|
MOSCOW: Lima belas orang terbunuh apabila helikopter awam terhempas di Siberia hari ini, kata pihak berkuasa wilayah. Helikopter Mi-8 yang membawa 22 penumpang dan empat anak kapal itu terhempas di luar bandar Igarka di Siberia Barat, kira-kira 2,800 kilometer ke timur laut Moscow.
"Lima belas orang terbunuh manakala 10 orang dimasukkan ke hospital akibat nahas itu," kata pihak berkuasa pengangkutan wilayah dalam satu kenyataan.
Perhubungan helikopter berkenaan yang menuju ke sebuah lapangan minyak, terputus selepas jam 0400 GMT (12 tengah hari waktu Malaysia), kira-kira 15 minit selepas berlepas dari lapangan terbang Igarka.
Kementerian Kecemasan wilayah itu menyatakan helikopter berkenaan melakukan pendaratan cemas tetapi tidak memberikan maklumat lanjut mengenai punca nahas terbabit. - AFP
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100179
p/s : kenapa asyik russia je ni kena... Allah bayar cash ke atau ada yang cuba jolok2 sarang tebuan
|
|