CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7109|Reply: 1

Betul Ke Bohong, Lelaki Berambut Panjang Lebih Penyabar Orangnya?

[Copy link]
Post time 26-11-2015 08:47 PM | Show all posts |Read mode

Biasanya wanita lebih tertarik dengan lelaki yang berpenampilan kemas serta berambut pendek.
Tetapi, cubalah anda renungkan seketika tentang ketampanan Johnny Deep, Brad Pitt dan Orlando Bloom ketika mereka berambut panjang. Nampak handsome dan seksi, kan?Bukan itu sahaja, lelaki yang suka membela rambut panjang ini dikatakan mempunyai karisma tersendiri. Jom, semak apa yang menarik dan untungnya jika seorang wanita itu memilih lelaki berambut panjang sebagai kekasih hatinya.
Jika anda berambut panjang, sudah pasti pernah berasa benggang apabila tertinggal getah pengikat rambut ataupun ia terputus secara tiba-tiba. Untunglah, bila mempunyai kekasih yang berambut panjang. Boleh pinjam getah rambutnya! Selain itu, ketika anda mengalami ‘bad hair’ sudah pasti si dia juga akan memberikan anda cadangan supaya mengikat rambut.
Menunggu rambut panjang memang memerlukan kesabaran. Tambahan pula, bukan senang untuk menjaga ataupun merawatnya. Lelaki yang berambut panjang biasanya lebih sabar dan penuh perhatian. Sebagai wanita kesayangannya, sudah pasti si dia akan menjaga anda sepertimana dia menjaga dan menyayangi rambutnya yang panjang itu.
Tentu ada yang tak suka pergi ke salon  ‘sorang-sorang’. Lebih seronok jika pergi bersama kawan-kawan ataupun kekasih hati. Jika anda mempunyai kekasih hati  yang berambut panjang, sudah tentu si dia tidak akan teragak-agak untuk menemani serta sama-sama merawat rambut di salon. Wah, pasti ‘best’!
Memiliki rambut panjang sememangnya mempunyai banyak kelebihan untuk mendandan rambut. Boleh diikat satu seperti ekor kuda, disanggul, dikeriting dan sebagainya. Jika anda sukar untuk mendandan rambut sendiri, kebetulan si dia berambut panjang, apa kata anda jadikannya sebagai model percubaan anda. Rambut lelaki biasanya lebih lembut dan mudah didandan, ia akan memudahkan anda untuk mencuba pelbagai gaya rambut yang boleh anda peroleh di internet ataupun You Tube.
Lelaki berambut panjang sering dikaitkan dnegan imej yang serabut, tidak kemas dan sering nampak ‘huru-hara’. Sebenarnya lelaki berambut panjang ini adalah jenis lelaki yang berjiwa bebas dan tidak suka nampak terlalu kemas. Lelaki berambut panjang biasanya kreatif dan merupakan seorang cukup selamba!
Kredit foto: thefilmstage

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua ni betul!! Tapi masalahnya kebanyakan pempuan melayu x nmpk benda2 ni. Nk lelaki yg nmpk sempurna dan kononnya kemas. Hello?? Kalau berambut panjang x boleh kemas kah?

Siapalaa bakal jodoh yg boleh terima rambut panjangku ini. Tak sabar nk share mcm2 psl haircare dan hair stuffs dgn dia. Pergi salon sama2, beli aksesori rambut sama2 ahahah XD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 11651 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125976 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 19592 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.670765 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list