|
Oleh Adib ZA
Antara pencuci mulut yang sangat terkenal sepanjang zaman ialah pulut mangga.
Ia menjadi kegemaran bukan sahaja rakyat Malaysia, malah masyarakat di negara jiran turut melazimi menu ini.
Rasa lemak santan dan pulut digabungkan dengan masam manis mangga, sangat hebat tak terkata! Jom cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
500gm pulut
2 biji mangga
200ml santan
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Untuk memasak pulutnya, tanak pulut bersama air dan garam sehingga masak. Ketepikan.
2. Masak santan sehingga pekat kemudian masukkan daun pandan, garam, gula dan sehingga masak.
3. Angkat dan hidangkan bersama pulut dan juga hirisan mangga.
4. Sedia dinikmati.
*Penambahan garam dan daun pandan dalam santan menaikkan rasa lemak serta aroma harum.
Sumber resipi: Facebook Resipi Masakan Terkini
(Sumber foto: carian google) |
|