Video: Wanita Hamil Hancurkan Kereta Suami Curang
Dec 9, 2015
BRASSILIA – Seorang wanita Brazil yang sedang hamil memusnahkan kereta suaminya selepas mendapati lelaki itu mempunyai perempuan simpanan.
Pada mulanya dia memecahkan cermin sehingga ia hancur dan dilihat berlegar-legar di sekitar kenderaan tersebut.
Dia yang sarat mengandung kemudian melompat di atas bumbung kereta itu.
Akhirnya, dia membaling batu ke arah tingkap belakang kenderaan berkenaan.
Insiden yang dirakam oleh penonton, menunjukkan wanita itu datang dan mendapati suaminya bersama dengan wanita lain yang dipercayai menjadi perempuan simpanannya.
Mereka berdua sedang makan tengah hari di sebuah restoran.
Kejadian ini dikatakan berlaku di Ceilândia, Brazil, pada 7 Disember 2015. -MYNEWSHUB.CC
sis-in-law kawan reen pun jenis panas baran gak. pernah sekali dia mengamuk pastu pecahkan cermin kereta suami dia dengan kayu. tak puashati lagi dia simbah air kat seat kereta... abih lencun satu kereta.. terkedu si suami...
beza mengandung pompuan melayu dengan pompuan brazil..
relax je pompuan brazil lompat-lompat mengganas-ganas..
klu pompuan melayu, halah.. halah... halah...