View: 3377|Reply: 19
|
Akibat Nama Ada ISIS, Dia Dianggap Sebagai Pengganas?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Keganasan Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) memang dikenali ramai, terbaru serangan ke atas bandaraya Paris boleh dikatakan amat kejam dan mengejutkan seluruh dunia, sekaligus mengundang perhatian yang serius kebanyakkan negara khususnya barat tentang pengawalan keselamatan di negara masing-masing.
Baru-baru ini, Isis Anchalee, seorang jurutera wanita berumur 22 tahun dari San Francisco, berikutan namanya ada perkataan 'Isis' yang sama dengan nama singkatan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), maka akaun Facebooknya telah ditutup.
Oleh kerana akaun Facebooknya ditutup, jadi Isis Anchalee terpaksa meluahkan ketidakpuasannya menerusi status yang dimuatnaikkan di twitter kerana mensyaki akaun FB nya ditutup ada kaitan dengan namanya.
Dalam akaun twitternya dia menyebut : " saya fikir Facebook mesti ingat saya seorang pengganas, saya telah menghantar salinan passport saya kepada pihak Facebook, tetapi masih tidak mampu menyakinkan mereka untuk membuka semula akaun FB saya.
Menurut Isis Anchalee, setelah 3 kali meluahkan ketidakpuasannya, akhir dia berjaya mengesahkan identiti dirinya untuk kembali semula ke akaun FB.
Pegawai Facebook, Omid Farivar turut memohon maaf buat Isis Anchalee di twitternya, dengan menyatakan " saya pun tidak tahu apa telah berlaku, tapi saya telah sampaikan hal ini kepada orang yang berkenaan, mereka juga telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut."
Akan tetapi, sebelum ini, dipercayai Isis Anchalee juga pernah disebabkan nama yang sungguh menonjol ini sehingga berdepan pelbagai masalah. Dia pernah menulis melalui twitternya: " Tak! Aku tidak akan Ubah Nama! "
Dalam pada itu, di Tauranga, New Zealand terdapat sebuah syarikat kewangan turut enggan menukar nama syarikatnya ISIS, dengan alasan tuan punya syarikat mengatakan dalam kepercayaan mitos orang Mesir perkataan 'ISIS' merupakan dewi yang suci, tempoh sejarah tersebut lebih lama berbanding dengan Negara Islam ISIS.
Di New Zealand juga, terdapat sebuah Syarikat Pemeriksaan Pembinaan juga bernama ISIS, tapi telah ditukar menjadi BC Online pada awal tahun ini bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini khususnya sebarang kaitan dengan Negara Islam ISIS.
Selain itu, Syarikat Pembuatan Ubat di Califinia, Amerika Syarikat yang juga bernama ISIS, kini turut memikirkan untuk menukar nama syarikatnya.
Difahamkan juga, setelah berlaku serangan pengganas di Paris, biarpun pasaran saham di Amerika Syarikat meningkat naik, tetapi saham untuk syarikat tersebut tanpa diduga jatuh sebanyak 4%, membuatkan mereka rasa amat tertekan. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
semoga elohim memelihara nama suci dewi Isis dari di kotorkan terrorist2 sunni ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kat melesia ada gak Institute of Strategic and International Studies (ISIS) |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh betul kafirun kafirun bahlol semua ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
orang lain dapat tempias hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu nama kucen2 ai Anubis dan Bastet, sempena dewa kucen dan jackal kekdahnya. Bila pindah ai bg dgn jiran, mesti sendu nama kucing2 ai itteww sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu nama ada osama..ada Bin....pun kena oleh kapirun ni...bodoh piang betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sama nama kena tempias. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sabbath_shalom at 22-11-2015 10:30 AM
dani-rox replied at 20-11-2015 04:38 PM
Dulu nama kucen2 ai Anubis dan Bastet, sempena dewa kucen dan jackal kekdahnya. Bila pindah ai bg dg ...
Waaah.ingat nak bagi nama anjing baru Anubis dan Bastet..kawan2 baru Qitmie nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
of kos dah tukar nama tompok..comel..putih..belang dan yg sewaktu dengannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Minah ni Indian ka?
Aku ada kawan nama Anchalee tapi Thai. Aku perasan nama Thai ni pun banyak tiru nama India.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat ada seseorang di Malaysia ada perkataan 'Islam' dalam dia. Tapi cara pemakaian..ya rabbi...tapi sekarang dah ok dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Silakan sis... Haruslah dicemburui ramai
|
|
|
|
|
|
|
|
Kucen ai tu spesis kucen kampung.... Selayaknyalah
|
|
|
|
|
|
|
|
paranoid nya |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya sis. semoga tak jadi kambeng hitam yg dipasangkan bomb lalu dituduh sebagai suicide bomber. i pray for your safety sis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|