CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2222|Reply: 0

Bagaimana Nak Memilih Baju Yang Sesuai Ketika Hamil?

[Copy link]
Post time 8-12-2015 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ibu hamil selalu mempunyai masalah dalam memilih dan mencari baju yang sesuai untuk dipakai memandangkan perut yang semakin besar dan ketara perut ke depan.




Pemakaian baju yang sesuai sangat dititikberatkan oleh para ibu agar boleh bernafas dengan baik dan melancarkan peredaran darah.

Bagaimana memilih baju yang sesuai agar tidak membazir dalam pembelian dan boleh dipakai bila-bila sahaja?

5 tip ini sangat berguna untuk para ibu.



1. Baju harus longgar


Pakailah baju yang besar seperti t-shirt, dress tanpa lengan dan nipis semasa berada di rumah bagi mengelakkan panas dan memudahkan aktiviti sepanjang berada di rumah.




2. Pilih jenis yang sejuk


Pastikan anda tidak kepanasan ketika pakai baju dan kain tidak jarang. Kain jenis cotton adalah pilihan paling sesuai untuk ibu hamil. Tambah pula ibu hamil cepat rasa panas daripada biasa.


3. Pilih ukuran yang tepat


Jangan memilih baju mengikut label pada baju. Tetapi si ibu harus mencuba dahulu baju yang ingin dibeli kerana saiz perut ketika hamil berbeza.




4. Utamakan baju yang boleh muat perut


Pilih kain baju yang boleh kembang, contohnya yang jenis masuk perut walau pun anda sudah hamil 9 bulan. Tidaklah beli baju awal kehamilan, sampai 5 bulan anda dah tak muat. Itu membazir!




5. Elak pakai baju bermanik


Pakai baju tak perlu banyak manik atau kerawang. Pilih baju yang jenis kain ringan agar mudah nak bergerak. Anda dah ada bayi dalam perut, jadi tak perlu sulitkan diri untuk berjalan dengan manik-manik berlebihan di baju. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.644001 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list