View: 5548|Reply: 28
|
Fikir Dulu Sebelum Bersuara, wahai Datuk Ahmad Maslan!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.infokini.my/
Tiap kali Datuk Ahmad Maslan bersuara, pasti mengundang kemarahan orang awam. Entah kenapa?
Ada pihak berpendapat beliau selalu bercakap tanpa menggunakan otak, ada pula mengatakan beliau telah dijadikan alat oleh kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat apabila ada isu terjadi pada kerajaan.
Yang terbarunya, susulan timbulnya rungutan dan kecaman rakyat jeberhubung kos sara hidup yang kian membebankan, Datuk Ahmad Maslan dengan prihatinnya mencadangkan golongan berpendapatan rendah sewajarnya melakukan dua atau lebih pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos perbelanjaan harian yang semakin meningkat.
Di sini, penulis ingin beritahu Datuk yang dihormati, sememangnya tekanan ekonomi dan peningkatan harga barangan serta perkhidmatan dan segala caj cukai yang dikenakan sudahpun tidak memadai khususnya mereka yang daripada berpendapatan rendah untuk melakukan hanya dua kerja?
Bagi penulis, kenyataan Datuk mungkin kena diperbetulkan bahawa melakukan dua pekerjaan sudah tidak mencukupi, datuk seharusnya mencadangkan rakyat buat empat atau lima kerja!
sumber foto: http://www.iklanperniagaan.com/
Umpamanya sebuah keluarga, tiga atau empat pendapatan sudah menjadi lumrah. Tukang kebun di sekolah anak saya pun buat dua kerja, pagi sampai petang di sekolah, malam kerja ‘jaga’ di kilang. Kedua-dua pendapatannya digabung baru cecah RM2,000, belum potong apa-apa. Balik rumah, sekadar untuk tidur, makan dan mandi. Inilah realiti orang susah. Cukuplah dengan cadangan Datuk.
Bagi orang berpendapatan sederhana pula, perbelanjaan yang berlipat ganda untuk bersaing sesama golongan mereka, bagi anak-anak yang terbaik, sampaikan duit ‘saving’ pun tak ada.
Pagi hingga petang kerja di pejabat, balik rumah, si isteri terpaksa bekerja di klinik selama empat jam secara part time. Hal anak-anak, seorang ibu terpaksa dikorbankan. Datuk tahu tak, betapa sakitnya bila ibu itu gadai waktunya dengan anak semata-mata kerana terpaksa bekerja tambahan?
sumber foto: http://nurulabidah.net/
Kepada yang berpendidikan dan berkemahiran perniagaan, mereka mungkin memilih menjual tudung atau baju secara on-line seperti yang dicadangkan oleh Datuk tetapi itu juga ada cabarannya.
Bukan mudah untuk buat perniagaan online, kita kena ‘engage’ dengan pelanggan secara talian sepanjang masa, dan adakah pihak majikan akan membenarkan kita berbuat demikian?
Bab ‘datang kerja dengan tidur cukup’, kalau sibuk buat dua kerja, ditambah dengan kerja di rumah, menjaga anak, Datuk masih yakin kami boleh datang kerja dengan tidur yang mencukupi?
Datuk, pendek kata, di sebalik semua cabaran ini, tidak nafikan ramai yang sedang menambah sumber pendapatan. Kini tiada lagi rumah dengan satu sumber pendapatan, yang dua sumber pun sudah kurang. Lazimnya, tiga atau empat sumber pendapatan.
Tetapi pernah tak Datuk memikirkan masalah sosial yang mungkin dialami oleh anak-anak apabila ibu bapa sibuk mengejar duit dimana anak-anak mungkin terbiar dan mendahagakan kasih sayang. Ibu bapa tiada di rumah, kalau ada pun sibuk buat 'online business', anak-anak bosan dan nescaya kemungkinan besar terjerumus ke dalam aktiviti anasir yang tidak sihat.
Kepada ibu bapa itu sendiri, mereka mungkin tiada masa untuk diri sendiri, kesihatan pun mungkin terganggu kerana kerja lebih tanpa rehat, apatah lagi dengan cadangan kerajaan untuk terlibat dalam aktiviti sosial.
Kalau anak-anak muda sedar ini kehidupan mereka selepas kahwin begitu memeritkan, nescaya mereka juga akan fikir panjang untuk mendirikan rumahtangga.
Datuk, lebih wajarnya Datuk memikirkan cara bagaimana memberi nasihat kepada kerajaan supaya menghasilkan strategik yang berkesan dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat tanpa membebankan rakyat dan menyebabkan kesan sosial yang parah kelak.
Buat satu kerja pun, saya hanya dapat luangkan dua atau tiga jam sehari dengan anak.
Fikir dulu sebelum bercakap wahai Datuk! Jadilah wakil rakyat yang berkhidmat untuk rakyat dan bukan dikhidmat oleh rakyat!- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak haram si jawa pontian ni mana de rasa malu |
|
|
|
|
|
|
|
adik aku buat 2-3 keje.
siang keje opis. kul 6 balik. kul 7 dah betolak gi penang/joho/kuantan/seremban/melaka (ikut kampeni pasang booth kedai untk event luar kl)
abis keje dlm pkul 2-3-4 pg..terus balik kl..drive ok. sampai rumah tido sejam dua.. bgn siap gi keje opis balik. seminggu dlm 2-3 kali la job tu..satu job dpt rm100..
kalu takde job event.. balik kije opis, dia gi nolong member dia jual beger kat depan rumah. dptla rm50 satu malam.
takpun belasah tido ..
ada bini sorang.. kete ada 3..satu dah abis bayar..bini pkai..dua lg masih byr.. satu kasi mak bapak pakai..satu dia pakai.. satu moto utk gi keje. asal rajin je.. kalu malas memang banyakla alasan.. ps: bukan peminat ahmad maslan. |
|
|
|
|
|
|
|
malukokram: adik aku buat 2-3 keje. siang keje opis. kul 6 balik. kul 7 dah betolak gi penang/joho/kuantan/seremban/melaka (ikut kampeni pasang booth kedai untk e ...
OIC... baguslah adik kamu... saya nak tanya... macam mana adik kamu bahagikan masa untuk
- Solat (walaupun solat ambil masa 5 - 7 minit, tapi kadang2 kalau dah sibuk sgt, nak cari masa untuk solat boleh jadi cabaran)
- Makan & Minum (macam mana nak bajet time pagi, tgh hr dan malam utk makan- Mustahil adik kamu tak makan dalam satu hari)
- Kalau tidur dalam sejam dua, bagaimana dengan kesihatan dirinya sebab kalau tidur sejam dua secara saintifiknya, memang manusia akan lemah atau hilang fokus...
Boleh tolong bagi tips tak macam mana nak hadapi benda macam tu pasal saya kalau boleh bajet dalam 24 jam, tanggung jawab terhadap Tuhan saya, Diri saya dan Kerja saya dapat dijalankan dengan stabil dan selamat...
Mintak tolong... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun penah wat 2 kerja.
mmg penat smpikn aku rs mmg btl wang x blh beli masa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah adik awak kuat bekerja, tetapi kadar hidup sebegini tidak boleh di maintain lama lama. Dan saya rasaitu kerana needs and desparation, bukan kerana kerajinan. Sekejap aje akan burn out dan akan hilang the drive untuk melakukannya. Di peringkat university contohnya, yang kerja nyer mungkin boleh dikata lebih ringan dan 100% tidak sefizikal kerja adik awak ni, tetap diberi sabbatical leave kerana a break is very important.
Kajian scientists dapati, work 9-5 tu 5day a week tu pon tidak ideal. Dari segi minda, di mana tetiba timbul rasa ingin rehat, ingin buat hobi, ingat berhibur, ingin tidur, maka teranglah bahawa 'kerja' hanyalah sepatutnya sedikit sahaja dari kehidupan harian.
Jika adik awak engineer yang keje 9-5, adakah dia juga akan menjual burger di malam hari atau drive ke ipoh di malam nyer kerana ada event?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurang bijak Encik Ahmad Maslan ni. Ini kah menteri you all sekarang ni di Malaysia? Dengan adenya dia, kerajaan menjadi lebih takpopular. |
|
|
|
|
|
|
|
aduhaiya replied at 29-12-2015 04:49 PM
OIC... baguslah adik kamu... saya nak tanya... macam mana adik kamu bahagikan masa untuk
- So ...
Saya lg berminat nak tahu camane la adik dia luang masa dgn anak2.. klo ada anak la..baca komen tu xde pun sebut pasal anak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
@aduhaiya
solat ..solat je bila masuk waktu. siang solat opis. otw gi job event berenti memana rnr atau surau/mesjid tepi jalan. dia ahli jkk surau kat area rumah ni.
makan.. balik keje bini dia dah siap masak . kadang bawak bekal. kadang bini ikut skali teman. bersuap dalam kete. teman tak bagi ngantuk. kekadang la bini dia ikut. belah siang kalu dia mengantuk sgt mmg dia tak keluar lunch. save time ngan duit lunch. bayar balik jam yg dtg keje lambat..
penat.. memang dia penat..macam saya btau kat atas.. seminggu dalam 2-3kali je job tu. penat masa job ada je..luar kl tu. tapi dia taget masa dia sihat dan muda lagi ni lah dia struggle. |
|
|
|
|
|
|
|
@ipes2
pada saya. bolehje buat 2keje.. kena pandai cari keje yg mana kamu semua sanggup.
kalau sanggup la kan..maksud saya cari keje yg ringan2 dan tak berat pada belah malamnya.
ya.. kalau adik saya engineer pun ( 9-5 work) memang dia sanggup. sebab belah mlm nya dia rasa boleh cari duit la. bergantungla pada tahap rajin-malas. adik saya dah 3 tahun buat keje tu. nak kata dia sentiasa sihat tu takla. memang ada demam sikit sikit.. sakit badan semua..tp dia tak mengeluh..demam..gi klinik..amek ubat..rehat.. |
|
|
|
|
|
|
|
@awekjepun
anak anak dia takde lagi. katanya masa nila dia boleh cari duit. |
|
|
|
|
|
|
|
@awekjepun
sabtu ahad memang dia rehat. atau bawak bini dia bejalan/besopping |
|
|
|
|
|
|
|
Ble org kaya dan sng bkata2..yg kua dr mulut semua taikkk |
|
|
|
|
|
|
|
Statement mamat ni yg saje nak bg pahala aku free2 je kat dia nih... haihh |
|
|
|
|
|
|
|
Anak bini aku tingal jauh. Paling tidak pun sebulan sekali bru dpt berjumpa.
Aku terkilan sgt tak dpt nk saksikan tumbesaran anak aku. Sedar2 je dah besar... Sedar2 je dah reti bertatih.. Sedar2 je dah reti bercakap.. Dan yg paling sedih sedar2 je dia dah taknak dgn aku.....
Jd aku phm sgt perasaan mak ayh lain yg terpaksa kurangkan masa utk anak dan famili... |
|
|
|
|
|
|
|
Dek idea ko ni...ko dh kene bahan, Mat! |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni pon ramai yg buat 2,3 keje dlm satu masa. Sambil keje berwhatsapp, berfb dll. Sambil mengumpat, mengular, membuaya pon ada |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kita rakyat Malaysia...terpaksa buat 2-3 keja untuk tampung kos sara hidup..dapat pulak menteri pasola.. haduih..
Kalo buat lebih dari 1 keja, quality life takde...takde masa ngan family..kesihatan tak terjaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh x bila isu ni naik jangan bukak cadangan mcm mana nak buat 2-3 kerja.
Bukak cadangan mcm mana nak manipulate harga barang supaya harga barang turun. Kerajaan patut active dalam bab ini supaya living cost turun.
Contoh, cancel AP kereta supaya harga kete turun, kalau subsidi nak dimansuhkan ke atas rakyat, company kereta pun xperlu ada perlindugan AP. Betul vision paklah utk majukan industri asas tani supaya import makanan kurang, harga barang turun. Sembang negara maju, mentaliti baham rakyat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|