MESKIPUN tugas seorang pemimpin dilihat sibuk dalam menguruskan pentadbiran negara dan hal ehwal rakyat, namun mereka juga dilihat tidak terkecuali untuk aktif di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.
Sama seperti rakyat, mereka juga berkongsi setiap detik manis mahupun aktiviti yang dilakukan bersama pengikut masing-masing dengan memuat naik gambar, mahupun status di laman berkenaan.
Dan antara yang aktif di laman sosial dan sering mendapat perhatian pengguna media sosial ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ahli Parlimen Rembau itu yang mesra dengan panggilan KJ boleh disifatkan sebagai seorang menteri yang begitu bersahaja dan pandai berjenaka dengan pengikutnya, selain sering juga menjadi ‘bahan’ di laman sosial.
Namun, semua itu tidak diambil serius oleh KJ, malah beliau sendiri ‘melayan’ karenah dan ragam pengikutnya itu.
Malah, hari ini, laman sosial KJ sekali lagi mencuri perhatian pengikutnya berikutan status yang dimuat naik olehnya mengundang gelak-ketawa dalam kalangan pengguna media sosial.
Ia bermula apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuat naik sekeping gambar memaklumkan bahawa beliau bersama beberapa menteri yang lain termasuk KJ sedang menghadiri mesyuarat Kabinet yang terakhir bagi tahun ini.
Sejurus kemudian, gambar yang dimuat naik oleh Hishammuddin itu diulang tweet (retweet) oleh KJ dengan menulis; “Spot my pisang.” (kesan pisang saya).
Ternyata, status tersebut menarik perhatian pengikutnya yang secara berseloroh menyifatkan kenyataan itu seolah kedengaran ‘pelik’ dan ‘double meaning’.
“@Khairykj that sounds so wrong,” tulis Zikri Mzd @ZikriMzd. “@Khairykj nampak pishang sangt dlm tuh,” tambah seorang lagi pengguna, H ï l M ī @hafizul_hilmi. Penggunaan istilah “pisang” biasanya digunakan dalam kalangan remaja secara sinis atau sopan untuk memberi gambaran kepada alat sulit lelaki.
Namun, dalam situasi status yang dimuat naik KJ, ia hanya gurauan pengikutnya kepada menteri kesayangan ramai itu.
- mD
|