CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3418|Reply: 3

Lelaki China Bersenam Taici Atas Lampu Isyarat

[Copy link]
Post time 21-12-2015 03:49 PM | Show all posts |Read mode



Oleh : TS LOO



sumber foto: http://www.upi.com/



Pengguna jalan raya di bandaraya Suzhou terkejut selepas melihat seorang lelaki membuat senaman 'Taici' di atas palang lampu isyarat baru-baru ini.




Lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar tersebut.




Tindakan lelaki tersebut menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu cuba merakamkan aksi cukup unik itu.




Meurut media tempatan, lelaki tersebut dilaporkan membuat aksi berbahaya berkenaan selama beberapa minit sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.




Pada mulanya anggota bomba terbabit memujuk lelaki itu turun, tetapi dia pula enggan.




Bagaimanapun, selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat.




Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan.


















sumber info: upi.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 06:06 PM | Show all posts
Orang mabuk ni semua berani dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 02:44 PM | Show all posts
hebat jangan jatuh naiya je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hishh bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042748 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list