View: 2098|Reply: 2
|
Gulai Lemak Lala & Nanas
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Cakap pasal masakan gulai, orang utara pasti teruja dan hebat menyediakannya. Sebenarnya gula merupakan masakan pedas yang menggabungkan cili dengan asam jawa.
Manakala kari yang biasa kita makan adalah masakan pedas yang menggabungkan cili dengan santan.
Bagi rakyat Malaysia, menikmati hidangan setiap hari tidak sah tanpa lauk pauk berkuah.
Jom cuba Gulai Lemak Lala & Nanas yang sesuai dijamu bersama nasi putih dan ikan masin dan sedikit sambal untuk sajian tidak kira tengahari ataupun malam...
sumber foto :http://4.bp.blogspot.com/
Bahan-bahannya:
½ kg lala
2 cawan santan
½ biji nanas - (potong ikut suka)
2 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Bahan-bahan dikisar:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
½ inci halia
Cara-cara menyediakannya :
1. Masukkan bahan-bahan kisar, serai, air dan serbuk kunyit ke dalam periuk, masak sehingga mendidih
2. Masukkan santan, kacau sehingga mendidih dan pecah minyak
3. Masukkan lala, garam, serbuk perasa dan nanas, masak selama 3-5 minit dan sedia untuk dihidangkan.- CARI Infonet
sumber info: www.keluarga.karangkraf.com |
|
|
|
|
|
|
|
boleh try ni...
selalu gulai lemak ikan masin dan nenas je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|