CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9512|Reply: 4

7 Bahagian Tubuh Lelaki Yang Di Anggap Seksi Buat Wanita

[Copy link]
Post time 1-12-2015 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Lelaki mahupun wanita pasti akan memerhatikan anggota badan pasangan ketika pertama kali berkenalan. Walaupun tahap fantasi seks dikalangan wanita lebih tinggi dari lelaki, namun wanita memilih jalan "cover & control" sesuai dengan lumrah wanita dijadikan sebagai lembut dan pemalu.


Setiap wanita pasti punyai rasa dan keinginan yang berbeza. Ada yang sukakan lelaki kurus, namun ada juga yang sukakan lelaki gemuk.


Bagi mengetahui bahagian manakah pada tubuh lelaki yang dianggap seksi, satu survey dilakukan ke atas 100 orang wanita. Ini adalah 8 anggota badan lelaki paling disukai wanita :






1-Mata
Mata adalah bahagian penarik paling penting dalam sesebuah perhubungan, kerana itulah banyak pepatah dan tajuk lagu cinta berkaitan dengan mata antaranya, "dari mata turun kehati", "cinta pandang pertama" dan banyak lagi. Siapa ya artis lelaki bermata cantik? Mungkin Robert Pattinson.




2-Bibir
Wanita sememangnya sukakan belaian dan ciuman dari seorang lelaki yang disayangi kerana ciuman mampu meredakan "stress" yang dialami. Oleh itu, bibir lelaki yang seksi sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Bibir seksi seperti Brad Pitt sememangnya menjadi tarikan buat wanita.






3-Lengan
Lelaki yang mempunyai lengan yang besar dan berurat dianggap kuat dan macho. Wanita akan merasa lebih selamat apabila disamping lelaki berlengan besar. Contoh selebriti yang berlengan besar adalah Daniel Craig.






4-Dada
Dada bidang atau besar sememangnya menampakkan lagi kemaskulinan dan keperkasaan seseorang lelaki.Tidak hairanlah ramai wanita suka memukul dada kekasih/suami ketika bergaduh manja. Lebih romatik lagi, dada dijadikan bantal tidur atau tempat bersandar melepaskan rindu.






5-Perut
Kebanyakan wanita tidak gemar lelaki yang mempunyai perut terlalu berotot kerana dikatakan geli dan menakutkan. Wanita lebih gemarkan lelaki yang mempunyai perut rata dan tidak buncit.






6-Punggung
Bahagian ini sememangnya menjadi tarikan utama baik buat lelaki mahupun wanita. Bentuk punggung yang bulat, kekar dan padat secara semulajadinya membangkitkan rasa ghairah buat wanita yang melihatnya.




7-Zakar
Pastinya alat kelamin lelaki yang panjang, berurat dan besar menjadi "harapan" buat kebanyakan wanita. Namun buat lelaki yang mempunyai zakar yang kecil usahlah gusar, tidak semua wanita mendambakan saiz semata-mata.Pendek kata, kekuatan seksual seorang lelaki bukanlah diukur melalui saiz zakar namun kekuatan sebenar ditentukan diranjang!




Brader, adakah anda telah kenalpasti anggota pada tubuh badan anda yang paling seksi? Sis pula, adakah anggota lain pada tubuh lelaki (selain senarai diatas) yang dianggap seksi buat anda? Jika ada kongsikan diruangan komen. - CARI Infonet.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 09:19 PM | Show all posts
suka biceps. tempting
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 12:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 05:08 PM | Show all posts
suke semua nya... x kira bahagian mana sekali pun, larikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 05:12 PM | Show all posts
juecy replied at 10-12-2015 05:08 PM
suke semua nya... x kira bahagian mana sekali pun, larikkkkk

pakej kekdahnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.390867 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list