CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1935|Reply: 5

Amaran Ribut Petir, Elak Pergi Ke Tepi Laut- Jabatan Meteorologi

[Copy link]
Post time 16-12-2015 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://www.tv14.my/





Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Terenggganu, Pahang, Johor dan kawasan barat di Sarawak bakal mengalami ribut petir daripada 16hb sehingga 18hb Disember iaitu Rabu ini sehingga Jumaat.




Berdasarkan amaran kategori pertama untuk perairan Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur & Sarawak bermula Khamis, 17 Disember 2015 sehingga Ahad, 20 Disember 2015.




Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.




Manakala amaran angin kencang dan laut bergelora untuk kategori kedua, ianya membabitkan kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat & Pedalaman) & WP Labuan.




Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dan dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Disember 2015.




Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 02:37 PM | Show all posts
di Sabah tak ada pun...biasa biasa ja...silap ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 02:48 PM | Show all posts
Tak payah elak le tepi laut. Elak ke laut jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepada couple2 sekalian,sila jangan berdating di tepi pantai, tasik, sungai, kolam atau longkang ketika musim hujan dan petir ini.
Luangkan masa berdating korang di taman bunga, pawagam atau di pasar raya Econsave sebab keselamatan korang dijamin selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 02:57 PM | Show all posts
kalau tepi laut tak boleh,tengah laut boleh tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga org sabah n labuan selamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.095023 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list