CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2666|Reply: 9

12 Spesis Kucing Liar Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

[Copy link]
Post time 17-12-2015 09:13 AM | Show all posts |Read mode
1. Kucing Pasir (Felis Margarita)



Kucing pasir adalah satu-satunya spesis kucing yang tinggal di padang pasar. Kucing kecil ini duduk di padang-padang pasir sekitar utara Afrika serta barat daya dan Asia Tengah. Sejak 2002, haiwan ini telah disenaraikan sebagai hampir pupus oleh IUCN.

2. Lynx Kanada (Lynx Canadensisi)



Seperti namanya Lynx Kanada dijumpai di negara Kanada, Alaska dan sebahagian utara Amerika Syarikat.

3. Kucing Kaki Hitam (Felis Nigripes)



Kucing kaki hitam, juga dikenali sebagai kucing tompok hitam adalah kucing Afrika paling kecil, kebanyakannya di bahagian selatan dan barat daya Afrika. Ia disenaraikan sebagai spesis terancam pada tahun 2002 oleh IUCN.

4. Kucing Pallas (Otocolobus Manul)





Kucing pallas, juga dipanggil manul, adalah kucing liar kecil yang tinggal dalam kumpulan-kumpulan kecil di pada rumput dan pergunungan Asia Tengah. Ia terjejas oleh kemusnahan habitat, penurunan kuantiti mangsa sebagai makanan, dan aktiviti pemburuan. Oleh kerana itu spesis ini diklasifikasikan sebagai hampir terancam oleh IUCN sejak 2002.

5. Caracal (Caracal Caracal)



Caracal adalah kucing liar bersaiz sederhana iaitu kira-kira satu meter. Caracal juga dipanggil lynx padang pasir, lynx Afrika atau lynx Parsi, tetapi ia bukan berasal dari genus Lynx. Caracal berasal dari Afrika, Asia Tengah, Asia Barat dan India. Nama kucing ini berasal daripada perkataan Turki "karakulak", yang bermaksud telinga hitam.

6. Clouded Leopard (Neofelis Nebulosa)



Harimau dahan adalah sejenis kucing yang boleh didapati di kaki bukit Himalaya melalui tanah besar Asia Tenggara ke China, dan telah diklasifikasikan sebagai terancam pada tahun 2008 oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN). Jumlah populasinya disyaki kurang daripada 10,000 individu matang, dengan trend berkurang.

7. Kucing Pampas (Leopardus Pajeros)



Kucing Pampas adalah kucing kecil berasal dari negara-negara Amerika Selatan seperti Argentina, Chile, Bolivia, Peru, Ecuador, dan sebahagian Colombia. Ia mendiami kawasan padang rumput, dan hutan kering pada ketinggian sehingga 5000 meter.

8. Harimau Bintang (Prionailurus Bengalensis)



Harimau bintang adalah kucing liar kecil yang mendiami Asia Selatan dan Asia Timur. Pada tahun 2002 ia telah dinilai sebagai "Least Concern" dalam senarai merah IUCN kerana populasinya yang meluas tetapi ia tetap diancam oleh kehilangan habitat dan pemburuan.

Subspesis harimau bintang berbeza secara meluas dari segi warna bulu, kepanjangan ekor, bentuk tengkorak dan saiz carnassials.

9. Jaguarundi



Jaguarundi atau kucing eyra, adalah kucing liar kecil di kawasan Amerika Tengah dan Selatan. Pada tahun 2002, IUCN mengklasifikasikan jaguarundi sebagai "Least Concern", walaupun terdapat kebimbangan ketiadaan unit pemeliharaan dan pemuliharaan di luar Lembangan Amazon boleh memberi kesan populasi jangka panjang kepada spesis ini.

10. Fishing Cat (Prionailurus Viverrinus)



Fishing Cat adalah kucing liar bersaiz sederhana mendiami kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Pada tahun 2008, IUCN mengklasifikasikan kucing ini sebagai terancam. Populasi fishing cat diancam oleh kemusnahan paya menyebabkan populasinya merosot teruk sejak sedekad lalu . Fishing cat tinggal di sekitar tanah lembap, sepanjang sungai, anak sungai, tasik oxbow dan paya bakau.

Fishing cat adalah haiwan kebangsaan negeri Bengal Barat.

11. Serval (Leptailurus Serval)



Serval adalah kucing Afrika liar bersaiz sederhana di kawasan sub-Sahara Afrika. Oleh kerana populasinya yang meluas, ia telah disenaraikan sebagai "Least Concern" dalam Senarai Merah IUCN sejak tahun 2002.

12. Kucing Bay (Catopuma Badia)



Kucing bay juga dikenali sebagai kucing Borneo, adalah kucing liar yang sangat sukar ditemui. Pada tahun 2002, IUCN mengklasifikasikan kucing ini sebagai terancam dengan kemerosotan populasi sebanyak 20% dijangka berlaku pada tahun 2020. Pada tahun 2007, saiz populasi dijangka hanya sebanyak 2500 ekor kucing dewasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 09:43 AM | Show all posts
semuanya comel....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 09:53 AM | Show all posts
meowwwwww! pet me plish
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 10:08 AM | Show all posts
no 7 tu comelnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 10:24 AM | Show all posts
kucing lynx (gambar no. 2)...kaki dia besar tu... kalau terkam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 10:50 AM | Show all posts
halah.. halah.. halah... comeynya anak-anak mama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2015 11:18 AM | Show all posts
comel~~            
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 04:35 PM | Show all posts
yg nombor 11 tu macam cheetah
semua cantik dan cute
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 05:09 PM | Show all posts
caracal tu macho gayanya. telinga tegak
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 09:32 AM | Show all posts
comel2nya kucing tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059793 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list