View: 3724|Reply: 5
|
Lelaki Sado Bukan Pasangan Yang Baik?
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Sejak kebelakangan ini, ramai lelaki yang berlumba-lumba membentuk otot pada badan mereka. Memang banyak kelebihannya terutama kepada kesihatan.
Malah, ia juga menguatkan tarikan kaum wanita terhadap seseorang lelaki itu. Namun, dalam satu kajian yang dilakukan, lelaki berbadan tegap dan sado mempunyai fikiran seksis dan tidak adil terhadap wanita.
Kajian yang dilakukan melalui University of Westminster itu lelaki sado ini bukanlah kekasih yang baik. Berdasarkan survey yang dilakukan ke atas 327 lelaki Inggeris, mendapati lelaki sado bersikap lebih seksis dan menganggap wanita sebagai lawannya.
1. Ini kerana mereka tidak setuju dengan konsep sama rata antara gender atau jantina. Sebab itu mereka memilih membentuk badan sasa dan sado agar kelihatan lebih 'jantan'.
2. Ia juga berlaku kerana dalam masyarakat, lelaki dituntut nampak sasa agar dianggap lelaki sejati.
Kesannya, lelaki ini tidak mahu adanya konsep sama rata antara jantina dan tubuh sasa mereka menjadi simbol kekuatan yang dimiliki.
Jadi, anda mahukan lelaki begini atau tidak? - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
hey cari-mams... dah lame idop ke? ni thorr comel ok...!! |
|
|
|
|
|
|
|
"Berdasarkan survey yang dilakukan ke atas 327 lelaki Inggeris. "
Lelaki bukan Inggeris tak termasuk.
Lelaki menyadokan diri, biasanya sebab nak nampak lebih lelaki. Sebab otot2 dikaitkan dgn lelaki.
Sama macam perempuan, ciri feminin selalu di upgrade untuk nampak lebih kewanitaan.
eg: Bibir dimerahkan, bulu mata dilentikkan, gaya jalan digemalaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
kebayanyakkan sado ni gayah,
sbb tu suka sentap ngan pompuan... |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 8-12-2015 03:53 PM
kebayanyakkan sado ni gayah,
sbb tu suka sentap ngan pompuan...
Gayah dan sado berpisah tiada.. |
|
|
|
|
|
|
|
comel91: hey cari-mams... dah lame idop ke? ni thorr comel ok...!!
ko lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|