Edited by alfida at 10-12-2015 08:05 AM
Pelarian Syria hargai Malaysia
10 Disember 2015 1:15 AM
0 0 Google +0
Najib Tun Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dan mendengar luahan pelarian Syria di PWTC, semalam. – utu san /Roy Azis Abd. Aziz
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Dua keluarga dari wilayah Iblib, Syria yang terlibat dalam konflik peperangan menyatakan rasa terima kasih terhadap kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha memberi perlindungan serta membenarkan mereka membina kehidupan baharu di negara ini.
Bagi Mohammed Ibrahim, 29, usaha kerajaan itu merupakan satu perkara yang tidak ternilai baginya kerana dapat terus bersama-sama empat ahli keluarga berada di negara ini berbanding negara asalnya.
Katanya, negara kelahirannya yang mengalami pergolakan pada ketika ini tidak memberi sebarang jaminan dari segi keselamatan kepada beliau dan ahli keluarganya.
“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membawa ahli keluarga saya tinggal di negara ini. Saya telah berada di Malaysia sejak empat tahun lalu dan bekerja di negara ini, tetapi ahli-ahli keluarga saya yang baru tiba semalam sebelum ini berada di Syria.
“Melalui usaha kerajaan Malaysia menawarkan perlindungan sementara kepada rakyat Syria, saya dapat bertemu semula dengan keluarga saya dan berharap kami akan memulakan kehidupan baharu di negara ini,” katanya.
Mohammed berkata demikian kepada pemberita selepas beliau sekeluarga bertemu serta beramah mesra dengan Perdana Menteri bersama-sama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ahli keluarga Mohammed adalah kumpulan pertama pelarian Syria yang tiba di negara ini semalam di bawah inisiatif Malaysia yang membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Inisiatif tersebut diumumkan oleh Najib pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Oktober lalu.
Selain keluaga Mohammed, satu lagi keluarga turut tiba di negara ini yang mana salah seorang anggota keluarganya, Ali Abdul Naser, 30, turut menyatakan rasa gembira atas usaha kerajaan Malaysia yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Syria.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.trDoRdT5.dpuf
|