View: 2114|Reply: 1
|
Suspek Letupan Bom Bangkok Didakwa, Hadapi 10 Tuduhan
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.mstar.com.my/
Dua suspek - Mohammed Bilal dan Yusufu Mieraili didakwa secara rasmi di Mahkamah Tentera wilayah Dusit semalam atas peranan mereka dalam insiden letupan bom di Kuil Erawan di tengah bandaraya Bangkok pada 17 Ogos lepas.
Kedua-dua suspek berbangsa Uighur dari China itu menghadapi 10 tuduhan termasuk merancang pembunuhan dan cubaan membunuh.
Mohammed Bilal, 30, yang turut dikenali sebagai Adem Karadeg dikatakan membuat pengakuan ketika siasatan polis bahawa dia adalah lelaki berkemaja T kuning yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) meninggalkan beg dalam kuil itu sejurus sebelum letupan berlaku pada waktu puncak petang 17 Ogos lepas.
Pihak berkuasa Thailand juga masih memburu 15 suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden itu.
Setakat ini belum ada sebarang keterangan atau proses pemeriksaan ke atas suspek berikutan masalah jurubahasa, kata peguam yang mewakili Mohammed Bilal, Schuchart Kanpai.
"Hari ini kami tidak berpeluang untuk bercakap mengenai motif mereka (atas serangan itu) dan apa yang dibincangkan lebih tertumpu kepada isu jurubahasa,"
|
|
|
|
|
|
|
|
Berani buat beranilah tanggung akibatnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|