CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5485|Reply: 20

Demi cinta: Lelaki kayuh basikal 4,000 kilometer dari India ke Sweden

[Copy link]
Post time 23-12-2015 11:50 AM | Show all posts |Read mode
4,000 kilometer. Lapan negara. Dua hati. Satu cinta.

Kisah jejaka miskin dan gadis kaya yang bertemu dan jatuh cinta. Mereka kemudiannya terpisah. Si jejaka berjanji akan membina hidup dan kembali bertemu si gadis. Tiba suatu hari, si jejaka nekad dan mula mengayuh basikal merentas lapan negara, semata-mata untuk bertemu dengan pencuri hatinya.

Sekali imbas, kisah ini mustahil wujud di dunia nyata dan hanya dibikin untuk mengisi layar perak. Namun inilah yang benar-benar berlaku kepada Dr Pradyumna Kumar Mahanandia dan Charlotte Von Schedvin.

Kisah yang kini mencecah lebih 100 ribu likes dan 80 ribu perkongsian dikirim di akaun Facebook Satyanarayan Patri.

Kisah epik ini bermula pada tahun 1975 apabila Von Schedvin yang ketika itu belajar di London pada usia 19 tahun, terbang ke India menjejak pelukis masyhur untuk meminta potretnya dilukis.

Pelukis itu bernama Mahanandia. Beliau ketika itu menuntut di Kolej Seni New Delhi, satu pencapaian yang tidak tergambarkan baginya yang berasal dari keluarga miskin dan berkasta rendah di Odisha.

“Bagi sudah ditakdir bintang-bintang, ketika potret dilukis, dia (Mahanandia) sudah terpukau dengan kejelitaaan, dan dia (Von Schedvin) tergoda dengan kesederhanaan. Cinta sudah bermula,” karang Satyanarayan dalam kiriman Facebook itu.

Walau dengan latar belakang jauh berbeza, mereka kemudian melangsungkan perkahwinan. Charlotte yang berdarah diraja Sweden itu mengambil nama India, Charulata.

Pada tahun 1978, tiba masanya untuk Von Schedvin pulang ke pangkuan keluarga. Beliau mengajak suami agar turut serta namun Mahanandia masih perlu menyambung pengajian.

Mahanandia berjanji akan ke Sweden sesudah pengajian beliau selesai.

Ribuan kilometer tidak memisahkan

Mereka kekal berhubungan melalui kiriman warkah dan walaupun berkali-kali Von Schedvin menawarkan tiket penerbangan, Mahanandia bertegas akan ke sana dengan titik peluh sendiri.

Mahanandia menjual segala harta benda dan membeli sebuah basikal terpakai. Bersama-sama dengan berus lukisan, cat warna, dan sebuah cinta — beliau memulakan pengembaraan.

Beliau berkayuh sejauh 4,000 kilometer merentas Afghanistan, Iran, Turki, Yugoslavia, Jerman, Austria, dan Denmark.

Sepanjang perjalanan, berkali-kali basikal beliau rosak. Adakalanya beliau berkayuh tanpa mengalas perut. Namun semua itu gagal memadam obor cinta yang kekal menyala.




Selepas empat bulan dan tiga minggu yang penuh dugaan, Mahanandia akhirnya tiba Gothenburg, Sweden.

Ketika itu tidak banyak negara yang mensyaratkan visa untuk para pengembara. Ketika tiba di sempadan Sweden, pegawai imigresen tergamam apabila seorang lelaki tiba dari India dengan basikal semata-mata untuk bertemu dengan isteri tercinta.

Selepas 40 tahun berlalu, pasangan suami isteri ini bahagia bersama dua cahaya mata dan menetap di Sweden. Mahanandia kini bergelar penasihat seni dan kebudayaan bagi kerajaan Sweden.

-astro awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pergghh penasihat seni. x sia2 ane mengayuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 12:13 PM | Show all posts
nasib baik chenta yg pompuan kekal utuh

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 12:17 PM | Show all posts
Wah menarik ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 12:21 PM | Show all posts
wowww...

boleh angkat ke filem ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 12:23 PM | Show all posts
Perghhhh boleh jd filem ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2015 12:26 PM | Show all posts
ingatkan isu semasa, rupanya cerita 40 tahun dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 01:03 PM | Show all posts
tahniah...akhirnya berjaya memperbaiki keturunan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 01:05 PM | Show all posts
skrg klu bawak basikal nk pergi let say norway..musti dicop teroris
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 01:12 PM | Show all posts
perrrghhhhh...
setia nya.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tgk gambar anak... ala xde ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
hebatnya.... Tapi Indians memang mcm tu kalau nak sesuatu memang bersungguh2 amat
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 02:07 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 23-12-2015 01:03 PM
tahniah...akhirnya berjaya memperbaiki keturunan

hahahahaha, celkalehnat btol komen ko abuk....wakakakakaka

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 04:46 AM | Show all posts
wow...sungguh hebat!
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mashallah. Inilah cinta sejati. Hindustani people ni kalau dah cintakan seseorang, mmg cinta mati betul. Huu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 02:44 AM | Show all posts
@yatt_takez  @amka   sanjay leela nak buat citer ni kan ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 12:40 PM | Show all posts
dauswq replied at 27-12-2015 02:44 AM
@yatt_takez  @amka   sanjay leela nak buat citer ni kan ?

oo yeke? sape pelakon nya uolss?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dauswq at 7-1-2016 12:45 PM
amka replied at 7-1-2016 12:40 PM
oo yeke? sape pelakon nya uolss?


Pilihan iols: Irfan khan sbb bile tgk lunchbox boleh gak org tua berlakon romantik wlpn kertu ... Tgk rupa dekat2 same ...  Pelakon Sweden tu mgkn kalki koechin

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
amka replied at 7-1-2016 12:40 PM
oo yeke? sape pelakon nya uolss?

Sanjay leela just intended nk buat tp tak tau lg bile produce
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:51 PM | Show all posts
aku dah tengok gambar latestnya... bersepah kalau google.... dan  WOW... rambut dia pun masih utuh lebat macam dulu.... sori dah lupa macamana nak tepek...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.408280 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list