Selalunya wanita cenderung untuk memilih lelaki yang lebih tua dari mereka sebagai pasangan. Lelaki pula biasanya akan memilih wanita yang usianya lebih muda dari mereka.
Tapi, sebab apa lelaki lebih suka memilih pasangan yang lebih muda? Banyak kes lelaki yang dah kahwin masih sibuk cari wanita muda.
Ini antara 5 sebabnya! 1. Supaya mereka lebih dihormati
Orang yang lebih muda perlu menghormati orang yang lebih tua. Jadi, dengan memilih wanita yang lebih muda, lebih mudah untuk mereka tunjukkan kehebatan dan lebih yakin.
2. Tak banyak kerenah
Wanita lebih muda tidak banyak kerenah kerana mereka belum cukup matang dan dewasa. Jadi, lelaki akan rasa lebih selamat jika berpasangan dengan mereka kerana tak banyak hal.
3. Rasa lebih muda
Bila pasangan kita pun muda terus kita rasa diri kita pun muda. Lelaki akan mengalami krisis umur dan ketika itu mereka akan risaukan macam–macam perkara. Jadi wanita muda akan mengurangkan masalah tersebut.
4. Tiada masalah untuk dapat anak
Wanita muda tiada masalah untuk dapat anak. Jadi, tidak kisah sama ada lelaki kahwin lewat tetapi pasangannya masih muda, tetap tiada masalah untuk dapatkan anak.
5. Wanita muda lebih menarik
Ini memang tidak dapat dinafikan. Wanita muda lebih menarik dari segi penampilan dan rupa. Bukan itu sahaja, wanita muda ni masih bergetah.
Info : Hanasuva
|