View: 1962|Reply: 2
|
Bolehkah Lari Dari Rumah Kerana Sering Disakiti?
[Copy link]
|
|
Suami saya seorang yang panas baran. Dia selalu memukul saya, dan sampai satu tahap saya rasa tak tahan dan ingin lari rumah.
Bolehkah seorang isteri lari meningalkan rumah kerana tidak tahan dengan sikap suami yang sering memukulnya?
Jawapan Cinta:
Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan diri dari kemudaratan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan dan terus tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar.
Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri berhak mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat. Sebaiknya adukan kepada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh.
Undang-undang Islam membela kaum wanita mahupun isteri. Jadi, mereka hendaklah pandai mengambil kesempatan dari pembelaan itu.
-pakar cinta
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kene pukul, pegi repot polis, buat medical check up. kenapa nak tunggu lagi. kalau nak cerai proceed je failkan kat mahkamah syariah |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dah diugut utk x keluar rumah. Ada kawan punya kakak, berbelas tahun bertahan dipukul bila suaminya x dpt dadah.. X sampai hati nak lari sbb suaminya sgt baik, humble dan caring bila ok. Dan skrg dah selamat bercerai walau dia tetap dikejar dan dipukul sampai la ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|