Oleh Izzah Abbasy
Biasa tengok dan alami sendiri kan apabila golongan lelaki suka sangat berlama-lama dalam tandas. Hisap rokoklah, baca surat khabar, main telefon atau 'game' dan mendengar lagu. Tak kiralah semasa membuang hajat kecil ataupun besar dan mandi. Yang pasti, memang lama kalau mereka di dalam tandas.
Sebab itulah, jika di rumah, mereka akan tanya dahulu ada sesiapa nak guna tandas atau tidak. Sebabnya, mereka pasti akan menghabiskan masa yang panjang di dalam tandas atau bilik air.
Jom, kenali 'brader' yang suka sangat 'duduk' dalam bilik air lama-lama ini. Apalah yang mereka buat ya!
1) Bilik air atau tandas adalah sebagai tempat 'privasi' mereka. Sunyi dan jauh dari gangguan bising oleh rakan, keluarga mahupun anak-anak.
2) Teliti dalam pembersihan diri.
3) Inilah waktu berfikir yang lebih baik.
4) Mengambil masa yang lebih lama daripada wanita jika berada di hadapan cermin. Membelek muka, lubang hidung, mata dan gigi sebelum bercukur mahupun membasuh muka.
5) Suka berkhayal dalam bilik air atau tandas.
6) Tanggapan mereka melepaskan hajat adalah suatu hal yang membuang masa. Oleh itu, mereka lebih suka merokok, membaca surat khabar, main 'game' dan lain-lain agar masa yang terbuang dipenuhi dengan segala yang berfaedah.
CARI Infonet
|