempit-mat rempit kawasan flat tak kenal 'Boboy'. Agos kena went through therapy hampir setahun sebab cerita 'air kencing' tu mungkin semua suspect dia kena cabul. Pakcik bomoh tu pun tak jumpa. The 8 year old Agos tak dapat nak provide enough info untuk polis buat siasatan. Case tutup lepas setahun sebab tak cukup maklumat, walaupun ayah Agos fought untuk terus buka kes tu.

Agos dihantar tinggal di kampong sebelah mak kat Melaka dan menetap disitu sampai habis SPM. Terkejut juga aku dengar bila Agos cakap beberapa bulan lepas insiden tu parent dia bercerai. Lepas kes tutup, ayahnya resigned dari polis dan pulang ke Terengganu untuk join geng pondok (zuhud). Last jumpa ayahnya sebelum Agos berangkat ke Canada untuk sambung belajar dimana ayahnya berpindah ke selatan Thailand tak lama lepas tu dan hilang tanpa dikesan sampai sekarang. Maknya pula nikah lagi dan kini menetap di Bangi. Hasil perkahwinan kedua maknya, Agos sekarang ada tiga adik tiri.

Kata Agos, walaupun dia dah moved on tapi ada time, dia akan drive by kat area rumah lamanya dan kalau dia rasa adventurous, pergi kat tempat dia kena culik yang sekarang dah jadi taman perumahan. Agos claim dia boleh pinpoint Markas Rambo walaupun the whole area being flattened dan dibina rumah teres.

Just satu tempat je dia tak jumpa dan masih mencari sampai sekarang, hutan yang ada busut tinggi tu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 28-3-2016 05:10 PM
Kisah 13: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Lumpur, 1987

Agos merupakan senior aku di office ...

Ooh my...berdebarr gilerr aku baca citer ni...tak dapat aku bayangkn perasaan Agos masa d recall citer ni kt TT..nasib baik (baik?!) setakat itu je yg jadi kt dia...kali lebih..mau aku meraung..napa laa aku rasa emosi sgt ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 07:01 PM | Show all posts
dammerung replied at 28-3-2016 05:10 PM
Kisah 13: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Lumpur, 1987

Agos merupakan senior aku di office ...

wow...

wow...

wow.... fucked gila cerita ni. Saper Boboy? Damn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 01:45 PM | Show all posts
dammerung replied at 28-3-2016 04:10 PM
Kisah 13: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Lumpur, 1987

Agos merupakan senior aku di office ...

Boboy tu manusia ke setan,
maknanya rumah Agos kena rompak la tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 01:13 PM | Show all posts
dammerung replied at 28-3-2016 05:10 PM
Kisah 13: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Lumpur, 1987

Agos merupakan senior aku di office ...

berdebar sungguh aku baca citer ni
sampai makanan pun aku tolak tepi nak fokus baca punya pasal
memang misteri sungguh boboy tu

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 04:56 PM | Show all posts
dammerung replied at 28-3-2016 05:10 PM
Kisah 13: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Lumpur, 1987

Agos merupakan senior aku di office ...

boboy tu wt sihir ke kt family agos, sbb tu bcerai parents dia?
mmg mind fuckup crita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.116312 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list