CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2514|Reply: 14

[Tempatan] Sungai Balok 'bertukar merah' selepas hujan dipercayai dicemari bauksit

[Copy link]
Post time 30-12-2015 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 30-12-2015 01:58 AM

Sungai Balok 'bertukar merah' selepas hujan dipercayai dicemari bauksit

http://www.malaysiakini.com/news/324905
Bernama      Hari ini, 6:00 pagi      Hari ini, 7:25 pagi


Hujan lebat sepanjang hari semalam, menyebabkan air Sungai Balok di Kuantan dan pantai berhampiran bertukar warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sungai-balok-di-kuantan-bertukar-merah-selepas-hujan



Hujan lebat sepanjang hari kelmarin, telah menyebabkan air Sungai Balok dan pantai berhampiran 'bertukar' warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit.

Penguasaha bot bersebelahan Sungai Balok, Ibrahim Muhammad, 45, berkata beliau menyedari air sungai itu mula berwarna merah pada pagi ini, semasa hendak memulakan kerja membaiki bot.

"Biasanya air sungai ini berwarna kuning, bukan merah seperti ini. Di atas kawasan berbukit di sana ada berlaku aktiviti (galian) bauksit. Mungkin air hujan bercampur bauksit menyebabkan sungai bertukar warna.

"Air sungai merah juga menyebabkan bahagian bawah bot yang berwarna putih diletakkan di sungai menjadi merah," katanya kepada Bernama semalam.

Air sungai itu yang mengalir ke laut juga menyebabkan air di beberapa kawasan pantai termasuk Pantai Batu Hitam di sini, turut berwarna kemerah-merahan, seperti 'bercampur' air lumpur.

Aktiviti perlombongan bauksit juga menyebabkan penduduk berhampiran tidak senang duduk semasa hujan lebat, kerana bimbang berlaku runtuhan tanah bauksit atau banjir disebabkan longkang dipenuhi tanah.

Guru, Kamarul Ismail, 41, yang menetap di Taman Beserah Jaya berkata beliau akan meninjau keadaan tanah dan longkang bersebelahan rumahnya sebaik sahaja hujan berhenti kerana pernah berlaku longkang dipenuhi tanah akibat 'dibawa' air.

"Kejadian sama berulang lagi apabila hujan lebat semalam. Saya bimbang jika berlaku banjir... kawasan ini mempunyai sejarah banjir pada tahun 2013.

"Yang paling dibimbangi jika banjir berlaku tahun ini, air mungkin naik lebih cepat disebabkan longkang semakin cetek akibat mendapan tanah bauksit yang terkumpul semasa hujan," katanya.

Pendapat sama disuarakan tukang kebun Madrasah Asyraful Madaris di Beserah di sini, Abdul Razak Abu Bakar, 48, yang berkata air longkang berhadapan madrasah itu semakin cepat naik selepas aktiviti perlombongan bauksit di situ, bermula tahun lalu.

Beliau bimbang dengan keselamatan 150 pelajar di madrasah itu yang akan kembali meneruskan pengajian pada 4 Jan ini jika berlaku banjir secara tiba-tiba.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2015 09:59 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 30-12-2015 02:00 AM

Sungai Balok di Kuantan bertukar merah selepas hujan

http://www.themalaysianinsider.c ... merah-selepas-hujan
Published: 29 December 2015 10:56 PM


Hujan lebat sepanjang hari semalam, menyebabkan air Sungai Balok di Kuantan dan pantai berhampiran bertukar warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.

Hujan lebat sepanjang hari semalam, menyebabkan air Sungai Balok di Kuantan dan pantai berhampiran “bertukar” warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit.

Penguasaha bot bersebelahan Sungai Balok, Ibrahim Muhammad, 45, berkata beliau menyedari air sungai itu mula berwarna merah pada pagi ini, semasa hendak memulakan kerja membaiki bot.

"Biasanya air sungai ini berwarna kuning, bukan merah seperti ini. Di atas kawasan berbukit di sana ada berlaku aktiviti (galian) bauksit. Mungkin air hujan bercampur bauksit menyebabkan sungai bertukar warna.

"Air sungai merah juga menyebabkan bahagian bawah bot yang berwarna putih diletakkan di sungai menjadi merah," katanya kepada Bernama di Kuantan, hari ini.

Air sungai itu yang mengalir ke laut juga menyebabkan air di beberapa kawasan pantai termasuk Pantai Batu Hitam turut berwarna kemerah-merahan, seperti “bercampur” air lumpur.

Aktiviti perlombongan bauksit juga menyebabkan penduduk berhampiran tidak senang duduk semasa hujan lebat, kerana bimbang berlaku runtuhan tanah bauksit atau banjir disebabkan longkang dipenuhi tanah.

Guru, Kamarul Ismail, 41, yang menetap di Taman Beserah Jaya berkata beliau akan meninjau keadaan tanah dan longkang bersebelahan rumahnya sebaik sahaja hujan berhenti kerana pernah berlaku longkang dipenuhi tanah akibat “dibawa” air.

"Kejadian sama berulang lagi apabila hujan lebat semalam. Saya bimbang jika berlaku banjir...kawasan ini mempunyai sejarah banjir pada tahun 2013.

"Yang paling dibimbangi jika banjir berlaku tahun ini, air mungkin naik lebih cepat disebabkan longkang semakin cetek akibat mendapan tanah bauksit yang terkumpul semasa hujan," katanya.

Pendapat sama disuarakan tukang kebun Madrasah Asyraful Madaris di Beserah, Abdul Razak Abu Bakar, 48, yang berkata air longkang berhadapan madrasah itu semakin cepat naik selepas aktiviti perlombongan bauksit di situ, bermula tahun lalu.

Beliau bimbang dengan keselamatan 150 pelajar di madrasah itu yang akan kembali meneruskan pengajian pada 4 Januari ini jika berlaku  banjir secara tiba-tiba.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 10:17 AM | Show all posts
ade aku kisah? kata setan berkenaan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:13 AM | Show all posts
dalam byk2 negeri paling aku xsuka skrg Pahang..diikuti Terengganu dan Johor
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
So, takleh minum laa kann...?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Air sungai warna kuning adalah normal.
Ok aku baru tau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah brapa kali berita pasal baukshit ni tapi pihak atasan duduk diam goyang kotey je. Babi sundel tol bila nak mampus org yg meluluskan baukshit ni??
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 02:54 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 30-12-2015 02:45 PM
So, takleh minum laa kann...?

Air berperisa aluminum? Mesti rasa pelik sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 02:54 PM | Show all posts
Raja dan pembesar negri antah berantah ni mcm dah buta mata buta hati , pekak telinga mulut bisu ke jadah nya
demi menimbun harta dunia yg tak sampai kemana. Tak kan nadi dah nak cabut dr badan baru nak insaf
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap lagi semua ikan kat pahang ni bertukar jadi ikan merah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:03 PM | Show all posts
...kepada pihak yang sepatutnya membela nasib rakyat Pahang tetapi hanya menutup sebelah mata...


....MAY YOU ROT IN HELL......
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 30-12-2015 02:54 PM
Air berperisa aluminum? Mesti rasa pelik sangat.

Aluminum berkarbonat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 08:32 AM | Show all posts
sungai berdarah..............
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 10:40 AM | Show all posts
Pakcik tu potpet2 je tuh....ujung2 cuba tanya PRU akan dtg nnt pakcik nk sokong mana.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 10:55 AM | Show all posts
isu ni sungguh terang lagi bersuluh
kata pepatah
tapi sekor penguatkuasa pun tak berani ambik tindakan
kebal sungguh dari undang2 ketika di dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.580506 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list