CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6779|Reply: 33

[Tempatan] Hazli tauke ayam kampung

[Copy link]
Post time 24-11-2015 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Hazli tauke ayam kampung


Hazli memberi dedak kepada ayam peliharaannya.

FATIN FARHANA JAPRE
mahu berkongsi kisah anak muda yang mengisi masa lapangnya dengan menternak ayam kampung.

Meskipun berkerjaya sebagai pengawal pengiring di Ibu Pejabat Polis Kampar, Perak, Hazli Husin, 26, tidak melepaskan peluang berjinak-jinak dalam bidang penternakan ayam kampung bagi mengisi masa lapangnya.

Mungkin bagi sesetengah orang berkerjaya, mereka berasa malu untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Namun tidak bagi Hazli yang berpendapat perasaan malu perlu ditolak ke tepi memandangkan bidang penternakan berpontensi memberi pulangan yang lumayan jika kena cara menguruskannya.

Menurut Hazli, minatnya untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung timbul apabila beberapa rakannya mula membabitkan diri dalam bidang ini dan menjadikannya sebagai alternatif bagi menjana pendapatan sampingan.

“Minat memang sudah lama ada cuma baru perte­ngahan tahun lalu saya mula membabitkan diri dalam bidang ini. Sebagai permulaan, saya membeli 100 ekor anak ayam kampung daripada pemborong untuk dibiakkan supaya menjadi ibu ayam dengan modal RM5,000.

“Kemudiannya, apabila ayam itu membesar dan boleh menghasilkan telur, telurnya saya kumpul setiap hari. Masuk hari keenam, lebih kurang 60 biji telur ayam yang terkumpul saya masukkan ke dalam mesin khas untuk proses pengeraman.

“Sesudah 21 hari pula, telur yang dimasukkan ke dalam mesin pengeraman akan menetas menjadi anak ayam. Daripada 60 biji telur ayam, sebanyak 48 biji saja yang menetas menjadi anak ayam. Sejak itu, saya tidak lagi mengambil bekalan anak ayam kampung daripada pemborong,” katanya.

Tambahnya lagi, anak ayam yang baru menetas akan diberi suntikan vitamin B Complex yang diambil dari Jabatan Veterinar Kampar, Perak. Justeru, anak ayam akan disimpan selama dua hari di dalam reban yang lampunya dibiarkan hidup 24 jam bagi memberi haba kepada anak ayam untuk terus hidup.

Tanah rizab lombong yang berkeluasan setengah ekar di Mambang Di Awan, Kampar, Perak digunakan Hazli untuk membina 10 reban ayam bagi menempatkan ayam induk, ayam dara dan anak ayam kampung. Hujung tahun lalu, 200 ekor anak ayam mati berikutan cuaca yang tidak menentu, namun Hazli tetap tidak berputus asa.

Siapa sangka kini Hazli mempunyai 400 ekor ayam kampung pelbagai saiz walaupun pada awalnya sekadar untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu. Malah, dia pula membekalkan ayam kampung kepada penduduk sekitar Kampar, Perak terutamanya penduduk berbangsa Cina dan di Instagramnya (Hazli Husin Hazli).

“Sekarang saya pula yang menjual anak ayam, telur dan ayam kampung. Permintaan memang sangat banyak sehinggakan saya tidak dapat menampung permintaan pelanggan. Pelanggan saya majoritinya 99 peratus berbangsa Cina kerana mereka memang gemarkan ayam kampung.

“Selepas empat bulan dari tempoh anak ayam menetas, ayam kampung yang beratnya satu kilogram lebih akan dijual kepada pembeli. Kebiasaannya, pembeli yang dikenali sebagai orang te­ngah akan mengambil 40 ekor ayam kampung setiap dua minggu,” kata anak kelahiran Melaka ini.

Sejak Hazli menjalankan aktiviti penternakan ini, rutin hariannya berubah kerana pada waktu pulang kerja jam enam petang, dia akan pergi ke reban memberi ayamnya makanan seperti dedak dan bihun ‘reject’.

Mengikut harga pasaran, seekor ayam kampung jantan dijual pada harga RM19 sekilogram manakala ayam betina dijual RM22 sekilogram. Lain pula harga bagi ayam gajah atau lebih dikenali sebagai ayam ‘operate’ yang dijual RM40 sekilogram.

“Tiga bulan sebelum perayaan Tahun Baru Cina, saya dah sasarkan 200 ekor ayam kampung untuk dijadikan ayam ‘operate’ yang beratnya boleh mencecah enam kilogram seekor. Rezeki lebih sedikit buat saya sekeluarga apabila tiba musim ini.

“Alhamdulillah, sebulan lebih 140 ekor ayam dijual dengan keuntungan kasar RM2,000 tetapi bergantung kepada permintaan. Perancangan masa terdekat pula, saya mahu membuka sebuah kedai memproses ayam dan menjual ayam ‘frozen’ bagi memudahkan penduduk sekitar Kampar.

“Bagi belia lain, anda patut ambil peluang ini memandangkan kerajaan kita ada menyediakan pelbagai skim bantuan bagi menyokong usahawan muda dalam bidang penternakan dan pertanian,” kata bapa kepada dua anak ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 1:06 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95168


Pembantunya, Mohd Fahmi June, mengira ayam sebelum dijual kepada pengedar.

Kawasan reban ayam yang dibina di kawasan lombong lama.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 11:45 AM | Show all posts
aku nak buat ni. insya allah xlama lg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijak ..ada inkubator boleh biakkan sendiri dr asik beli anak ayam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bela di kwsn seluas 10ribu kaki n dkt rumah org, agak2 busuk tk? Ade sape2 tau?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 01:37 PM | Show all posts
busuk dan akan bawak masalah lalat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 01:41 PM | Show all posts
Good job. Macam menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2015 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam kampung ni kena biarkan lepas bebas...tak boleh kandang selalu. Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
@Bedah.Cun menunggu komenmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
pengawal pengiring tu apa ye sis? escort ke?

org laki Perak mmg xberapa nak segan bab bela ayam itik lembu pelbgai wlu belajar tinggi.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 09:37 PM | Show all posts


......... lebih baik bagi modal kpd anak2 muda macam ni daripada bagi modal kepada laki syahrizat lembu .......
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:22 PM | Show all posts
boleh senang hidup kalau rajin usaha .
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:49 PM | Show all posts
Mcm mana dia menjaga ayam nya siang dan malam dari pencuri ayam yg berluasa kat kawasan tu ya.
Pak cik aku pernah keciwa bila satu reban ayam nya kena sapu dgn pencuri
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 07:45 AM | Show all posts
Eheurmm, bapak hayam tue kelihatan enahkk. Pic tak pakai baju hado? Hado?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 24-11-2015 01:06 PM
Kalau bela di kwsn seluas 10ribu kaki n dkt rumah org, agak2 busuk tk? Ade sape2 tau?

Busuk n lalat banyak.kat kampung atuk aku pun ada pusat ternak ayam,yg agak canggih,xdekat sgt..tp masih bau busuk dan lalat.

Kalau nak ternak,ternak ayam kampung.cina pun suka beli laris.kwn laki aku dia jual anak ayam je pun dh lumayan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 24-11-2015 10:49 PM
Mcm mana dia menjaga ayam nya siang dan malam dari pencuri ayam yg berluasa kat kawasan tu ya.
Pak ...

Mungkin org situ jujur kot.kambing ngn lembu arwah fil aku kat kebun btutup bkandang pun org curi.kandang kambing dh tinggikan,lpstu buang tangga,yg mana bila nak naik nanti guna tangga khas yg akan dipsg pun kena kebas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 08:23 AM | Show all posts
semoga dimudahkan urusan, rezeki dan selamat maju jaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 08:29 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-11-2015 09:37 PM
......... lebih baik bagi modal kpd anak2 muda macam ni daripada bagi modal kepada laki syahriza ...

Modal NFC tu kalau diberi kepada Datuk Yap Keningau dulu, insya Allah dah nampak hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 08:29 AM | Show all posts
Jangan jual beli ayam China
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 08:29 AM | Show all posts
umo 26
anak 2
dah ade kerjaya mantap

tahniah

best nye ayam kampung
sehattt
nanti kang dah kuar berita
\mat pit mat curik mula pasang angan2
nak raye ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
fire_place replied at 25-11-2015 07:54 AM
Busuk n lalat banyak.kat kampung atuk aku pun ada pusat ternak ayam,yg agak canggih,xdekat sgt..tp ...

Sy tanye ni psl ayam kg la. Sy ade bbrp tnh. 1 tnh tu dkt rumah org la..kalau bela 20 ekor x de mslh kut.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052844 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list