CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1995|Reply: 5

[Tempatan] Janin terapung dalam sungai

[Copy link]
Post time 4-12-2015 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Gempar jumpa janin terapung dalam sungai

http://www.sinarharian.com.my/semasa/gempar-jumpa-janin-terapung-dalam-sungai-1.458547

ROHANA ISMAIL
4 Disember 2015


Penduduk gempar menemui janin terapung di dalam sungai petang semalam.

TUMPAT - Penduduk kampung Pasir Pekan Tengah di sini gempar apabila menemui janin yang cukup sifat terapung bersama kayu hanyut berdekatan jeti bot di kampung itu petang semalam.

        Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, janin perempuan itu ditemui oleh seorang remaja dikenali Wan Mohd Aidil Hakim Wan Mohd Soghir, 13, ketika bermain di tebing sungai Kelantan itu.

        Pelik melihat objek yang terapung itu, dia menghampirinya sebelum mendapatinya ia adalah janin.

        Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan penemuan janin itu yang dibuang ke dalam sungai bagi menyembunyikan kelahiran.

        Menurutnya, bertindak atas laporan, satu pasukan polis dan Forensik dikejarkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut dan janin terbabit dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

        "Hasil bedah siasat mendapati janin itu adalah perempuan yang cukup sifatnya serta masih bertali pusat," katanya.

        Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang melahirkan bayi tidak cukup bulan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 09:11 AM | Show all posts
apa beza janin dgn bayi yg baru lahir ye?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:11 AM | Show all posts

berita HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:40 AM | Show all posts
Em main tahu, dh mngndung buang.. Apa la nasib kita sekarang ni, saban hari disuap dgn cerita2 mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku admire ocpd tumpat ni..suka tgk cr kerja dia yg tegas
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 4-12-2015 09:11 AM
apa beza janin dgn bayi yg baru lahir ye?

Janin ni biasanya yg belum cukup sifat. Yg 6bulan kebawah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057248 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list