Oleh Izzah Abbasy
Christmas Market atau Pasar Natal adalah pasar malam yang merupakan tradisi untuk meraikan perayaan Krismas pada setiap tahun di Jerman.
Ia diadakan selama sebulan bermula 23 November hingga 24 Disember setiap tahun.
Dalam bahasa Jerman, tradisi ini disebut Christkindlmarkt, Christkindlmarket, atau Weihnachtsmarkt. Susah juga nak sebut kan? Berbelit-belit lidah.
Christmas Market di Nuremberg adalah paling terbesar, meriah dan menarik di dunia. Bagi yang tradisional pula terdapat di Cologne dan Rudeshiem. Kepada anda yang sudah berkunjung ke sini, pasti sudah arif dengan tempat-tempat sebegini bukan?
Jika anda berkunjung Christmas Market German pada tahun ini, bolehlah merasai salji yang turun. Suasana dan cuaca yang sejuk sudah tentu mewajibkan anda memakai baju sejuk yang tebal atau baju panas.
Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang Pasar Natal ini berlangsung iaitu jualan makanan dan minuman, perhiasan pohon atau pokok Natal, kraftangan, pertujukan tarian dan sebagainya.
Teringin nak pergi, tapi penulis tak tahan sejuk. Jadi, cuci mata sahajalah! - CARI Infonet
Kredit Foto : Ashraff Ash Photographer
|