Di kota ini, ada pemandangan yang agak unik dan boleh menimbulkan kesedaran kepada ramai orang terutamanya mereka yang berkeluarga.
Ramai kanak-kanak yang membalut tiang-tiang di sekitar kota Nova Scotia, Kanada dengan baju-baju panas dan tidak ketinggalan sarung tangan, selendang dan sebagainya.
Ia sekaligus mewujudkan pemandangan yang sukar dicari di kota-kota lain. Tiang-tiang di sini dipenuhi dengan baju-baju panas. Ia dibuat agar dapat membantu gelandangan dan mereka yang tidak mempunyai rumah di sini.
Ia menjadi acara tahunan bagi Tara Atkins dan tahun ini dia membawa anaknya, Jayda untuk sama-sama membantu gelandangan. Ia sebagai salah satu cara Tara mengajar anaknya itu dengan konsep berbahagi ataupun tolong menolong.
Jayda turut disertai oleh rakan-rakannya dalam membantu para gelandangan ini. Semoga kisah ini mampu membuka mata lebih banyak pihak untuk membantu para gelandangan. - CARI Infonet