CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Edisi Confirmed] Selamat Pengantin Madu, Adira!

[Copy link]
Post time 18-12-2015 08:59 AM | Show all posts
Nafi bercinta dengan suami orang
Oleh Ridzuan Abdul Rahman

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Baru hendak mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, pelakon Ardell Aryana sudah mula diulit kontroversi apabila dikatakan bercinta dengan penerbit bergelar Datuk yang juga suami orang.

Difahamkan, ada peminat terserempak dengan pelakon berusia 25 tahun ini bersama lelaki terbabit bercuti di satu destinasi pelancongan popular di utara tanah air.
Melihatkan gambar kemesraan mereka, pastinya pelakon utama drama Wadi ini sudah lama bercinta dengan lelaki terbabit.
Bagaimanapun, Ardell ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menjelaskan dia hanya memfokus kepada bidang seni buat masa ini.
Ketika ditanya mengenai kesahihan gambar itu, Ardell menafikan lelaki terbabit kekasihnya dan mereka berjumpa ketika itu hanya untuk berbincang mengenai lakonannya dalam drama terbitan lelaki itu.
“Tujuan kami untuk berbincang soal kerja dan bukannya ada tujuan lain. Saya mengenalinya ketika beliau baru membuka syarikat produksinya. Sebelum ini beliau pernah tawarkan saya berlakon dalam drama terbitannya, tapi kerana dah terima tawaran lain terpaksalah saya menolak. Walaupun tak jadi berlakon, hubungan kami masih berterusan sebagai kawan,” katanya.
Ardell berkata, dia tidak pernah mengenali peribadi Datuk itu dan tidak tahu beliau sudah mempunyai isteri.
“Seperti saya katakan tadi, kalau berjumpa kami tak pernah cerita hal peribadi dan lebih terarah kepada kerja. Itu sebabnya saya tak tahu pun dia sudah berkahwin, tapi saya tak kisah kerana kami hanya berkawan dan bukannya bercinta,”katanya.
Menurut Ardell, dia ada prinsip dalam karier iaitu untuk mencari pendapatan dan tak pernah terfikir nak rampas suami orang.
“Saya tahu kesusahan seorang wanita apabila ditinggalkan suami. Contohnya ibu saya sendiri ditinggalkan suami ketika saya berusia sembilan tahun.
“Itu sebab seboleh-bolehnya saya akan mengelakkannya. Cuma saya suka berkawan dengan Datuk itu kerana dia tidak seperti segelintir lelaki lain yang gatal dan suka mengambil kesempatan.
“Saya menghormatinya kerana pada usia muda sudah mendapat gelaran Datuk. Beliau juga seorang yang terpelajar dan cukup profesional ketika berurusan. Apa yang saya nampak beliau ada banyak perancangan untuk masa depan saya. Saya senang berkawan dengannya kerana beliau seorang lelaki yang baik, pemurah dan senang dibawa berbincang,”katanya.
Diusik persoalan mengenai lelaki idamannya, pelakon bernama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini mengakui sukakan lelaki yang lemah lembut dan tidak panas baran.
“Buat masa ini biarlah saya fikirkan kerja daripada bercakap soal jodoh. Sampai masanya ia akan datang sendiri nanti. Saya sekarang terlalu sibuk dengan penggambaran sampaikan masa untuk memanjakan diri sendiri pun tiada.
“Selepas habis drama Wadi, saya kini terbabit dengan penggambaran drama Anak-anakku Diva terbitan syarikat Sheila Rusly untuk slot Dahlia di TV3. Selain itu, filem pertama saya berjudul CCTV baru saja ditayangkan di pawagam baru-baru ini dan sambutannya tak mengecewakan,” katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 8:06 AM









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 09:00 AM | Show all posts
stok2 pencaras lh ni

semoga bahagia ke akhir hayat

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:09 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 18-12-2015 09:12 AM

tahniah
pilihan di tgn sendiri
smoga berbahagia..
org luar ni..kdg lebih kpd nak  mengutuk jerk dn nk tengok org hidup sengsara
aku tengok ank buah aku jd 1st wife elok jerk dgn madu
dpt tumpang senang gak..bila dia sibuk madunya yg tolong jaga anak2..
x jugak kedekut dgn ank2 dia
aman2 jerk..kdg2 balik kpg pun sama2
tp org luar jerk yg lbih2..duk fikir nnti bercakaran
mcm mendoakn jerk dia org x hidup bahagia..
biar lah mreka buat pilihan sendiri asal bahagia
lau x bahagia sok pandai2 la bawak diri
kdg2 yg x berpoligami pun hidup sengasara pdhal x bermadu dgn siapa pun..
dpt laki hampeh jugak



Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:10 AM | Show all posts
tahniah adira andai berita ni betul
moga bahagia hendaknya
klu rs x sanggup makan hati cepat2lah angkat kaki
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:12 AM | Show all posts
zoe1511 replied at 18-12-2015 12:59 AM
ya ampun rupa nya ni lah dato yg digosip dgn retis sendu tu. pernah ada thread tapi lupa

ye lah uols..thread yg iols bukak psl dato ni bercinta dgn pelakon Ardell kemenda tah..cuti2 kat pulau
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:15 AM | Show all posts
fynnkakiblock replied at 17-12-2015 12:44 PM
Taktahu nama chuols. Mmg btl2 sendu. Gambar tepi pool konon tgh discuss bagai tp pakaian mcm nk go ...

si ardell tu..thread sendu yg iols bukak..hehe..patut lah dah menomboy balik..frust kot dato kawin dgn adira
sian ko dik..ke hulu hilir dgn dato bercuti sakan dgn hat bagai, alih2 adira putih mcm hantu jugak yg dipilih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2015 09:18 AM | Show all posts
hebat nyaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:19 AM | Show all posts
tahniah adira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 09:22 AM | Show all posts
confirm ke kawen ni..ke drama sajork
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Datin dah hide post ni kat wall dia. Malam tadi masih ada lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 18-12-2015 12:19 AM
ada yang keciwa adira tawen? hihihi

ntoh. tp akak tlg frustkan kalau jantan ni x kaya pun. buang ms je mencaras.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:55 AM | Show all posts
hm.. kan pelik kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 10:04 AM | Show all posts
huh, serious ke uolss? Baru lepas stalk IG si Adira ni, fesyen tudung dah rupa makcik-makcik dah iolss tgok
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Adelisa replied at 17-12-2015 09:25 PM
Datin redha dlm berangin nampak gayanya..psl gossip dgn ardel pn kemain mgamok beliau..laki up gmbo  ...

Sudikanlah tepek gambar chuols. Teringin nk tengok
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dan selamat pengantin baru ajeklah iols ucapkan. Ni kira kawen seberang, takdok kenduri kendara la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo nk tau,inilah 'madu asli' yg sebenar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 10:18 AM | Show all posts
hmmm...adira..ko kan pernah merasa bila org tersayang ada org lain..
tapi kenapa ko pulak sanggup jadi org ketiga dlm hubungan org lain?
apa pun dah jodoh ko kan..semoga berbahagia even aku tak nampak plak sinar bahagia kat mata ko...
tetap aku mendoakan kebahagiaan semuaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sorry, hilang terus minat kt adira.
kenapa suami org?
Buat si isteri pertama,dlm rela pasti ada terluka dan airmata
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 10:22 AM | Show all posts
dato red mana ni...red bean army ke...
tu la x dpt ank atok..dpt dato terus walau no 2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 10:25 AM | Show all posts
datok red? ape yg merah nye?
ke red tu singkatan reduan?
hehehhehehhe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075009 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list