CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4713|Reply: 41

[Tempatan] NGO bantah pengajaran dwi bahasa di sekolah tahun depan

[Copy link]
Post time 28-11-2015 07:24 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Lebih dua juta aktivis yang menganggotai 34 buah badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini mendesak kerajaan untuk menangguh atau memansuhkan Program Dwibahasa (DLP) yang akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan sekolah bermula Januari depan.

Menerusi DLP yang merupakan program di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pihak sekolah dibenarkan mengajar subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam bahasa Inggeris.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Sistem Dwibahasa Pendidikan Negara, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, program tersebut melanggar Akta Pendidikan 1996 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

“Kita mendesak agar kerajaan meneliti semula program terbabit kerana ia bercanggah dengan akta sedia ada.

“Kami tidak pernah menolak usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tetapi kami menolak pelaksa­naannya untuk subjek Sains dan Matematik,” katanya pada Sesi Soal Jawab Bersama Media bertajuk Isu Program Imersif Tinggi (HIP) dan DLP dalam Sistem Pembangunan Pendidikan Kebangsaan di sini semalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 28-11-2015 08:54 AM

Bodoh betul la korang.

Nanti anak korang juga yang tere BI.

Korang yang bodoh siket2 BM terancam ni mungkin tak tahu produk PPSMI bagus BI, even kat kampung pedalaman pun.
Diharap KPM buat bodo tak layan korang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:00 AM | Show all posts
Edited by chazey at 28-11-2015 09:02 AM

Pastu nanti ada la yang bawa hujah lapuk eleh Jepon BI tunggang terbalik pun maju jah.

Ya lah - dah meka rakyat Jepon, ko lak rakyat Malaysia. Ko ingat ko sama level dengan Jepon dari segi cara berfikir/nilai/budaya kerja? Team bola Jepon kat mana sekarang? Malaysia lak dok mana?

Pght.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
patutlaa wujud ayat welcome to the president usa barack obama
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tak bantah...tp aku harap kjaan usahakn utk tempatkn guru2 yg betul2 fasih bi...n yg cuma akan berckp bi je dgn students....kalo cikgu duk  ckp bm dgn students sampai ke sudah students x kn dpt praktikkn bi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:38 AM | Show all posts
Edited by chazey at 28-11-2015 09:42 AM
krustykrab replied at 28-11-2015 09:13 AM
aku tak bantah...tp aku harap kjaan usahakn utk tempatkn guru2 yg betul2 fasih bi...n yg cuma akan b ...


Takpa la. Yang penting meka terdedah dengan vocab tu, tu yang penting. Sebab bagi aku pendedahan terhadap vocab BI yang luas sangat membantu pelajar (dan guru) dalam kelas BI. Takda la nanti yang anggap blaja BI ni macam blaja bahasa German jah sebab sounds so foreign katanya.

Btw program DLP tahun depan ni dikira projek rintis jah. Tak semua sekolah terlibat. Yang terpilih jah.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/300-sekolah-perintis-laksana-program-perkukuh-bahasa-inggeris

ABIM dah bising2 pasal program ni, cubaan untuk kembalikan semula PPSMI katanya.

Tapi program ni dibuat atas permintaan mak pak urban juga sebenarnya, yang tak puas hati bila PPSMI dimansuhkan.

http://www.therakyatpost.com/news/2015/10/23/page-lauds-najib-over-commitment-to-teach-maths-and-science-in-english/

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2015 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-11-2015 09:38 AM
Takpa la. Yang penting meka terdedah dengan vocab tu, tu yang penting. Sebab bagi aku pendedahan ...

bg aku kalo bebudak ni tak di ajar bertutur dlm bi....confidence tu tak de...bila confidence tak de jdlah mcm skrg...penting utk guru2 bi ni sentiasa converse in english dhnbstudents...
itu cara utk berjaya dlm ppsmi...kalo tidak lebih baik lah x pyh bazir masa dgn menemptkn guru2 yg mrk sendiri x yakin nk converse in english
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dlp ni bkn wajib pun. utk sekolah terpilih saja. meroyan lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya idea..nak suruh pelajar fasih English , perkukuh je la pengajaran Bahasa Inggeris tu sndiri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:33 AM | Show all posts
Buat je la dlm bi.. Biar bebudak pandai b.i...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah la belajar math & sains dlm bi... org Malaysia ni bahasa ibunda bahasa Malaysia. Budak2 non Malay, budak bandar & urban je yg mothertounge English. Cmne budak2 luar bandar yg mana portion diorg lg tinggi? Kebanyakan mothertounge BM / cina / tamil. Tak payah lah pentingkan diri sendiri... klu rasa anak korang dah tak perlu BM, pg blaja sekolah private je. Boleh demand mcm2. Sekolah aliran kerajaan bukan ambik kira pelajar bandar semata2  tapi luat bandar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:33 AM | Show all posts
chazey replied at 28-11-2015 09:38 AM
Takpa la. Yang penting meka terdedah dengan vocab tu, tu yang penting. Sebab bagi aku pendedahan ...

sekolah anak kaka antara sekolah terpilih utk projek ni
dan tidak  merangkumi semua pelajar
hanya 23 pelajar saja
dengar khabar, syllabus pun lain
ini untuk sekolah rendah

sekolah menengah pun sama
tapi tidak tahu kalau semua or segelintir yang terpilih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:42 AM | Show all posts
Edited by xAthenax at 28-11-2015 11:43 AM
chazey replied at 28-11-2015 08:53 AM
Bodoh betul la korang.

Nanti anak korang juga yang tere BI.

hasil dari survey ini barangkali?


http://www.thestar.com.my/Busine ... llations/?style=biz
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
klo ade sekolah aliran inggeris& melayu. aku akan antar  anak sekolah inggeris...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 12:39 PM | Show all posts
Ianyberguna tuk anak cucu kita lah bodo yg ko semua nak bantah nape. Byk lagi benda lbh dia org kaji dari kaji DLP dan membantahnya. Deme nak anak cucu deme bodo cam deme gak. harkkktuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile anak xpas interview serikat swasta mule la meroyan meloncat2,nak mintak kjaan pun dah ramai sgt,nak mniaga sendiri xreti, nak keje luar negeri lg la hauknye nak bsaing dgn pinoy segale. Mak bpk kene pikr jugak mase dpn anak,jgn asyik nak ketuanan ke hulu hilir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-11-2015 08:53 AM
Bodoh betul la korang.

Nanti anak korang juga yang tere BI.

Berlajar sains,math dlm BI boleh jd tere dlm BI? Buktikan dgn fakta....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 28-11-2015 11:22 AM
Susah la belajar math & sains dlm bi... org Malaysia ni bahasa ibunda bahasa Malaysia. Budak2 non Ma ...

Setuju.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 28-11-2015 09:46 AM
bg aku kalo bebudak ni tak di ajar bertutur dlm bi....confidence tu tak de...bila confidence tak d ...

Itu zaman kita.

Bebudak sekarang ni confidence level mengalahkan Kak Mah.

Aku ngaja dalam hutan - masa first time masuk ngaja aku impressed tengok bebudak kampung pedalaman ni berani cakap BI ngan aku walau tunggang langgang sebutan ngan tatabahasanya. Yang betul2 tak nak try lansung adalah bebudak yang super lemah - golongan pandai ngan sederhana ni suka English malah berani dan sangat experimental pada pengamatan aku.

Malah ada beberapa pelajar aku yang berjaya mengimpressedkan orang luar bila meka datang sekolah untuk lawatan/pemantauan - sebab mampu lah jawab soalan bila ditanya dalam BI walaupun tersipu2 nak jawab.

Pada pendapat aku kalau budak kampung pedalaman pun boleh buat gini patutnya yang tinggal di Muar pong takda masalah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 28-11-2015 12:49 PM
Berlajar sains,math dlm BI boleh jd tere dlm BI? Buktikan dgn fakta....

Ko jadi cikgu lah. Ko bandingkan karangan batch PPSMI dan non PPSMI.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.078676 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list