|
Oleh Adib ZA
Brader, suka mencabut uban? Malu ada banyak uban? Tunggu dulu, jangan jadikan mencabut uban sebagai satu tabiat!
1. Tahukah anda, amalan mencabut uban boleh merosakkan folikel, saraf-saraf dan juga rambut. Malah akar rambut yang rosak boleh menyebabkan risiko berlakunya jangkitan kuman.
2. Mencabut uban juga boleh menjadikan rambut anda semakin nipis, sekaligus menampakkan uban lebih banyak di kepala anda. Teruk, bukan?
3. Lebih baik anda mewarnakan rambut dan menggunakan inai adalah cara terbaik. Ia mampu menyejukkan kulit kepala, merawat akar rambut, menghitamkan rambut dan mengurangkan masalah kelemumur.
4. Lakukan inai pada rambut secara berkala agar rambut anda kekal hitam dan menawan. Jadi ingat ya, jangan suka sangat cabut uban anda! - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|