CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3861|Reply: 11

Bahaya Diet Atkin Buat Tubuh Manusia

[Copy link]
Post time 24-11-2015 04:31 PM | Show all posts |Read mode


Atkin Diet.Jom ketahui kesan yang mengerunkan dalam amalan diet atkin.Baca dengan teliti dan fahamkan supaya anda tidak tersilap langkah!
Kini, ramai yang berebut-rebut, terutamanya golongan wanita yang inginkan tubuh badan yang ramping. Mereka impikan tubuh yang ramping untuk kepuasan diri sendiri, menjaga kesihatan dan ingin tampil cantik. Pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapat tubuh yang ramping seperti bersukan dan memakan pil pelangsing.
Diet adalah mengawal pemakanan seharian dan mengikut kepada kuantiti kalori pada makanan yang dimakan.
Namun, pernahkah anda dengar istilah diet Atkins? Mungkin namanya asing didengar oleh khalayak ramai namun pasti ramai yang sudah mengamalkan diet ini.

Apa Itu Teknik Atkin Diet?
Teknik Atkin, ialah cara diet yang memerlukan seseorang itu menyingkirkan makanan yang berkabohidrat seperti nasi, roti, mee dan jenis makanan yang bergandum dari menu harian anda.
Malah anda disaranakan untuk memperbanyakkan makanan yang kaya dengan protein seperti ayam, daging dan ikan.

Adakah Teknik Atkin Diet Ini Berkesan?
Teknik akan berjaya jika anda terus konsisten melakukannya dan anda langsung tidak melibatkan makanan yang mempunyai kabohidrat di dalam makanan anda. Anda juga hendaklah mengikut rantaian makanan yang ditetapkan.
Jangan dilupakan untuk mengambil sedikit makanan yang mempunyai lemak untuk memberikan tenaga kepada anda dan juga membakar lemak tepu.

Pantang Larang Mengamalkan Atkin Diet
Bagi yang baru ingin memulakan teknik ini, mungkin sukar bagi anda untuk meninggalkan makanan ruji anda. Jadi mulakan diet anda ini dengan perlahan-lahan supaya hasilnya akan menjadi lebih konsisten dan anda tidak jemu.
Apa kata bagi yang baru ingin memulakannya, anda amalkan hanya 20 gram kabohidrat dalam sehari, iaitu daripada sayur-sayuran yang diambil. Pada sarapan pagi, anda boleh mengamalkan untuk memakan telur rebus atau telur goreng.
Pada makan tengah hari dan makan malam, perbanyakkan makanan yang kaya protein, seperti ayam, daging dan ikan. Selitkan sayur-sayuran di dalam setiap hidangan anda.
Sekali lagi ditegaskan, jangan ambil makanan yang kaya dengan kabohidrat seperti pasta, roti dan jeruk buah-buahan. Anda juga dilarang mengambil kafien dan makanan yang berkacang.
Apabila anda sudah dapat menyesuaikan cara pemakanan anda, cuba perbanyakkan sayuran dalam hidangan anda. Untuk peringkat ini anda juga dibenarkan untuk mengambil buah-buahan  dan kacang sebagai hidangan sampingan anda.

Impak Negatif Atkin Diet
Namun, tidak dapat dinafikan diet atkin ini juga mempunyai kesan buruknya pada tubuh badan kita. Ia juga akan menjejaskan serba sedikit tubuh badan kita. Mungkin anda akan mengalami simptom seperti:
  • Nafas anda berbau
  • Menjadi panas baran
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sembelit

Tetapi ia hanyalah kesan sampingan dan hanya untuk jangka pendek sahaja. Setakat ini, tiada lagi bukti menunjukkan seseorang itu akan mengalami penyakit yang kronik dan serius apabila melakukan diet atkin.
Jadi, diet atkin adalah salah satu diet yang terbukti berkesan untuk menurun berat badan dengan kadar yang segera dan konsisten. Pastikan anda mengikut segala petua yang diberikan supaya mendapat impak melakukan diet ini.Adakah anda sesuai dengan diet ini? Tepuk dada,tanya selera. Jaga pemakanan untuk menjamin kesihatan anda.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice info !
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 06:47 PM | Show all posts
oh okay......

salmon tu nmpk yummyy...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 03:00 PM | Show all posts
Diet yang ni mmg kena struggle sikit..pernah ada kawan sy yang mengamalkannya..memang berkesan tetapi dalam masa dua minggu mereka yang amalkan diet ni tak boleh 'cheat'..mean karborhidrat memang kena kawal betul2..kalau membeli barang keperluan dapur mereka akan mengira jumlah karbo dalam mayo lah..dalam cheese lah..dalam macam2lah(pendek kata asal beli barang asyik tengok label)...nasib baiklah berat badan sy ni xsampai 40kg..kalau ikut mereka..mau tinggal tulang dengan kulit jer naik oii..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 05:07 PM | Show all posts
da 4 bln diet atkins
turun 18kg
atkins stakat ni program diet paling bkesan tuk aku
da try byk jenis diet
low calorie diet, master cleanse diet, duncan diet
stakat ni atkins la paling bkesan
kne turun lgi 7kg nk dpt berat ideal
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:50 PM | Show all posts
dieting cara ni berkesan untuk org yang nak kurus tanpa exercise kot. tapi kena amik fats. contohnya kalau makan ayam, silalah makan the whole ayam tu dgn kulit2nya sekali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2015 10:40 AM | Show all posts
shitakee replied at 27-11-2015 05:07 PM
da 4 bln diet atkins
turun 18kg
atkins stakat ni program diet paling bkesan tuk aku

nak tgk gambar before after pliss....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ohhh setakat panas baran akak x kisah coz klu akak lapar mmg hangennn jer hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 01:26 PM | Show all posts
yang dah pernah amalkan tu betul ke nafas berbau?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 01:27 PM | Show all posts
btw, kalau berat turun banyak2 mendadak mcm ni kulit tak menggeleber ke? tanpa exercise pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk buat gempak je. Tu tanda2 Ketosis tu,  tanda2 berat badan akan turun bila ada simtom2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 10:34 AM | Show all posts
shitakee: da 4 bln diet atkinsturun 18kgatkins stakat ni program diet paling bkesan tuk akuda try byk jenis dietlow calorie diet, master cleanse diet, duncan di ...


nak tgk jgk plsssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.036413 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list