Kalau ade mohon delete ye momod
25/12/2015 8:56am

Sebahagian mangsa yang terkorban dalam kemalangan awal pagi tadi.
JELI - Sekurang-kurangnya empat maut selepas sebuah bas yang dalam perjalanan dari Taiping ke Kuala Terengganu terlibat kemalangan di Kilometer 14 Jalan Jeli - Gerik di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.47 pagi itu, bas dinaiki 12 wanita dan 11 lelaki itu dikatakan bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. Jurucakap bomba berkata, setakat pukul 6 pagi seramai empat mangsa disahkan meninggal dunia manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan parah. "Akibat kejadian tersebut menyebabkan mangsa tersepit di dalam bas. Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya. "Mereka yang cedera parah turut dibawa ke hospital sama sebelum turut dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan," katanya. - K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz3vIC5a61d
Hakcipta terpelihara
|