CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4080|Reply: 2

Rani Kulup Dapat Gelaran Datuk Paduka Dari ‘Sultan Melaka’?

[Copy link]
Post time 28-12-2015 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Rani Kulup Dapat Gelaran Datuk Paduka Dari ‘Sultan Melaka’?                                Dec 28, 2015                31



1Shares


INDIVIDU yang dikenali dengan gelaran Raja Report Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia

Dengan pemakaian yang lain dari yang lain, Rani Kulup yang terkenal dengan tagline ‘kipidap dongibab’ sering muncul di kaca TV setelah membuat banyak laporan polis mengenai isu semasa.
Dikatakan, Selebriti Azwan Ali yang terkenal dengan keceluparan mulutnya sendiri pun angkat kaki apabila dia diberi amaran oleh Rani Kulup.
Ya, dalam banyak-banyak akhirnya Diva AA agak gentar juga dengan Ayahanda Rani Kulup, memang kipidap betul!
Baru-baru ini, di halaman rasmi Facebooknya, Rani Kulup dikatakan telah dikurniakan darjat Paduka Baginda daripada ‘Sultan Melaka’ sewaktu menghadiri majlis keputeraan baginda yang dirahsiakan tempatnya.
Melalui majlis tersebut, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) kepada Rani Kulup yang mana pada selepas ini anda harus meletakkan pangkat ‘Paduka Baginda’ di awalan namanya.



Menurut setiausahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Ismail, Raja Noor Jan Shah yang menggunakan gelaran Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni almarhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah hanya mengurniakan darjah kebesaran itu kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat.
Seperti yang diketahui, Abdul Rani Kulup yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) memegang rekod membuat 13 laporan polis dalam sehari.
Mungkin disebabkan kerajinannya dalam membenteras jenayah walaupun hanya membuat aduan menyebabkan dia dianugerahkan darjah Paduka Baginda dari ‘Sultan Melaka’.
Berita ini sudah semestinya membuatkan kerabat-kerabat institusi DiRaja ‘geleng kepala’ melihatkan situasi yang semakin pelik diberikan kuasa untuk memberi pangkat kepada masyarakat, apatah lagi darjah kebesaran kurniaan dari ‘kerajaannya’ yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.
Apa apa pun, download tuanku, sembah patik harap diupload!-MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 05:04 PM | Show all posts
adeh drp mn yer sultan melaka ni dpt fund?

kalo pk2 blk bagus jgk sultan melaka ni, at least kerajaan malaysia tade feed apa2 elaun kpd beliau. semua sendiri bayar

logik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 04:00 PM | Show all posts
datuk paduka rani kulup
pasni artis2 blh la berebut2 utk jdkan suami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058666 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list