CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6103|Reply: 34

Kisah Seram (by pinkstuffs)

[Copy link]
Post time 20-12-2015 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pinkstuffs at 20-12-2015 06:07 PM

[Scroll down thread ini untuk Kisah 2 dan seterusnya] Hi. Newbie here. Selalu jugak jadi silent reader tapi terbuka pintu hati kiter nak share story jugak heehehe. Pengalaman seram? banyak. Tak lah banyak sangat haha. Tapi memang x dapat dilupakan sampai bila2 kan? huhuhu. Jangan marah erk kalau tak seram. At least aku tak tokok tambah cerita ni.

Kisah 1:

Dulu time aku darjah brapa dah tak ingat dah. Pagi tu dengan malasnya melangkah keluar dari rumah ke sekolah. So sampai jer kat sekolah heran lah aku apesal skolah ni sunyi giler macam cuti gitu. Tapi adalh beberapa orang murid jugak yg jalan2. So tanpa fikir panjang aku pon naik ke kelas sambil makan nasi lemak . Kelas aku ni bangunan paling hujung,aras paling atas kot. Dah tak ingat hahahah. Ada jugak lah murid2 yang main ice and fire kat kelas yang berdepan dgn tangga huhuhu riangnya. So sampai jer kelas, letak bag and nak cauuu cari kawan.

So masa nak turun bawa tu kena limpas satu kelas ni. Kelas A. Untuk pengetahuan aku kelas B (budak pandai hahaha) aras ni only got 2 classes only and a music room. kelas aku paling hujung dunia. Kelas lain semua d level bawah... so time nak menuju ke tangga untuk turun bawah kena lalu kat kelas A. kelas aku dekat dengan tangga jugak tapi berkunci. Naya betool. -.- time lalu tu tetiba almari buku kelas A ni brbunyi macam kene terajang. cuak jugak time tu sebab takde orang dalam kelas tu. Bukan setakat kelas tu jer takde orang. Aras ni langsung takde orang. lagi lah cuak.

So untuk control machoo aku jalan jer sambil makan nasi lemak. So turun bawah pergi kantin. Jumpa kawan sorang ni. Dia cakap ada beberapa orng pelajar histeria. Lahh patutlah kosong skolah ni. yang lain ada yg dah balik & and menyibuk kat surau katanya. lepas dah nak dekat sejam kat kantin (waktu keemasan sbb tak payah blajar hahaha) kitorang pun naik. and ada budak pompuan kena rasuk kat kelas A tu. o.o seriau aku. Patutlah ada bunyi semacam kat kelas A tadi time aku lalu nak turun bawah. Nasib baik dia tak sakat aku. Budak yg kena rasuk ni pengawas pusat sumber. Mata die jangan cakap lah. Memang merah. And suddenly dia jalan slow2 and dia cekik budak lelaki ni. Hahaha padan muka sebab budak yang kena cekik ni nakal suka kacau orang. Hantu pun benci. Time tu sorang pun tak brani dekat.

Pastu ustazah datang. Nasib cepat kalau tak mati dibuatnya budak kena cekik tu. Pastu kitorang yang tak berkenaan kena suruh turun and pulang yeayy cuti lagi.

Nanti cite kisah lain pulak yeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pinkstuffs at 20-12-2015 06:05 PM

Kisah 2

           Kisah ni terjadi beberapa tahun lepas. Kat kampung aku. So ada satu malam ni, ada baby meninggal dunia. Anak jiran. Maybe sebab lemas dalam kandungan kot. Jarak rumah aku dengan rumah jiran ni lebih kurang 40-50 meter. So kitorang pun pergi lah kenduri dia malam tu. Kebetulan pakcik aku dengan sepupu aku ni pon ada datang jugak.
            Nak dijadikan cerita, pakcik aku dgn ayah aku pergi rumah aku sat nak ambil barang. So mak aku cakap nak pulang tapi duit sumbangan tempat ayah aku. Mak aku suruh lah kitorang pergi rumah nak ambik duit sumbangan tu. So kitorang pun prgi balik rumah aku. Time on the way nak gi rumah aku tu sambil berbual pasal barbie (lol) tetibe ada mende hitam terbang kat atas kitorang. "Gila! Kau nampak tak apa yang melayang tu" sepupu aku yang dah cuak ni tanya aku lebih kurang camtu. Aku dah tak terkata2 waktu tu. Apa lagi berjemaah lah kitorang lintang pukang lari pegi rumah aku sambil gelak hahaa. jangan tanya apesal kitorang gelak. Kitorang pon tak tahu sebabnyer.

     Sampai rumah jer kitorang citer lah dekat ayah kitorang. So time nak pergi kenduri tu balik sambil brpegang tangan dengan ayah masing-masing. Tak berani dohh dongak ke langit. Kawasan rumah aku ni memang keras sikit. Dulu time mak aku terbangun awal pagi terhidu something. Wangi sangat. Terkumat kamit lah baca ayat quran time tu jugak. Rumah aku ni tepi sungai jer. Memanng tempat pelimpasan benda halus. Sungai tu memang sejarah hitam bagi aku sebab pernah jatuh kat dalam tu kakakakaka. Alhamdullilah panjang umur aku. Sekarang duduk kat bandar dah.


Nanti sambung kisah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
not bad tt...kipidap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 04:37 PM | Show all posts

Terima kasih atas sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome tt, sila lah bercerita lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 05:23 PM | Show all posts
Edited by pinkstuffs at 20-12-2015 06:03 PM

Kisah 3

Yang ni pulak pasal kawasan rumah aku. Aku dok rumah pangsa. Kira horror jugak lah kawasan perumahan ni. Macam-macam pernah jadi. Kat blok lain ada yang gantung dir lah, terjun dari tingkat atas lah. Nasib baik tak pernah berlaku kat blok aku. Tak kuar rumah aku kang hahaaa

Ni kisah jiran aku. Dia cakap satu malam ni dia terbangun nak terkucil konon. So tandas dia ni kat tepi pintu tandas tu ada tingkap tapi grill jer so boleh nampak lah kat luar semak yang gelap. Rumah dia ni aras tinggi jugak lah. So time dia nak ke tandas tu untuk melepaskan apa yang patut, dia terpandang kat luar tu ade makluk takde kepala okayy tengah terbang melimpasi tingkat dia hahaha. Terjun jugak lah dia ke katil. Hasben pon heran. Anak dia pulak nampak something kat luar rumah. Menantu jiran tu pulak nampak something duduk kat sebelah katil dia. Ngeri aku.

Yang ni pulok kisah jiran jugak. Jiran yang lain lah. dia ni ada anak lelaki yang suka melepak dengan kengkawan dia dan hanya reti nak balik jam 1-3 pagi. So satu malam ni, setelah puas bergiossip dia balik lah. Rumah kat ujung sekali, dekat dengan tangga. Sebelum masuk rumah tu dia merokok kejap lah sambil menikmati udara. Tetiba dia dengar sora pompuan ketawa dgn riang gembiranya dari arah tangga. Dia tengok tangga tu gelap semacam. Sapa lah yg happy sangat tu. Tapi tak serik jugak budak ni. kadang2 tak balik langsung hahaha.

Yang ni pulak kisah jiran aku yang sorang lagi. Setakat ni aku rasa memang dia lah paling teruk kena sakat oleh mende ni. Mak dia dah pesan kalau bendera jepun (period/datang bulan) jangan mandi lambat sangat. So dia ni memang degil nak mampos, tapi aku rasa malam tu lah last dia jadi degil hahaha. So dalam jam 8 or 9 tu, dia pon ambik towel and nak mandi. So time dia mandi tu tetibe bilik mandi tu slowly jadi gelap. Hah sudah. Time tu dia dah notice ada sesuatu yang tak kena so dia capai towel and sebelum kuar dari bilik mandi, boleh pulak dia nengok kat atas. Jeng jeng jeng, makluk apa pon dia tak tahu katanya. Yang penting mende tu senyum kat dia. So ape lagi lari masuk bilik sambil nangis. Maybe mende tu senyum sebab dapat skodeng anak dara org. Gatal and kwaja.


Bersambung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-12-2015 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Scroll down jer yeee thread aku ni. I will update here. And jangan lupa share cite korang kat dalam thread ni. Aku tak makan orang. And kalau ada yang tak faham dengan penulisan saya, its okay I understand. BM I memang hampa hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
TT orang apa? sabah ke sarawak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2015 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabah. tapi terpaksa guna slang semenanjung. Karang kena bash sebab ramai tak faham. Haha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 4:

Yang ni pengamalan family aku di rumah setakat ni. Dulu time mula2 pindah memang banyak perkara seram gitu. my dad saw something berjalan menembusi pintu depan rumah tengah malam, time focus tengok tv. Dia kata dekat bilik aku pun selalu dia nampak bayang2. But I was sleeping that time. Whose bayangan was that.. so semenjak kejadian ni, dia ada panggil orang yang pandai lah tengokkan alien mana pulak yang dok menumpang. Alhamdullilah sekarang ni dah tak da. Tapi kalau gangguan bunyi biasa. Aku ada baca thread yang salah satu gannguan rumah yang sering ada kalau tinggal di rumah pangsa ni bunyi guli dibuang ke lantai, bunyi orang tumbuk lesung memalam buta, and many more. And yes memang betul.

Pernah satu malam tu, antara sedar x sedar, dengar orang ketuk pintu depan rumah. aku buka mata and bunyi berhenti. Oleh kerana cuak yang terlampau, selubung satu badan dengan selimut sampai lah pagi. Hahahaha. Panas. Kakak aku pon pernah kena.
Beberapa bulan lepas, jiran aku (yg nampak makhluk takda kepala tu) time lepas azan mahgrib heboh sebab orang atas ni bongok ketuk lesung batu macam nak roboh satu bangunan. So husband dia pergi lah naik atas. Konon2 nak tibai haha. Dup dup dup. Manada orang kat rumah tu. Owner lama baru jer pindah. Hahahahahaha naya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
best ct tt
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pinkstuffs replied at 20-12-2015 05:48 PM
Sabah. tapi terpaksa guna slang semenanjung. Karang kena bash sebab ramai tak faham. Haha.

patut lah berlimpas limpas.
tak boleh lupa lah sabah.. memang best walaupun perjalanan jauh2.. TT sabah dimana? haritu sy dok rumah kwn sy di Papar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe. Sabah memang best. Sentiasa terbuka pintu untuk Mai. Saya di area KK hehe. Nasib baik Mai tak datang Sabah time gempa bumi hari tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzarai replied at 20-12-2015 07:10 PM
best ct tt

Hahaha. Tq tq tq. Ingatkan takda org nak baca thread ni. Nanti sy update lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah, jumpa orang sekapal lama dah tak balik sabah.

Masa sekolah rendah kat sabah dulu teringat kes orang jumpa orang kenit bawak kapak lari masuk bawah surau. Saya sendiri pegi tengok, memang ada kesan tapak kaki kecik tapi hilang bila sampai kat satu area tanah macam kawah kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 02:44 AM | Show all posts
lg pls...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2015 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 21-12-2015 02:18 AM
Wah, jumpa orang sekapal  lama dah tak balik sabah.

Masa sekolah rendah kat sabah dulu teringat ...

Omg scary sekolah tu. Maybe kawah kecik tu rumah dia. Kalau sekolah rendah saya pulak tak pernah dengar jugak orang nampak benda ni. Tapi still ada gangguan.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
fadzyjemi replied at 21-12-2015 02:44 AM
lg pls...

Berani fadzyjemi baca kisah seram malam2 yer hahaa. Nanti saya update.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 5.

Yang ni aku rasa tak berapa lah seram. Sekolah aku ni berdekatan dengan kuburan. Sekolah lama gitu. So memang setiap bangunan memang haunted aku rasa. Macam2 kes. Yang ni pengalaman aku dgn kawan rapat aku time di sekolah tu. Aku tak pernah nampak benda ni kat sekolah ni, tapi kalau bunyi-bunyian and bau-bauan pun memang pernah lah kena sakat.
Nak dijadikan cerita, cikgu ada bagi kitorang kerja rumah suruh buat nota sains. Mesti ada kat meja dia sebelum rehat. So kitorang berdua sampai awal and nak hantar lah nota ni awal2 sebab cikgu2 kat skolah ni kejam, tak bagi kluar masa dorang mengajar. Meja cikgu ni di bangunan yang khas untuk science lab. Physics lab, and so on. bilik dia ni tingkat 1, so kitorang pon naik and hantar lah buku tu. So time nak turun ni lalu kat satu lab ni. Lupa lab apa. Tetiba dengar macam sora pompuan nangis dari dalam lab tu. Tapi sayup2 lah. Apa lagi, for once again, lintang pukang lari sambil tergelak. Hahahahahaaa. Pastu dah taubat dah tak tak brani naik sana berdua. Mesti ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dah habis ke tt?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.057490 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list