Oleh Izzah Abbasy
Semakin hari semakin banyak kedai makan yang telah dibuka dan menjadi pilihan ramai pengunjung. Apatah lagi, cetusan 'viral' telah membuatkan ramai yang mudah untuk mengesan jejak sesebuah restoran atau makanan yang mempunyai kelainan dan sedap.
Terbaru, #PotLepak pula telah menjadi 'trending' apabila kedai makannya dilihat sangat luar biasa daripada kedai atau restoran lain.
Kelainannya adalah, #PotLepak bukanlah sebuah restoran besar namun ia hanya gerai biasa yang terletak di hujung kampung tetapi menu yang disediakan adalah makanan-makanan Barat sahaja. Jangan terkejut, persembahan makanannya seakan berada di restoran ternama di sekitar bandar.
#Potlepak ini di mana? Ia terletak di Kampung Titi Kerbau, Mukim Sungai Laka, 06010 Changlun, Kedah.
Masa Operasi: 4.00ptg – 11.00mlm (Sabtu Cuti)
No Tel: 011-14382308
Jom, sesiapa yang pi Changlun jangan lupa mai kedai ni na! - CARI Infonet
|