View: 2799|Reply: 4
|
Ciuman Percuma Saat Minum Kopi
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Ha, dengarkan ciuman percuma ini pasti buat ramai tertanya-tanya. Bagaimana minum kopi dapat ciuman? Mesti ramai yang nak cuba kan?
Kopi ini memang menjadi kegilaan di Korea. Kalau di Malaysia, minuman wajib kita ‘Teh Tarik’, tapi di sana memang kopi menjadi pilihan.
Minum kopi sambil 'cium' ini telah diviralkan di Korea. Orang Korea memang kreatif kerana telah mencipta penutup cawan kopi berbentuk muka.
Seorang lelaki bernama Jang Woo Seok telah mencipta penutup tersebut dengan tema “Take ‘Kiss’ Out”. Jang Woo Seok berkata, mereka yang menggunakan penutup tersebut dapat menikmati kedua-duanya sekali iaitu kopi dan ciuman.
Jadi dia memutuskan untuk menggabungkan kedua-duanya sekali dan mewujudkan reka bentuk yang membolehkan pengguna merasai emosi yang berbeza ketika menghirup kopi mereka.
Rekaan hidung dan bibir pada penutup cawan kopi tersebut merupakan inspirasi daripada patung Greek.
Fenomena kopi di Malaysia sedang hangat kan? Perlu atau tidak kopi ini pula diperkenalkan? - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
cium kopi..ala-ala kopi dangdut.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti sangap punya org |
|
|
|
|
|
|
|
Penciptanya pasti kurang kasih sayang ni maknya kurang bagi ciuman masa kecik |
|
|
|
|
|
|
|
best lah kalau ada kat sini |
|
|
|
|
|
|
| |
|