Ajal ketika lakukan seks dengan jiran
Portugal – Seorang wanita warga emas berusia 91 tahun meninggal dunia akibat sesak nafas ketika melakukan hubungan seks dengan jirannya yang berusia 49 tahun di Porto, Portugal. Wanita itu ditemui mati dalam keadaan bogel dari bahagian pinggang ke bawah dan didapati melakukan seks dengan Aveiro, yang telah berkahwin.
Susulan itu, lelaki berkenaan yang tinggal di sebelah rumah wanita itu telah ditangkap selepas DNA ke atas air maninya ditemui di tempat kejadian.
Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin selepas wanita itu dipercayai meninggal dunia akibat permainan seks yang diluar kawalan.
Kematiannya dipercayai akibat insiden yang tragik. Dalam pada itu, jiran wanita itu berkata, mangsa menetap sendirian dan sangat aktif meskipun sudah berusia.
|