View: 2450|Reply: 1
|
Kopi Bukan Sahaja Pelulur Terbaik, Malah Penyegar Wajah Paling Berkesan!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Kopi sememangnya terkenal sebagai salah satu agen kecantikan yang digemari wanita. Bukan sahaja aromanya yang segar, malah ia memiliki banyak khasiat untuk kulit.
Antara lain, biji kopi memiliki anti-oksidan yang mampu melawan radikal bebas. Sebab itu ia sering dijadikan salah satu bahan dalam krim malam yang mampu melawan pelbagai masalah kulit.
Selain itu, biji kopi terkenal sebagai bahan skrub atau lulur terbaik. Teksturnya yang agak kasar menjadikan ia sebagai pelulur dan peluntur sel kulit mati terbaik.
Namun masih ramai yang tidak tahu kopi juga berfungsi sebagai penyegar wajah yang sempurna! Caranya, sediakan bancuhan air kopi yang pekat.
Kemudian masukkan dalam acuan ais. Selepas ia beku, usapkan ais itu pada seluruh wajah. Ia mampu menyegarkan kulit ke tahap terbaik! Menarik, kan? - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|