Oleh krn TT dah ketandusan idea utk memeriahkan bod ni setelah thread kesayangan disolex.. iols bukak thread yg tak berapa nak hadoo ni...
HAZAMA belum fokus kahwin kerana beza agama
PENYANYI Hazama,31, sudah cukup faham pertanyaan tentang jodoh akan sering ditanyakan kepadanya setelah ramai mengetahui hubungan cinta dengan pemuzik, Genervie Kam, 35. Sekali pun menyatakan dirinya cukup bersedia bergelar suami, Hazama tidak mahu meletakkan perkahwinan sebagai fokus utama buat masa ini. Malah beliau tidak menolak jika berkahwin di usia tua sekali pun. “Saya tidak kisah apabila orang asyik bertanya soal kahwin kerana memang sepatutnya dalam usia begini saya sudah berumah tangga. “Secara tidak langsung pertanyaan orang itu memberi peringatan pasal jodoh. Ada juga sedikit rasa tertekan menerima banyak soalan tentang jodoh. “Bagaimanapun perkahwinan bukan fokus utama dalam hidup. Sebab itu saya tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuk berkahwin. Jika jodoh saya sampai ketika usia 40 tahun pun saya OK sahaja. Saya lebih fokus untuk menjadi manusia yang lebih baik. “Kalau ikutkan memang saya sudah bersedia nak kahwin sekarang ini, namun perjalanan saya untuk berkahwin agak sukar kerana saya bercinta dengan seseorang yang berbeza agama. “Meski saya sudah bersedia, namun keadaan belum benar-benar siap lagi untuk saya bergelar suami. Ini adalah dugaan dan saya harus tabah menghadapinya,” ujar Hazama kepada Mangga Online.
Sementara itu bercakap soal kerjaya Hazama bakal tampil dengan album terbaru yang dijangka berada di pasaran pertengahan tahun 2016. Sebagai permulaan sebuah lagu berjudul Di Amaran Mama ciptaan Ajai dan lirik oleh Ad Samad. Hazama juga kini sedang mencari bakat baru berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun untuk dipilih sebagai protege dalam program terbaru Mentor Milenia yang akan mula bersiaran pada 3 Januari depan di TV3. Hazama akan bersaing dengan Black Hanifah, Akim Ahmad dan Azlan Typewriter mempertaruhkan bakat protege mereka. “Dengan pengalaman menyertai program realiti tv sebelum ini, saya boleh gunakan untuk dikongsi bersama bakat baru yang bakal menjadi protege saya nanti. “Fokus utama saya dalam pencarian protege adalah vokal dan bakat. Paras rupa adalah satu pakej dan saya tidak kisah jika kurang dari segi penampilan kerana saya ada pasukan sendiri dalam membentuk protege itu nanti. “Ini adalah percubaan pertama menjadi mentor dan ia cabaran hebat buat saya. Strategi saya bergantung pada protege yang dipilih nanti. Kalau boleh saya mahukan seseorang yang boleh diberikan lagu-lagu mencabar,” jelas Hazama. Hazama akan mengadakan sesi ujibakat pada 13 Disember ini bertempat di Sri Pentas 2, Shah Alam. Selain itu beliau juga bakal membuat persembahan sempena Hazama The Penglipur Lara pada 20 Disember ini bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
|