CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3094|Reply: 11

[Tempatan] Lelaki ceroboh Istana Pasir Pelangi untuk jumpa Sultan Johor

[Copy link]
Post time 12-12-2015 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, ketika kejadian, suspek memasuki pintu utama Istana Pasir pelangi sebelum ditangkap pada jarak 50 meter dari pagar utama. - Foto Astro AWANI

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan polis selepas menceroboh kawasan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada tengahari Jumaat.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota Askar Timbalan Setia Negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, ketika kejadian, suspek memasuki pintu utama Istana Pasir pelangi sebelum ditangkap pada jarak 50 meter dari pagar utama.

“Dia masuk melalui main gate (pagar utama), sodapat ceroboh jugalah,. Dengan segera saya minta OCPD untuk meningkatkan rondaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Johor Bahru semalam.


Motif sebenar pencerobohan masih  dalam siasatan.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati suspek menceroboh kawasan istana dengan niat mahu berjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Suspek yang merupakan seorang penganggur itu mempunyai rekod polis dan masih dalam siasatan mengikut seksyen 186, iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada Ogos lalu.
Suspek kini ditahan reman selama 4 hari sehingga Ahad dan disiasat mengikut seksyen 448 Kanun Keseksaan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape motip nk jumpa tuanku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ko nak ngadu pasal vape ke..haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 02:54 PM | Show all posts
kemaruk sangat dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
PeYno ke tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 03:59 PM | Show all posts
Nak mengadu berkenaan kos sara hidup yang semakin memampuskan rakyat agaknya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2015 04:08 PM | Show all posts
Maybe jual kuih pd sultan kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 12-12-2015 03:54 PM
PeYno ke tu.....

Tak baik tauuuu! Merindui peyno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nak mintak kereta bentley warna gold to ker
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 04:19 PM | Show all posts
kenapa lepas 50 meter dari pagar utama...

pengawal xde kat pagar ke, dia boleh lolos, dia masuk ikut pintu utama..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 05:32 PM | Show all posts
Edited by jazaa100 at 12-12-2015 06:46 PM

Johor Bahru: Istana Pasir Pelangi di sini, digemparkan dengan kehadiran seorang bekas banduan menceroboh bangunan berkenaan tengah malam semalam dengan alasan mahu bertemu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kehadiran lelaki berusia 27 tahun itu disedari anggota Askar Timbalan Setia Negeri (TSN), yang mengawal bangunan istana berkenaan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. Katanya, tindakan menahan lelaki itu dibuat selepas dia dipercayai mempunyai niat buruk bagi memasuki kawasan berkenaan.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0');

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan 50 meter dari pintu pagar utama istana berkenaan pada 12 tengah malam oleh anggota berkenaan. “Ketika ditahan dia didapati tidak memiliki senjata sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan selanjutnya. “Siasatan mendapati lelaki itu seorang penganggur berasal dari Taman Dahlia, di sini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam. Katanya, siasatan turut mendapati lelaki itu bekas banduan yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada Ogos lalu. Beliau berkata, sejak 2004 hingga kini, lima kes individu menceroboh kawasan istana. Menurutnya, individu yang terbabit dalam kes sebelum ini adalah pesakit mental. “Masih belum pasti sama ada lelaki yang terbabit dalam kes tengah malam tadi (semalam) mempunyai masalah mental dan akan dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. “Lelaki terbabit ditahan reman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya




Eh....apsal rajin aku tepek cerita penuh. Ni keja @FanTasy Creation ni......


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 suku sakat prebet yg mengamuk di chow kot tu x??? Kikikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.222910 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list