|
Oleh Adib Za
Nasi planta, sedapnya! Mendengarkan namanya pun dah rasa kecur air liur.
Gabungan nasi yang dimasak bersama marjerin ala-ala nasi minyak memang sedap dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk.
Seperti ayam panggang, daging bakar, ayam masak merah dan sebagainya. Jom pelajari cara membuat nasi planta ini.
Bahan-bahannya:
5 cawan beras biasa – dibasuh dan ditoskan
6 cawan air – guna sukatan cawan beras
2 senduk nasi penuh Planta
1 batang serai dititik
2 helai daun pandan
1 kiub ayam
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil pewarna kuning
1 ½ sudu besar gula
Bahan-bahan tumis:
50 gram halia muda
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kulit kayu manis
Cara-cara membuatnya:
1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan periuk di atas dapur. Masukkan planta dan kacau sehingga cair sepenuhnya, masukkan kayu manis dahulu diikuti dengan bahan-bahan tumis lain. Tumis sehingga naik bau dan bawang bertukar kekuningan.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan tadi dan kacau rata sehingga bergaul dengan bahan-bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan 6 cawan air, kiub ayam , serai, daun pandan, pewarna kuning, garam, dan gula. Masak sehingga air mendidih dan beras ½ masak.
4. Kemudian angkat periuk nasi dan masukkan ke dalam rice cooker. Biarkan ia masak seperti biasa. Bila nasi telah masak dan nampak kering, gaul dan gemburkan nasi.
5. Boleh dihidangkan bersama ayam goreng berempah atau roasted chicken, beserta sup, sos cili, dan timun. - CARI Infonet
Sumber resipi: Sajian Dapur Bonda
(Sumber foto: Carian google) |
|