Sejak kebelakangan ini, gejala kenaikan harga barang yang amat ketara sehinggakan mengundang rungutan dan kemarahan rakyat jelata.
Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengecam pihak kerajaan menambahkan bebanan saraan hidup rakyat dengan melaungkan " enough is enough", sambil itu menyeru kerajaan berhenti dan jangan membiarkan harga barang terus meningkat naik lagi.
Dia menyuarakan dengan penuh beremosi : "Jangan ditambah lagi bebanan rakyat, jangan dicurah lagi minyak ke atas api kemarahan rakyat yang marah membara! "
"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selapas ini, enough is enough!"
Selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST pada bulan April tahun ini, akibatnya harga barangan meningkat, bulan Mac dan Mei, menaikkan lagi tambang teksi dan bas ekspress.
Bulan Oktober pula, kadar tambang bagi 18 lebuhraya dalam bandar dinaikkan juga. Baru-baru ini iaitu bulan Disember, tambang bagi LRT, monorail, ERL dan KTM Komuter turut mengalami kenaikan. Harga barangan boleh dikatakan mengalami kenaikan dari awal tahun sampai lah ke akhir tahun, mengakibatkan rakyat jelata rasa amat membebankan.
Ketika melancarkan majlis perasmian mesyuarat agung pemuda UMNO, Khairy mengatakan, pemuda UMNO memberi tempoh dua tahun kepada kerajaan untuk membuktikan langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan akan memanfaatkan rakyat jelata.
"Kerajaan telah menerusi pelbagai langkah seperti pelaksanaan GST, kemas kini subsidi, menambah kutipan cukai dan cukai jalan, dua tahun yang seterusnya, Pemuda hanya mahu mendengar khabar berita yang menguntungkan rakyat sahaja."
"Apabila kadar tambang tol lebuhraya dinaikkan, kita meminta orang muda menggunakan pengangkutan awam, tetapi selepas kenaikan tambang tol lebuhraya dinaikan, tambang yang lain seperti KTM Komuter, ERL dan lain-lain turut sekali dinaikkan, jadi apa lagi pilihan yang ada bagi rakyat? Adakah mahu mereka berjalan kaki?"
Khairy menegaskan, Pemuda UMNO sama sekali bukan mengamalkan 'politik populism', kalau tidak sejak awal lagi telah membantah pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). - CARI Infonet
nescaya ucapan kj akan mendapat tepukan gemuruh
lepas tu, senior pulak berucap pertahankan kenaikan itu ini
pun tangan2 yg sama juga akan bertepuk dengan gemuruh
depa balik rumah, projek tetap juta2
yg kita rakyat takde pegang tampuk kuasa politik ni
terus ikat perut mcm biasa
Orang nak sembang politaik.. puak2 bodo ni pun sembang politaik.. hakikat sebenaqnyaa politaik tu sama jaa 2x5 .. 5x2 .. org mcm KJ ni buleh percaya
Politician ngn artis memang sesuai, suka idop bermuka2.. cuma cara depa berbeda.. KJ ni golongan muda yakni berbeda zaman dgn ahlul2 politaik golongan tua.. dia bijak ambil peluang untuk meraih sokongan orang2 muda sampai terkesima golongan bodo politaik tapi hendak tunjuk pandai bercakap pasal politaik